CB RADIO DI MALAYSIA


CB RADIO DI MALAYSIA

CB Radio sangat popular di Amerika sekitar tahun 70an. Kemudian penggunaanya merebak ke negara-negara lain seperti Britain, Australia, New Zealand serta lain-lain negara. Penggunaan CB Radio di Malaysia tidak begitu ketara kerana di Malaysia pada masa lalu sangat-sangat ketat peraturan mengenai pengunaan gelombang radio dan CB radio mulai sah di gunakan di Malaysia bilamana pihak MCMC (Malaysia Communication and Multimedia Comission) atau SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia) mengeluarkan notis pengumuman PENGUNTUKAN KELAS pada April 2000 dan di tambah beberapa frequency baru pada 1 APRIL 2010 ( Class Assignments no. 1 of 2010). Penggunaan CB radio di Malaysia TIDAK DI KENAKAN APA-APA BAYARAN atau MEMERLUKAN LESEN PERIBADI (AA) seperti RADIO AMATEUR selagi penggunaanya mengikut peraturan-peraturan yang di sebutkan didalam PENGUMUMAN PENGUNTUKAN KELAS,. Jadual ke lima adalah penerangan untuk CB RADIO atau PERSONEL RADIO SERVICES. CITIZEN BAND RADIO (CB Radio) atau Personal Radio Service (PRS) yang di benarkan untuk di gunakan tanpa lesen di Malaysia mestilah menggunakan frequency berikut: 1. 26.965 Mhz to 27.405 Mhz multimode 4 Watt AM/FM 12 Watt pep SSB (HF 40 Channel) 2. 477.0125 Mhz to 477.4875 Mhz FM mode 5 Watt (UHF 39 Channel) 3. 477.525 Mhz to 477.9875 Mhz FM mode 0.5 Watt (UHF 39 Channel) 4. PMR 446.00625 Mhz to 446.09375 Mhz FM mode 0.5Watt (8 Channel) 5. Digital PMR 446.103125 Mhz to 446.196875 Mhz Digital FM mode 0.5 Watt (16 Channel). Jadi disini menunjukkan sekarang ini orang ramai tidak dihalang untuk menggunakan peralatan radio comumunications tanpa perlu mendapatkan lesen peribadi selagi penggunaannya mengikut terma dan syarat MCMC (SKMM), kerana ianya tidak perlu menduduki apa-apa peperiksaan seperti Radio Amateur atau Ham Radio. Anda boleh menubuhkan group atau KELAB CB RADIO dikalangan rakan-rakan anda dan memilih senarai frquency mana yang anda ingin gunakan, samada CB HF 27 Mhz atau UHF CB FM 477 Mhz atau PMR 446 Mhz atau kesemua frequency yang di benarkan dengan membeli transceiver atau walkie-talkie untuk HF 27Mhz CB dan UHF 446Mhz atau 477Mhz. Sesungguhnya hobi di bidang radio ini mempunyai keseronokan tersendiri yang tidak ditemui dalam hobi yang lain, kenapa anda tidak ceburi dan rasai sendiri keseronokan bersembang dengan rakan-rakan yang anda kenali atau baru ingin mengenalinya melalui udara tanpa memikirkan bil yang harus dibayar seperti penggunaan talipon bimbit.!!!. Melakukan eksperimen atau membuat sendiri CB antenna, power supply atau melakukan DXing dengan berkumpul sesama rakan CBer. Jarak perhubungan purata CB radio adalah di antara 2km hingga 18km dimana dalam masa-masa tertentu boleh mencapai sehingga ribuan km sekiranya anda menggunakan HF CB 27Mhz mode SSB (USB atau LSB) !!!.

