CB RADIO DI MALAYSIA


CB RADIO DI MALAYSIA

CB Radio sangat popular di Amerika sekitar tahun 70an. Kemudian penggunaanya merebak ke negara-negara lain seperti Britain, Australia, New Zealand serta lain-lain negara. Penggunaan CB Radio di Malaysia tidak begitu ketara kerana di Malaysia pada masa lalu sangat-sangat ketat peraturan mengenai pengunaan gelombang radio dan CB radio mulai sah di gunakan di Malaysia bilamana pihak MCMC (Malaysia Communication and Multimedia Comission) atau SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia) mengeluarkan notis pengumuman PENGUNTUKAN KELAS pada April 2000 dan di tambah beberapa frequency baru pada 1 APRIL 2010 ( Class Assignments no. 1 of 2010). Penggunaan CB radio di Malaysia TIDAK DI KENAKAN APA-APA BAYARAN atau MEMERLUKAN LESEN PERIBADI (AA) seperti RADIO AMATEUR selagi penggunaanya mengikut peraturan-peraturan yang di sebutkan didalam PENGUMUMAN PENGUNTUKAN KELAS,. Jadual ke lima adalah penerangan untuk CB RADIO atau PERSONEL RADIO SERVICES. CITIZEN BAND RADIO (CB Radio) atau Personal Radio Service (PRS) yang di benarkan untuk di gunakan tanpa lesen di Malaysia mestilah menggunakan frequency berikut: 1. 26.965 Mhz to 27.405 Mhz multimode 4 Watt AM/FM 12 Watt pep SSB (HF 40 Channel) 2. 477.0125 Mhz to 477.4875 Mhz FM mode 5 Watt (UHF 39 Channel) 3. 477.525 Mhz to 477.9875 Mhz FM mode 0.5 Watt (UHF 39 Channel) 4. PMR 446.00625 Mhz to 446.09375 Mhz FM mode 0.5Watt (8 Channel) 5. Digital PMR 446.103125 Mhz to 446.196875 Mhz Digital FM mode 0.5 Watt (16 Channel). Jadi disini menunjukkan sekarang ini orang ramai tidak dihalang untuk menggunakan peralatan radio comumunications tanpa perlu mendapatkan lesen peribadi selagi penggunaannya mengikut terma dan syarat MCMC (SKMM), kerana ianya tidak perlu menduduki apa-apa peperiksaan seperti Radio Amateur atau Ham Radio. Anda boleh menubuhkan group atau KELAB CB RADIO dikalangan rakan-rakan anda dan memilih senarai frquency mana yang anda ingin gunakan, samada CB HF 27 Mhz atau UHF CB FM 477 Mhz atau PMR 446 Mhz atau kesemua frequency yang di benarkan dengan membeli transceiver atau walkie-talkie untuk HF 27Mhz CB dan UHF 446Mhz atau 477Mhz. Sesungguhnya hobi di bidang radio ini mempunyai keseronokan tersendiri yang tidak ditemui dalam hobi yang lain, kenapa anda tidak ceburi dan rasai sendiri keseronokan bersembang dengan rakan-rakan yang anda kenali atau baru ingin mengenalinya melalui udara tanpa memikirkan bil yang harus dibayar seperti penggunaan talipon bimbit.!!!. Melakukan eksperimen atau membuat sendiri CB antenna, power supply atau melakukan DXing dengan berkumpul sesama rakan CBer. Jarak perhubungan purata CB radio adalah di antara 2km hingga 18km dimana dalam masa-masa tertentu boleh mencapai sehingga ribuan km sekiranya anda menggunakan HF CB 27Mhz mode SSB (USB atau LSB) !!!.

CB RADIO ADALAH UNTUK KEGUNAAN SEMUA RAKYAT DI MALAYSIA. TANPA PERLU MEMBAYAR SEBARANG LESEN PERIBADI ATAU MENGAMBIL SEBARANG PEPERIKSAAN !. TUNGGU APALAGI BELILAH CB TRANSCEIVER DAN MULAI `ON AIR`Yang perlu cuma anda membeli sebuah CB Transceiver, power supply dan antenna atau Mobile CB antenna (untuk kegunaan pada kereta, lori, caravan atau bas). Anda boleh membeli CB Transceiver samada melalui on-line seperti melalui Ebay, Mudah.my, Lelong.my atau AliBaba.com atau kedai yang menjual Radio Transceiver samada di Jalan Pasar KL atau Low Yatt Pudu Kl. Tak kira anda siapa, peguam, jurutera, pemandu bas, pemandu trailer kontena, pemandu teksi, guru atau sebagainya yang penting anda sukakan hobi perhubungan radio maka cb radio ni sangat berguna untuk anda gunakan semasa dalam perjalanan, semasa berkonvoi, semasa kecemasan atau hanya untuk sembang-sembang. PERINGATAN ! Adalah menjadi kesalahan disisi undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), menggunakan sebarang peralatan komunikasi dua hala selain dari CB RADIO atau PMR di dalam kenderaan atau sebagainya tanpa memiliki lesen (AA) yang sah, jadi satu-satunya alat komunikasi dua hala yang tidak memerlukan lesen untuk digunakan adalah CB RADIO atau PRS RADIO.

