CB RADIO DI MALAYSIA


CB RADIO DI MALAYSIA

CB Radio sangat popular di Amerika sekitar tahun 70an. Kemudian penggunaanya merebak ke negara-negara lain seperti Britain, Australia, New Zealand serta lain-lain negara. Penggunaan CB Radio di Malaysia tidak begitu ketara kerana di Malaysia pada masa lalu sangat-sangat ketat peraturan mengenai pengunaan gelombang radio dan CB radio mulai sah di gunakan di Malaysia bilamana pihak MCMC (Malaysia Communication and Multimedia Comission) atau SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia) mengeluarkan notis pengumuman PENGUNTUKAN KELAS pada April 2000 dan di tambah beberapa frequency baru pada 1 APRIL 2010 ( Class Assignments no. 1 of 2010). Penggunaan CB radio di Malaysia TIDAK DI KENAKAN APA-APA BAYARAN atau MEMERLUKAN LESEN PERIBADI (AA) seperti RADIO AMATEUR selagi penggunaanya mengikut peraturan-peraturan yang di sebutkan didalam PENGUMUMAN PENGUNTUKAN KELAS,. Jadual ke lima adalah penerangan untuk CB RADIO atau PERSONEL RADIO SERVICES. CITIZEN BAND RADIO (CB Radio) atau Personal Radio Service (PRS) yang di benarkan untuk di gunakan tanpa lesen di Malaysia mestilah menggunakan frequency berikut: 1. 26.965 Mhz to 27.405 Mhz multimode 4 Watt AM/FM 12 Watt pep SSB (HF 40 Channel) 2. 477.0125 Mhz to 477.4875 Mhz FM mode 5 Watt (UHF 39 Channel) 3. 477.525 Mhz to 477.9875 Mhz FM mode 0.5 Watt (UHF 39 Channel) 4. PMR 446.00625 Mhz to 446.09375 Mhz FM mode 0.5Watt (8 Channel) 5. Digital PMR 446.103125 Mhz to 446.196875 Mhz Digital FM mode 0.5 Watt (16 Channel). Jadi disini menunjukkan sekarang ini orang ramai tidak dihalang untuk menggunakan peralatan radio comumunications tanpa perlu mendapatkan lesen peribadi selagi penggunaannya mengikut terma dan syarat MCMC (SKMM), kerana ianya tidak perlu menduduki apa-apa peperiksaan seperti Radio Amateur atau Ham Radio. Anda boleh menubuhkan group atau KELAB CB RADIO dikalangan rakan-rakan anda dan memilih senarai frquency mana yang anda ingin gunakan, samada CB HF 27 Mhz atau UHF CB FM 477 Mhz atau PMR 446 Mhz atau kesemua frequency yang di benarkan dengan membeli transceiver atau walkie-talkie untuk HF 27Mhz CB dan UHF 446Mhz atau 477Mhz. Sesungguhnya hobi di bidang radio ini mempunyai keseronokan tersendiri yang tidak ditemui dalam hobi yang lain, kenapa anda tidak ceburi dan rasai sendiri keseronokan bersembang dengan rakan-rakan yang anda kenali atau baru ingin mengenalinya melalui udara tanpa memikirkan bil yang harus dibayar seperti penggunaan talipon bimbit.!!!. Melakukan eksperimen atau membuat sendiri CB antenna, power supply atau melakukan DXing dengan berkumpul sesama rakan CBer. Jarak perhubungan purata CB radio adalah di antara 2km hingga 18km dimana dalam masa-masa tertentu boleh mencapai sehingga ribuan km sekiranya anda menggunakan HF CB 27Mhz mode SSB (USB atau LSB) !!!.