CB RADIO ADALAH UNTUK KEGUNAAN SEMUA RAKYAT DI MALAYSIA. TANPA PERLU MEMBAYAR SEBARANG LESEN PERIBADI ATAU MENGAMBIL SEBARANG PEPERIKSAAN !. TUNGGU APALAGI BELILAH CB TRANSCEIVER DAN MULAI `ON AIR`Yang perlu cuma anda membeli sebuah CB Transceiver, power supply dan antenna atau Mobile CB antenna (untuk kegunaan pada kereta, lori, caravan atau bas). Anda boleh membeli CB Transceiver samada melalui on-line seperti melalui Ebay, Mudah.my, Lelong.my atau AliBaba.com atau kedai yang menjual Radio Transceiver samada di Jalan Pasar KL atau Low Yatt Pudu Kl. Tak kira anda siapa, peguam, jurutera, pemandu bas, pemandu trailer kontena, pemandu teksi, guru atau sebagainya yang penting anda sukakan hobi perhubungan radio maka cb radio ni sangat berguna untuk anda gunakan semasa dalam perjalanan, semasa berkonvoi, semasa kecemasan atau hanya untuk sembang-sembang. PERINGATAN ! Adalah menjadi kesalahan disisi undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), menggunakan sebarang peralatan komunikasi dua hala selain dari CB RADIO atau PMR di dalam kenderaan atau sebagainya tanpa memiliki lesen (AA) yang sah, jadi satu-satunya alat komunikasi dua hala yang tidak memerlukan lesen untuk digunakan adalah CB RADIO atau PRS RADIO.

Anda boleh mula 'on air' dengan monitor di CH 11 (Calling Channel 27.085 MHZ) atau CH 30(27.305 MHZ) !. Semoga kita bertemu di udara di CH 11 atau CH 30 atau dimana-mana CH yang dibenarkan (40CH). Yang perlu anda ketahui MCMC menetapkan CH 9 (27.065 MHZ) adalah untuk tujuan KECEMASAN (CH EMERGENCY) dan CH 11 (27.085 MHZ) adalah CH PANGGILAN (CH CALLING). CH 1: 26.965 MHZ CH 2: 26.975 MHZ CH 3: 26.985 MHZ CH 4: 27.005MHZ CH 5 : 27.015 MHZ CH 6: 27.025 MHZ CH 7: 27.035 MHZ CH 8: 27.055 MHZ CH 9: 27.065 MHZ (EMERGENCY) CH 10: 27.075 MHZ CH 11: 27.085 MHZ (CALLING) CH 12: 27.105 MHz CH 13: 27.115 MHZ CH 14: 27.125 MHZ CH 15: 27.135 MHZ CH 16: 27.155 MHZ CH 17: 27.165 MHZ CH 18: 27.175 MHZ CH 19: 27.185 MHZ CH 20: 27.205 MHZ CH 21: 27.215 MHZ CH 22: 27.225 MHZ CH 23: 27.255 MHZ CH 24: 27.235 MHZ CH 25: 27.245 MHZ CH 26: 27.265 MHZ CH 27: 27.275 MHZ CH 28: 27.285 MHZ CH 29: 27.295 MHZ CH 30: 27.305 MHZ (Indonesian CBer`s Active) CH 31: 27.315 MHZ CH 32: 27.325 MHZ CH 33: 27.335 MHZ CH 34: 27.345 MHZ CH 35: 27.355MHZ CH 36: 27.365 MHZ CH 37: 27.375 MHZ CH 38: 27.385 MHZ CH 39: 27.395 MHZ CH 40: 27.405 MHZ.

CALLING CHANNEL UNTUK GROUP 113 DTR ADALAH CH 14 AM CALLING, CH 20 FM CALLING DAN CH 22 SSB CALLING. (113DTR xxx). http://113dtr.blogspot.com/

Bagi mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, Gombak dan sekitarnya boleh membuat pangilan di CH 14 AM CALLING (27.125Mhz) CH 20 FM CALLING (27.205Mhz) dan CH 22 USB CALLING (27.225MHz). Untuk UHF CB CH 19 477.23755Mhz, CH 30 477.375Mhz FM MODE sahaja.

Unofficial International Calling Frequency adalah 27.555MHZ, anda boleh cuba memanggil international CBer station di Frquency ini.

Satu lagi perkara yang perlu di ambil perhatian adalah kebanyakan CB RADIO perlu di sambungkan microphone pada microphone connector barulah speaker nya mengeluarkan bunyi, kalau tidak speaker CB radio langsung tidak mengeluarkan bunyi.. Seolah-olah rosak. !! JANGAN SAMPAI TERTIPU !!!
LINK MCMC MENGENAI CB RADIO ATAU PRS RADIO.