Anda boleh mula 'on air' dengan monitor di CH 11 (Calling Channel 27.085 MHZ) atau CH 30(27.305 MHZ) !. Semoga kita bertemu di udara di CH 11 atau CH 30 atau dimana-mana CH yang dibenarkan (40CH). Yang perlu anda ketahui MCMC menetapkan CH 9 (27.065 MHZ) adalah untuk tujuan KECEMASAN (CH EMERGENCY) dan CH 11 (27.085 MHZ) adalah CH PANGGILAN (CH CALLING). CH 1: 26.965 MHZ CH 2: 26.975 MHZ CH 3: 26.985 MHZ CH 4: 27.005MHZ CH 5 : 27.015 MHZ CH 6: 27.025 MHZ CH 7: 27.035 MHZ CH 8: 27.055 MHZ CH 9: 27.065 MHZ (EMERGENCY) CH 10: 27.075 MHZ CH 11: 27.085 MHZ (CALLING) CH 12: 27.105 MHz CH 13: 27.115 MHZ CH 14: 27.125 MHZ CH 15: 27.135 MHZ CH 16: 27.155 MHZ CH 17: 27.165 MHZ CH 18: 27.175 MHZ CH 19: 27.185 MHZ CH 20: 27.205 MHZ CH 21: 27.215 MHZ CH 22: 27.225 MHZ CH 23: 27.255 MHZ CH 24: 27.235 MHZ CH 25: 27.245 MHZ CH 26: 27.265 MHZ CH 27: 27.275 MHZ CH 28: 27.285 MHZ CH 29: 27.295 MHZ CH 30: 27.305 MHZ (Indonesian CBer`s Active) CH 31: 27.315 MHZ CH 32: 27.325 MHZ CH 33: 27.335 MHZ CH 34: 27.345 MHZ CH 35: 27.355MHZ CH 36: 27.365 MHZ CH 37: 27.375 MHZ CH 38: 27.385 MHZ CH 39: 27.395 MHZ CH 40: 27.405 MHZ.

CALLING CHANNEL UNTUK GROUP 113 DTR ADALAH CH 14 AM CALLING, CH 20 FM CALLING DAN CH 22 SSB CALLING. (113DTR xxx). http://113dtr.blogspot.com/

Bagi mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, Gombak dan sekitarnya boleh membuat pangilan di CH 14 AM CALLING (27.125Mhz) CH 20 FM CALLING (27.205Mhz) dan CH 22 USB CALLING (27.225MHz). Untuk UHF CB CH 19 477.23755Mhz, CH 30 477.375Mhz FM MODE sahaja.

Unofficial International Calling Frequency adalah 27.555MHZ, anda boleh cuba memanggil international CBer station di Frquency ini.

Pengguna CB Radio selalu menggunakan 10 CODE untuk meringkaskan perbualan mereka di radio diantara CODE yang selalu di gunakan di CB Radio adalah;
  • 10-1: Receiving Poorly
  • 10-2: Receiving well
  • 10-3: Stop transmitting
  • 10-4: Ok, message received
  • 10-5: Relay message
  • 10-6: Busy, stand by
  • 10-7: Out of service
  • 10-8: In service
  • 10-9: Repeat Message
  • 10-10: Transmission completed, standing by
  • 10-11: Talking too rapidly
  • 10-12: Visitors present ... Shhhh!
  • 10-13: Advise weather/road conditions
  • 10-17: Urgent Business
  • 10-20: Location
  • 10-34: Trouble at this station, help needed
  • 10-42: Traffic accident
  • 10-43: Traffic jam
  • 10-70: Fire at truck stop
  • 10-73: Speed trap
  • 10-99: Mission completed, all units secure
  • 10-100: Emergency operation on Channel

  • Satu lagi perkara yang perlu di ambil perhatian adalah kebanyakan CB RADIO perlu di sambungkan microphone pada microphone connector barulah speaker nya mengeluarkan bunyi, kalau tidak speaker CB radio langsung tidak mengeluarkan bunyi.. Seolah-olah rosak. !! JANGAN SAMPAI TERTIPU !!!
LINK MCMC MENGENAI CB RADIO ATAU PRS RADIO.

