Monday, 30 January 2012

KEPERLUAN PERALATAN UNTUK CB BASE STATION

Salam, bertemu lagi, pada entry kali ini saya akan bercerita mengenai sebuah base station tu apa yang perlu ada. Sama seperti penggemar HAM RADIO juga CB Base Station memerlukan sebuah CB TRANSCEIVER, POWER SUPPLY dan BASE ANTENNA. Sebuah CB Transceiver ada yang AM mode sahaja dan juga jenis MultiMode iaitu mempunyai semua mode modulation yang digunakan untuk pemancaran. Saya lebih suka mencadangkan agar anda membeli dari jenis multimode atau sekurang-kurangnya yang mempunyai mode AM dan SSB (LSB/USB), sebabnya ialah untuk membolehkan anda merasai keseronokan sebenar berhubung melelui radio untuk jarak yang sukar anda duga semasa menggunakan mode SSB!. Disini kemahiran anda untuk menerima isyarat dalam mode SSB juga akan teruji kerana bunyinya seakan-akan bunyi Donald Duck (itik) itu menyebabkan anda akan memutar-mutar knob Clarifier untuk membolehkan anda memahami bunyi yang anda terima...disitulah keseronokanya akan timbul.  Jarak perhubungan dengan mode SSB juga tidak terduga dimana tak secara sedar anda menerima signal dari AUSTRALIA, JEPUN, CHINA dan sebagainya serta boleh berbual dengan mereka, kadang-kadang selama 30 minit. Antara contoh CB tersebut adalah COBRA 148GTL, Ranger TR-696M, SUPERSTAR 2400, CONCORD 2  dan sebagainya. Harga sebuah CB TRANSCEIVER jenis multimode lebih mahal sedikit berbanding dengan yang mempunya mode AM/FM sahaja diantara RM500.00 hingga ke RM800.00. Manakala untuk CB TRANSCEIVER jenis mode AM/FM harga sekitar RM300.00 ke RM400.00  bergantung kepada brand manufactured. Contoh CB TRANSCEIVER untuk mode AM/FM adalah TEAM MC-8 berharga sekitar RM 400.00 termasuk dengan mobile antenna.


                                        CB TRANSCEIVER COBRA 148GTL AM/SSB

CB TRANSCEIVER RANGER TR-696M (for Malaysia user) AM, FM, SSB and CW (multimode)


CB TRANSCEIVER SUPERSTAR 2400MK11 AM, FM, SSB and CW (multimode)


CB TRANSCEIVER HAM INTERNATIONAL CONCODE 2  AM, FM, SSB and CW (multimode)

CB TRANSCEIVER TEAM MC-8 AM dan FM mode.

                   CB TRANSCEIVER JENIS PORTABLE.
                    
            CB TRANSCEIVER ALBRECHT AE485 MULTIMODE


POWER SUPPLY

 Secara  purata sebuah CB Transceiver itu memerlukan power supply yang mampu mengeluarkan voltage 13.8 Volt dan current yang yang melebihi 4 Ampere. Ini di sebabkan sebuah CB Transceiver berkuasa keluaran (power out put) 4 Watt untuk mode AM dan FM memerlukan sekitar 1.5 Ampere current, menakala untuk mode SSB samada LSB atau USB  (Lower Sideband atau Upper Sideband) memerlukan lebih kurang 4 Ampere untuk keluaran power output sekitar 12 Watt pep pada masa peak modulation. Antara contoh power supply yang boleh di gunakan adalah EKK RS-10AM (10 A maksimun) atau atau anda boleh membuatnya sendiri (homebrew) sekiranya anda memahami asas elektronik.

Antara circuit atau plan power supply (regulated) yang boleh anda cuba untuk membuatnya sendiri, voltage keluaran 13v8 (13.8volt) 5Ampere dan 10Ampere di tunjukkan dibawah.

                                           Power Supply 13V8 (5 Ampere)


                     
                                          Power supply 13V8 (10 Ampere)


                                       Power Supply 13V8 (15 Ampere)

Kesemua circuits di atas menggunakan bahan komponen electronics yang senang untuk di beli di kedai-kedai elekronik.


BASE ANTENNA

Antenna CB untuk kegunaan di `base` (dirumah) yang sebaiknya adalah jenis YAGI atau BEAM antenna, ini disebabkan antenna jenis beam dapat melangkau jauh serta lebih terarah kesatu-satu kawasan atau negara yang ingin di hubungi. Antenna ini boleh di beli atau di buat sendiri sekira anda ada kelengkapan serta peralatan SWR meter.

                                          4 ELEMENTS YAGI (gamma match)




                                        2 ELEMENT YAGI (gamma Match)

Yagi Antenna yang boleh anda buat sendiri seperti gambarajah di bawah



                                        
                                        GAMMA MATCH
Nota tambahan: Gamma match menunjukan sebahagian dari bahagian radiator element, yagi antenna di atas.
rod yang boleh di laras tidak boleh bersentuh dengan rod yang disambungkan kepada antenna connector,
gunakan bahan penebat (insulator) supaya tidak bersentuh.

Vertical antenna juga boleh digunakan dan keupayaanya ialah isyarat yang di pancarkan akan terarah ke semua arah atau 360 darjah jadi semua station yang berada dalam lingkungannya akan dapat menerima isyarat tersebut. Vertical antenna pula ada 3 jenis iaitu 5/8, 1/2 atau 1/4 wave. Antenna vertical 1/2 dan 5/8 lambda adalah lebih baik jika di bandingkan dengan 1/4 wave, kedua-dua antenna tersebut mempunyai `gain`. Contoh antenna CB 5/8 adalah jenis ALAN CTE ENERGY 5/8 lebih kurang 27 kaki tinggi dan mempunyai `radial groundplan` sepanjang 3 X 47 inch. Antenna ini pun boleh di buat sendiri sekiranya anda ada kemudahan untuk membeli aluminium rod dikedai hardware.

Antenna 1/2 wave, setinggi 18 kaki juga mempunyai `gain`serta baik untuk tujuan berhubung bagi jarak yang jauh atau dekat. Manakala antenna 1/4 setinggi lebih kurang 9 kaki tidak mempnyai `gain` dan ianya sesuai untuk tujuan perhubungan untuk station local (sekitar 15 km radius).

Pada entry akan saya akan menunjukkan cara bagaimana untuk membuat (homebrew) ketiga-tiga antenna tersebut dengan plan yang lengkap bagi kemudahan anda untuk mencubanya.