Wednesday, 23 March 2011

CB RADIO RECEIVER

video



Salam, pada posting kali ini akan di tunjukkan bagaimana untuk membuat bahagian receiver pula . Untuk peringkat receiver (penerima) di sini digunakan Motorola MC3362 kerana ic ini mengandungi kesemua peringkat litar bagi sebuah alat penerima FM (NarrowBand). Ia merupakan ic'Dual conversion" receiver dimana ianya mempunyai 2 peringkat IF frequency iaitu 10.7 Mhz dan 455 khz.. Kelebihan circuit radio penerima seperti ini adalah unutk tujuan penapisan 'image IF' yang berlaku bilamana 2 gelomban IF dan gelombang RF yang bercampur dalam circuit Mixer akan menghasilkan sejumlah gelombang yang boleh mendatangkan gangguan semasa proses detector dilakukan dan dapat didengar pada speaker. IC Motorola MC3362  mengandungi 24 pin seperti dibawah.



IC Motorola yang telah di pasang pada PCB


PCB paten yang saya gunakan adalah seperti berikut
PCB diatas menggunakan ic untuk audio LM380N 8pin dimana kuasa keluaran ke speaker adalah sekitar 2.5 watt. Manakala PCB bawah menggunakan ic untuk audio LM386 sekitar 1 watt kuasa keluarannya.

Sunday, 6 March 2011

CB TRANSMITTER

Salam, pada posting kali ini saya akan terangkan berkenaan "schematic" FM transmitter yang saya buat. Menggunakan ic motorola MC2833P. Ic ini didalamnya mengandungi blok-blok variable reactance, Rf Oscillator dan buffer, mic amplifier, 2 rf amplifier transistor dan voltage referrence. IC ini mempunyai 16 pin seperti di bawah



Kelebihan IC ini adalah ia merupakan 'complete package' untuk sebuah transmitter bagi frequency sekitar 20Mhz hingga 150Mhz, dari modulator hingga ke output untuk di sambung ke antenna. Perlu di ingatkan bahawa IC ini cuma untuk tujuan pembuatan transmitter Narrow Band FM sahaja di mana modulasi signal yang boleh di masukkan kepada litar modulator sekitar 3khz sahaja, ianya sesuai untuk tujuan perhubungan percakapan atau data sahaja. Kalau pemancar yang dibuat untuk tujuan penyiaran muzik tidaklah sesuai kerana keluaran signal atau pada radio yang akan di dengar seperti 'distorted' atau pecah-pecah bunyi.


Foto di atas menunjukan ic motorola MC2833P yang digunakan pada bahagian transmitter.

Susunan module yang diletak didalam kotak transceiver terdiri dari module receiver, transmitter, RF PA dan relay control untuk menukar transmit receive bagi sebuah peralatan cb transceiver yang lengkap.


Foto di atas menunjukkan sambungan 'wiring' untuk melengkapkan sebuah cb transceiver.

Board di sebelah kiri adalah receiver, disebelah kanan adalah transmitter exciter board dan diatas sekali adalah relay control board.
Satu set transceiver yang siap di bina.

Di antara 'schematic' yang saya gunakan untuk membuat cb transmitter adalah seperti di bawah.
Motorola MC2831AP juga boleh digunakan untuk membuat pemancar. Schematic adalah seperti di bawah.





MC2833P

RF output 27.145Mhz atau 27.185Mhz itu kemudian di masukan ke bahagian penguat RF bagi mecapai kuasa keluaran sekitar 1 Watt sebelum di sambung ke bahagian 'relay control board'.



Di atas adalah board relay control dan di bawah adalah board pemancar menggunakan mc2833. Output dari ic motorola ini adalah sekitar 10mW dan ianya perlu di kuatkan lagi sehingga mencapai ke 1 Watt dengan menggunakan RF PA dibawah


Transistor penguat yang di gunakan adalah antaranya 2SC710, 2SC1973, 2N3553 dan 2SC2078



Pemandangan susunan komponen pada pc board RF PA.

Thursday, 3 March 2011

CB TOKAI DAN BUATAN SENDIRI

Salam , bertemu lagi untuk posting kali ini saya akan muatkan beberapa foto dari cb transceiver yang  saya  'homebrew' (buat) sendiri di samping cb transceiver yang di gunakan semasa zaman CBer dulu.




CB radio ni menggunakan crystal 27.185Mhz, power output  lebih kurang  1 Watt. Jarak perhubungan dengan menggunakan telescopic antenna 6 kaki adalah sekitar 3 batu. Cukup untuk kegunaan bersembang dengan rakan-rakan di sekitar rumah kediaman !.