Monday, 17 December 2012

MAGNUM 257HP DAN RANGER RCI 2950

Untuk posting kali ini saya ingin memperkenal 2 brand CB Transceiver yang masih menjadi idaman saya yang belum tercapai untuk memilikinya. Pertama mungkin kerana perlu di order dari USA, kedua mungkin kerana harganya yang agak mahal sedikit berbanding dengan brand yang lain
CB TRANSCEIVER pertama yang menjadi cita-cita saya untuk mendapatkanya  ialah MAGNUM 257HP, bersaiz kecil sedikit dari SUPERSTAR 2400MK11, multimode (AM,FM,SSB dan CW), automatic noise limiter ANL, noise blanker NB,RF gain, microphone gain, rf power meter, dual watch DW, S meter, scanning (memory and vfo), frequncy step 1khz, 10khz dan 100khz. Juga di jual dengan jenama lain itu YETICOM OPTIMA, DRAGON SS-485, ALBRECHT AE-485, JOPIX ITACA, TITAN ROADPRO RPSY-485 dan ALBRECHT AE-5800 bergantung kepada negara mana CB RADIO ini di ekspot. Untuk brand MAGNUM  adalah made in Korea dan Phillippine dan bagi brand lain kebanyakanya di perbuat di China. Magnum 257HP apabila di` tweak` dan di `tuned` boleh mencapai sehingga 80 Watt power output, menggunakan RF PA module RFX-75.


RF PA module  RFX-75 yang boleh mengeluarkan power output sehingga 80 Watt pep.


                                         MGNUM 257HP atau MAGNUM 275HP


                                                             YETICOM OPTIMA  
    

Pemandangan circuit board menggunakan SMT device menjadikan CB Transceiver lebih stabil dan reka bentuk saiz dapat di kecilkan.


Final Out put menggunakan 2 x IRF 520N mosfet transistor yang mampu mengeluarkan kuasa output sekitar 50 Watt FM dan SSB manakala sekita 15 Watt AM mode.
                                                         
                                         INTEK MULTICOM 485 juga menggunakan Transistor 2SC2166 untuk rf driver dan 2SC1969 untuk final output transistor.



                     ROADPRO TITAN II RSPY-485 Single output Transistor 2SC1969. Power output sekitar 12 Watt pep SSB dan 10 Watt FM.


                                   Pemandangan PCB Board TITAN RAODPRO 485, single output Transistor 2SC1969 dan Driver Transistor adalah 2SC2166.



RANGER RCI-2950DX

Model ini keluaran Ranger USA, buatan Taiwan dan Philliphine.  Diiklankan sebagai Dual Band Transceiver 12 dan 10 meter band tetapi mempunyai kemampuan untuk kegunaan `freebanding` dari 25 Mhz hingga 30 Mhz. Kuasa output sekitar 30 watt. All mode transceiver AM, FM, SSB dan CW.


Bersaiz sama seperti Cobra 148GTL, microphone connector di sebelah hadapan. Untuk saiz sebesar Cobra 148GTL agak sukar sedikit tidak sesuai untuk di` install` pada kenderaan yang tidak mempunyai ruang yang luas untuk memasang transceiver.

Menggunakan bipolar transistor biasa 2SC2166 untuk RF Driver dan 2 x 2SC2312 yang apabila di `tweak` dan `tuned` sekitar 45 Watt boleh di capai.


Ukurannya  bersaiaz sama seperti Cobra 148GTL.


                   Pandangan di belakang  RCI-2950DX.


                     PCB mainboard Ranger RCI-2950DX.

                      Pemandangan PCB Board didalam RCI-2950DX.

Model Ranger RCI-2950 DX dan RCI-2975DX ini sangat sesuai untuk dijadikan atau kegunaan di` base`  atau di rumah kerana saiznya agak besar sedikit.

Model yang seakan-akan sama dengan Ranger RCI-2950 DX ini, tetapi lebih tepat lagi sama seperti ANYTONE AT-5555 adalah CRE-8900 bersaiz lebih kecil (DIN Size) iaitu 170mm x 215mm x 52mm, lebih sesuai untuk di pasang pada kenderaan berbanding dengan ANYTONE AT-5555. Berkuasa RF output 50 watt (maximum). Menggunakan transistor 2sc2166 di bahagian rf driver dan 2 x IRF 520N power mosfet di bahagian RF Final out put. Multimode AM, FM, SSB dan CW.




Mempunyai turbo echo, roger beep, high gain 5 elements noise blanker, microphone connector di bahagian hadapan dan sebagainya di perbuat oleh UNIVERCOM (France).