CB RADIO ADALAH UNTUK KEGUNAAN SEMUA RAKYAT DI MALAYSIA. TANPA PERLU MEMBAYAR SEBARANG LESEN PERIBADI ATAU MENGAMBIL SEBARANG PEPERIKSAAN !. TUNGGU APALAGI BELILAH CB TRANSCEIVER DAN MULAI `ON AIR`Yang perlu cuma anda membeli sebuah CB Transceiver, power supply dan antenna atau Mobile CB antenna (untuk kegunaan pada kereta, lori, caravan atau bas). Anda boleh membeli CB Transceiver samada melalui on-line seperti melalui Ebay, Mudah.my, Lelong.my atau AliBaba.com atau kedai yang menjual Radio Transceiver samada di Jalan Pasar KL atau Low Yatt Pudu Kl. Tak kira anda siapa, peguam, jurutera, pemandu bas, pemandu trailer kontena, pemandu teksi, guru atau sebagainya yang penting anda sukakan hobi perhubungan radio maka cb radio ni sangat berguna untuk anda gunakan semasa dalam perjalanan, semasa berkonvoi, semasa kecemasan atau hanya untuk sembang-sembang. PERINGATAN ! Adalah menjadi kesalahan disisi undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), menggunakan sebarang peralatan komunikasi dua hala selain dari CB RADIO atau PMR di dalam kenderaan atau sebagainya tanpa memiliki lesen (AA) yang sah, jadi satu-satunya alat komunikasi dua hala yang tidak memerlukan lesen untuk digunakan adalah CB RADIO atau PRS RADIO.

Anda boleh mula 'on air' dengan monitor di CH 11 (Calling Channel 27.085 MHZ) atau CH 30(27.305 MHZ) !. Semoga kita bertemu di udara di CH 11 atau CH 30 atau dimana-mana CH yang dibenarkan (40CH). Yang perlu anda ketahui MCMC menetapkan CH 9 (27.065 MHZ) adalah untuk tujuan KECEMASAN (CH EMERGENCY) dan CH 11 (27.085 MHZ) adalah CH PANGGILAN (CH CALLING). CH 1: 26.965 MHZ CH 2: 26.975 MHZ CH 3: 26.985 MHZ CH 4: 27.005MHZ CH 5 : 27.015 MHZ CH 6: 27.025 MHZ CH 7: 27.035 MHZ CH 8: 27.055 MHZ CH 9: 27.065 MHZ (EMERGENCY) CH 10: 27.075 MHZ CH 11: 27.085 MHZ (CALLING) CH 12: 27.105 MHz CH 13: 27.115 MHZ CH 14: 27.125 MHZ CH 15: 27.135 MHZ CH 16: 27.155 MHZ CH 17: 27.165 MHZ CH 18: 27.175 MHZ CH 19: 27.185 MHZ CH 20: 27.205 MHZ CH 21: 27.215 MHZ CH 22: 27.225 MHZ CH 23: 27.255 MHZ CH 24: 27.235 MHZ CH 25: 27.245 MHZ CH 26: 27.265 MHZ CH 27: 27.275 MHZ CH 28: 27.285 MHZ CH 29: 27.295 MHZ CH 30: 27.305 MHZ (Indonesian CBer`s Active) CH 31: 27.315 MHZ CH 32: 27.325 MHZ CH 33: 27.335 MHZ CH 34: 27.345 MHZ CH 35: 27.355MHZ CH 36: 27.365 MHZ CH 37: 27.375 MHZ CH 38: 27.385 MHZ CH 39: 27.395 MHZ CH 40: 27.405 MHZ.

CALLING CHANNEL UNTUK GROUP 113 DTR ADALAH CH 14 AM CALLING, CH 20 FM CALLING DAN CH 22 SSB CALLING. (113DTR xxx). http://113dtr.blogspot.com/

Bagi mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, Gombak dan sekitarnya boleh membuat pangilan di CH 14 AM CALLING (27.125Mhz) CH 20 FM CALLING (27.205Mhz) dan CH 22 USB CALLING (27.225MHz). Untuk UHF CB CH 19 477.23755Mhz, CH 30 477.375Mhz FM MODE sahaja.

Unofficial International Calling Frequency adalah 27.555MHZ, anda boleh cuba memanggil international CBer station di Frquency ini.

Satu lagi perkara yang perlu di ambil perhatian adalah kebanyakan CB RADIO perlu di sambungkan microphone pada microphone connector barulah speaker nya mengeluarkan bunyi, kalau tidak speaker CB radio langsung tidak mengeluarkan bunyi.. Seolah-olah rosak. !! JANGAN SAMPAI TERTIPU !!!
LINK MCMC MENGENAI CB RADIO ATAU PRS RADIO.