Menggunakan FM Modulation bererti penerimaan isyarat adalah lebih baik dan jelas berbanding AM atau SSB, cuma kelemahan modulasi FM ni ianya agak sukar untuk tujuan 'DXing'. Tapi yang penting hati berasa puas sebab transceiver tu  buatan sendiri walaupun jarak perhubungan sekitar 3 batu sahaja.




Ini adalah CB transceiver keluaran tahun 70an yang masih boleh digunakan  sampai sekarang,  keluaran National Panasonic model RJ-27 kuasa keluaran 100mw, jarak perhubungan sekitar 2 batu. Satu lagi adalah keluaran Tokai  Japan model TC-315A 6 Channel, power output 350mw dan jarak perhubungan lebih kurang  3 batu.

Dalam membuat peralatan transceiver atau transmitter, perkara yang paling sukar sekali untuk di buat ialah 'coil' atau inductor. Selalunya saya akan mengambil dari radio transistor yang lama-lama yang tidak digunakan. Bilangan coil atau lilitan dikurangkan mengikut frequency yang di perlukan. Untuk kegunaan frequency CB (26.695MHZ ke 27.405MHZ) sekitar 12 lilitan size 24 swg perlu untuk dililit pada 'inductor core' atau inductor former.




Coil dililit pada former dengan berhati-hati agar wire tembaga tidak bengkok yang boleh menyebabkan nilai inductor akan berubah. Atau boleh juga di buat dengan menggunakan mata drill mengikut size yang kita perlukan seperti di bawah.  Coil atau inductor ini dipanggil 'air core inductor' kerana ia tidak mempunyai teras (core) ditengah-tengahnya.

Perlu diingat apabila menggunakan dawai tembaga, ia perlu dikikis menggunakan pisau atau kertas pasir bertujuan membuang penebat yang disalutkan padanya.

Variable Capasitor juga perlu dalam pembuatan peralatan pemancar atau transceiver. Komponen ini di gunakan untuk tujuan 'tuning' atau menala setiap frequency sehingga mencapai ke tahap yang di perlukan. Masa dulu saya menggunakan radio 'shortwave' untuk tujuan menala gelombang yang diperlukan. Mujurlah dulu bapa ada memliki radio receiver yang mempuyai sw1, sw2 dan sw3, pada sw1 gelombangnya dari 1.9mhz hingga 6mhz, sw2 dari 5mhz hingga 12mhz dan sw3 dari 12 hingga 27mhz. Radio bapa ni akhirnya menjadi korban eksperimen yang saya lakukan.

Radio inilah menjadi teman hiburan samada mendengar berita, drama radio dan paling seronok mendengar siaran luar negara, terutama radio singapura siaran lagu-lagu hindustan..he..he..Di bumbung rumah kami rentangkan dawai dan hujungnya di sambungkan ke radio, kalau istilah radio dipanggil 'longwire antenna'. Bila saya mula membaca majalah PW (practical wireless) maka ilmu baru yang saya perolehi bila pada gelombang sw terdapat banyak bunyi 'suara itik' atau istilah radio 'donald duck sound' dan ini di panggil 'ssb' atau single sideband. Disebabkan radio reciever shortwave cuma menerima siaran 'am' atau amplitude modulation maka kita perlu memasukkan semula 'carrier wave' atau gelombang pembawa bagi membolehkan suara itik di fahami. Dari situlah keronokan mendengar radio menjadi lebih ghairah lagi kerana saya dapat mendengar macam-macam berita dan perhubungan radio,perhubungan kapal laut, kapal terbang antara negara dan macam-macam lagi . SERONOK !. CB radio masa dulu lebih kepada 'am' mode, jadi tidak perlu menambah semula carier pembawa (BFO) pun, percakapan yang kita dengar sudah boleh kita fahami. Contoh seperti walkie-talkie cb National Panasonic RJ-27 dan Tokai  TC-315A juga menggunakan Am mode.

Untuk membuat CB transmitter mode FM ni sangatlah mudah dewasa ini kerana Motorola Component atau sekarang ni Freescale ada mengeluarkan IC untuk tranmitter dan receiver. MC2831A dan MC2833P misalnya boleh digunakan untuk FM transmitter. MC3362P dan MC3363P adalah 'complete' ic untuk litar penerima FM dari input frequency hingga ke fm detector cuma perlu tambah bahagian audio  sahaja.