Sekiranya anda ada kemudahan untuk membeli CRE-8900 tentunya anda akan berpuas hati dengan keupayaan transceiver ini berbanding dengan Ranger RCI-2950DX kerana pcb board radio ini adalah upgrade version model RCI-2950DX. Model ini juga di jual untuk pasaran Rusia sahaja oleh pengeluar radio dua hala Jepun iaitu ALINCO dengan jenama ALINCO DR-135CB, tidak di ketahui kenapa ALINCO cuma memasarkan model ini  untuk pasaran negara RUSIA sahaja mungkin juga kerana  pasaran CB radio di negara RUSIA yang lebih meluas dan ramai  penggunanya.. ALINCO menambah pelbagai feuture untuk model keluarannya !.




 Brochure ALINCO DR-135CB untuk pasaran Russia.

13 comments:

  1. Saya berminat radio ini - jika ada untuk dijual sila email saya sv9w6 at yahoo dot com. Terima kasih Siera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun meminati model Magnum 257HP ni. Brand new melalui Ebay sekitar RM800. cuma kena memohon dari SIRIM surat akuan sesuai unutk 10m/band dan perlu bayar sekitar RM 150.00 untuk kelulusan masuk melalui kastam...

      Delete
    2. OK dari eBay sekitar RM800.00. Berapa mudah mendapat AP dari SIRIM/QAS? Adakah rakan lain yang pernah mendapat kelulusan SIRIM/QAS untuk Magnum 257HP dan RCI-2950DX?

      Delete
    3. Ya ada ham operator. Magnum 257hp dia sangkut di airport klia, pasal descriptiondikotak menyebut 10 meter band transceiver. Dia telah pergi ke sirim dengan membawa specifikasi magnum. Bayar dan release.

      Delete
    4. OK baik sekali berita ini. Mengharapkan cawangan-cawangan QAS/SIRIM lain di Malaysia mempunyai proses dan sistem maklumat yang baik dalam hal urusan memproses pelepasan kastam untuk barangan CB radio dari pelanggan.

      Delete
    5. ... Ooo rakan kamu HAM Operator. Radio Magnum 257HP frequency range - 25.165 - 29.695 MHz. Mungkin memerlukan HAM Operaton yang ada Lesen A untuk mendapatakan AP SIRIM?

      Delete
  2. sesiapa yang memiliki B lesen pun sudah boleh menggunakan 10m/b transceiver. Sekiranya anda pemegang lesen kelas B, maka anda boleh membelinya dari ebay, cuma kena buat kerja sedikit iaitu dapatkan kelulusan dari sirim dengan membawa fotocopy specifikasi tranceiver Magnum 257HP (manufactured 28.000 mhz - 29.960 mhz). Frequency range yang anda tuliskan itu setelah di open freebanding. Kerja urusan sirim itulah menyebabkan saya jadi malas untuk order Magnum ni !.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin rakan anda di Airpot KLIA boleh membantu mendapatkan sijil SIRIM?

      Saya berpandangan negatif pada SIRIM Kota Kinabalu dari pengalaman lalu, berurusan mendapatkan AP apabila Kastam meminta saya mendapatkannya untuk set radio walkie-talkie. SIRIM tidak memproses permohonan saya. Tiada alasan diberi. Radio itu tidak dapat dilepaskan oleh kastam.

      Kini saya mendapatkan set radio dari pembekal tempatan sahaja kerana banyak juga set walkie talkie dijual di kedai-kedai di Malaysia walaupun pilihan model dan brand agak terhad.

      Delete
    2. OK, itulah malangnya bagi kita. Namun apapun anda dapat juga memilikinya melalui pembekal tempatam. Anda boleh mendapatkan (order) CB Transceiver multimode anytone AT-5555 melalui KEDAI RADIO AMATEUR MAYA (kedah) sekitar RM1000 (termasuk pos) Mahal sedikitla tapi tidak menyusah dan merugikan kita dengan kerenah birokrasi. KRAM (search :(kedai radio amateur maya)

      Delete
  3. Kemungkinan sekali SIRIM Kota Kinabalu tidak ada makmal, kelengkapan dan kepakaran untuk menguji beberapa ujian wajib pada set walkie talkie/radio transceiver tersebut.

    Setahu saya semua set walkie talkie/radio transceiver yang diimport walaupun lulus piawai kualiti negara barat dan Jepun perlu diuji sekali lagi oleh SIRIM kerana 'memenuhi keperluan tempatan'.

    Dalam situasi susah ini peminat radio HAM/CB kena beli set dari kedai pembekal tempatan yang mengedar model dan brand yang dibenarkan oleh pihak berkuasa seperti Motorola, Yaesu, ICOM, KENWOOD, Ranger...dll.

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Saya boleh dapatkan Anytone AT-5555 pada harga RM900 sahaja termasuk kos pengeposan.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Halloo dari INDONESIA.
    Kami tunggu di ch.30 / 27.305 MHz.
    Dan kunjungi Group Facebook Kami di...
    https://www.facebook.com/groups/149586212535/

    Salaam
    Agie
    91 NR 001

    ReplyDelete