Wednesday, 28 December 2011

TEAM CB TRANSCEIVER

Kali ini saya akan memperkenalkan CB Transceiver dari jenama TEAM. Kebanyakan jenama ini di ekspot ke negara Eropah seperti England, Russia, German, Sweden dan sebagainya kerana negara eropah buat masa ini cuma membenarkan penggunaan Mode AM / FM sahaja. Tapi mengikut group-group CB Radio yang aktif mengatakan mulai tahun 2012, peraturan radio CB di negara Eropah akan berubah dimana CB Radio yang mempunyai MULTIMODE boleh digunakan, cuma perlu menunggu pengumuman rasmi sahaja!.
Berbalik kepada CB Transceiver TEAM MC-8 ianya berkuasa 4 Watt FM dan 1 Watt AM. Mempunyai LCD display berlatar belakang warna led cerah, Tone switch, CHannel scanning, S-meter, Dual Watch, Priority CH 9 (for truckeror Highway monitor), Rotary CH selector,External s-meter, External speaker, UP DOWN Mic dengan tone switch, berukuran 131 x 32 x 145 mm, seberat 750gram sahaja.


Dengan keadaan saiznya yang kecil, membolehkan TEAM MC-8 diletakkan dimana-mana sahaja kerana ianya sangat kompak. Receiver sensitivity agak ok sekitar 0.6uV per 60dB. Semasa mengadakan ujian dengan rakan CB,  SD115 yang berada lebih kurang 5 KM dari tempat saya mengatakan audio yang diterima adalah cukup jelas audio nya begitu juga dengan readiblity 5 X 9 +20 dB. Saya menggunakan MODE AM dengan kuasa keluaran cuma 1 Watt Sahaja.








Satu keunikan yang ada pada TEAM MC-8 ini adalah keupayaannya untuk monitor dua CH berselang seli sebagai contoh CH 9 dengan CH 11. Saya menggunakan antenna CB ALAN CTE 5/8 Lambda.




Dibawah ini ada beberapa foto TEAM MC-8 yang sempat di `upload`kan.
 Di bawah ini ada di tunjukkan video klip semasa ujian penerimaan (receiver sensitivity) menggunakan CB TEAM MC-8. Video ini di ambil pada jam 7.00 pm waktu tempatan.



Thursday, 8 December 2011

FREQUENCY COUNTER

Salam,  Pada kali ini saya akan bercerita mengenai frequency counter, atau penunjuk frequency. Kebanyakan CB radio cuma mempunyai CHANNEL indicator sahaja yakni penunjuk nombor channel sahaja bukan frequency 27MHZ seperti yang kita fahami di mana CB Radio frequency berada pada julat 26.695MHZ hingga ke 27.405MHZ (CHANNEL 1 hingga CHANNEL 40). Jadi kita memerlukan frequency counter untuk mengetahui pada CH 15 itu apakah frequency yang di keluarkan oleh pemancar atau transmitter sebenarnya. Harga sebuah frequency counter yang paling murah pun berharga sekitar RM170.00. Apakata kalau kita mampu membuat sendiri frequency counter yang boleh membaca frequency sekitar 1HZ hingga 50MHZ ??. Tentu menyeronokan hasil kerja tangan kita sendiri. Dan ianya bolehlah kita letakan pada CB TRANSCEIVER yang tidak mempunyai frequency counter !.Apa yang anda perlu ialah bebrapa biji resistor, crystal 4Mhz, 16 x 1 LCD Display, 5volt voltage regulator, transistor npn, inductor 10uH, capasitor, PIC16F84 serta kebolehan memprogram PIC Chip. Dibawah ada foto-foto yang boleh di jadikan sebagai panduan.











Hexidecimal yang perlu di programkan kedalam PIC 16F84 (hex.f002)




Cukup simple kan?

Sebuah frequency counter yang siap dipasang pada homebrew HF Transceiver seperti yang di tunjukan dibawah



Seperti yang dapat dilihat frequency counter ini boleh dibuat pada stripboard sahaja tidak memerlukan PCB board yang perlu di 'etch' atau sebagainya.





Thanks  to  PHIL RICE VK3BHR to updated frequency counter project. Untuk anda yang ingin mencubanya bolehlah masuk link ini https://sites.google.com/site/vk3bhr/home/fm2/