Sunday, 12 October 2014

UHF CB 477MHz RADIO AUSTRALIA, NEW ZEALAND, VANUATU DAN MALAYSIA

Tahukah anda bahawa UHF CB477MHz  Radio (NFM) ini juga di gunakan  di negara AUSTRALIA, NEW ZEALAND dan VANUATU ?.Iitulah hakikatnya negara Australia dan New Zealand  telah memperkenalkan UHF CB Radio ini sejak tahun 1970 an lagi, sezaman dengan pengenalan HF CB 27MHz. Begitu juga dengan negara Indonesia mereka juga membenarkan penggunaan UHF CB 477MHz suatu ketika dahulu. Pengunaan UHF CB 477MHz kemudian di ganti dengan VHF CB 142MHz. UHF CB 477MHz adalah lebih kurang sama sahaja penggunaannya seperti HF CB 27MHz di katagori kan dibawah ' Class Assingment' bermaksud penggunaanya tidak memerlukan lesen AA serta apa-apa bayaran, namun demikian ia tetap tertakluk kepada terma dan syarat seperti yang terkandung didalam warta ACMA (Australia)-Class Licence.

Penggunaan UHF CB 477Mhz tidak begitu ketara pada masa lampau kerana harga peralatan UHF CB adalah mahal untuk di beli. UHF CB 477MHz juga characteristic perhubunganya adalah' line of sight' dan terlalu lemah jarak perhubungan dikawasan berbukit dan bergunung-ganang menyebabkan penggunaan berkurang. Namun demikian setelah pihak ACMA membenarkan penggunaan repeater dikawasan berbukit bukau maka peminat atau pengguna UHF CB 477MHz kian bertambah dari hari ke hari sehingga kini boleh di katakan semua pengguna cb radio di Australia atau New Zealand memasang UHF CB 477MHz di kenderaan masing-masing sebagai alat komunikasi dua hala.
Pada asalnya pihak ACMA menyediakan 40CH (476.425Mhz ke 477.400Mhz  step 25Khz CH 1-CH 40 ). Oleh kerana terlalu ramai pengguna UHF CB 477MHz maka mulai January 2011 pihak ACMA menambah 40 CH lagi menjadikan 80 CH (476.400 MHz ke 477.4125 MHz step 12.5Khz). Di Australia dan New Zealand di benarkan penggunaan repeater, ini membolehkan jarak perhubungan boleh di capai sehingga 100Km. Di Australia dan New Zealand mereka menetapkan  CH 5 Untuk kegunaan EMERgency, CH11 untuk CALLING CHannel, CH 40 ROAD CHannel dan CH 9, 10,12 - 21, 23- 30, 49 - 60, 64 - 70,79 - 80  untuk kegunaan Simplex communication.



                                (photo credit to ACMA Australia)

Kelebihan UHF CB 477MHz berbanding dengan HF CB 27MHz  di antaranya adalah suara perhubungan yang lebih jelas kerana penggunaan mode FM  sedangkan HF CB 27MHz lebih menggunakan AM dan SSB (USB dan LSB). Tidak ada gangguan noise atau electrical statics atau bunyi bising dari station CB yang jauh dan sebagainya. Antara syarikat pengeluar UHF CB 477Mhz adalah GME, UNIDEN, YAESU VERTEX, ORICOM dan ICOM dalam berbagai bentuk samada Mobile atau Handie yang mengeluarkan power output diantara 1 ke 5 Watt maksimum power output yang dibenarkan.

UHF CB 477MHz keluaran UNIDEN  JAPAN untuk pasaran Australia dan New Zealand




                                       Oricom UHF300 micro UHF CB 477MHz micro




Yaesu VERTEX VX4600 CB UHF CB 80 Channel for Australia dan New Zealand market


                                            Model GME TX3500 80 CH, 5watt



                                                  ICOM IC400Pro

                         
Ini menunjukan bukan di Malaysia sahaja  penggunaan UHF CB 477MHz di benarkan tanpa lesen atau di bawah 'Class Assignment' sebaliknya di Australia, New Zealand, Vanuatu dan Indonesia juga membenarkanya.


Selamat berkomunikasi di jalur rakyat (CITIZEN BAND) jalur (frequency band) untuk anda semua.