Saturday, 21 April 2012

CB COBRA 25LTD WX AM TRANSCEIVER

Untuk kali ini saya ingin memperkenalkan CB transceiver COBRA 25LTD WX yang baru saya beli dari syarikat on-line di penang iaitu YOURY MARKETING. Tempoh bayaran dan penerimaan adalah 3 ke 4 hari, kira ok juga dan syarikat yang boleh di percayai.


Dibungkus dengan surat khabar biasa sahaja, macam bungkus keropok lekor..hehhe..



Kotak CB COBRA agak besar juga, tapi rupanya di dalamnya mengandungi 2 kotak kecil satu untuk mengisi CB transceiver dan satu lagi untuk microphone dan screws.








Dan operating manual.  CB ini bersaiz 8-5/8" x 6-3/9" x 2-13/64 kecil sedikit berbanding dengan COBRA 148GTL seberat 4 pound.
COBRA 25LTD WX CLASSIC ini adalah AM CB Transceiver di lengkapi CH WX (weather band USA 162MHZ ).

Lagi foto COBRA 25LTD WX CLASSIC










Dan video yang di ambil pada jam 3:00 pm 21-04-12

Friday, 13 April 2012

VERTICAL 1/2 WAVE DIPOLE

Untuk kali ini saya akan menerangkan bagaimana membuat dipole antenna 1/2 wave untuk variasi vertical.
Kali ini kita menggunakan teknik antenna dari coaxial cable samaada RG58 atau RG213, beza diantara keduanya adalah saiz diameter  RG58 kecil RG213 atau RG8 lebih besar berbanding dengan RG58 tapi impedance kedua-duanya sama iaitu 50 ohm.

Formula yang digunakan adalah L(feet)=468/F (mhz). Untuk CB antenna CH 20 (27.205MHZ)

                                   468/27.205 = 17.20 feet atau 206.4 inch.

Ambil coaxial cable 50 ohm samada RG58 atau RG213 ukur panjang cable yang diperlukan seperti diatas dengan extra lebih kurang 2 feet untuk tujuan sambungan kepada SO259. Panjang keseluruhan coaxial cable yang di perlukan adalah 17.20 + 2 atau lebih kurang 19.20 feet. Foto dibawah menunjukan sebahagian dari coaxial cable 103.20 feet.















setelah mendapat ukuran yang diperlukan (103.2inch),  plastic cover luar coaxial cable di belah atau dibuang supaya coaxial screen kelihatan.





Setelah itu coax screen di tolak masuk semula kedalam plastic cover sebahagian lagi coxial cable (103.2inch).








Tolak kesemua screen shield sehingga selesai dan ukur panjangnya iaitu lehi kurang 104 inch atau lebih kurang 8.67 feet.



Taped kan dengan electrical salotape supaya coaxial screen shield tidak bergerak dari kedudukanya.

akhir sekali masukan antenna tersebut kedalam pvc condiut sepanjang 17.35 feet bertujuan untuk melindungi antenna tersebut dari moiture atau air hujan kerana ini boleh menyebabkan  screen shield menjadi berkarat.











Solder pl 259 pada coaxial cable yang lebih sekita 2 feet untuk sambungan ke transceiver cb.

Antenna ini boleh di gunakan untuk portable atau field day, tanpa memasukanya kedalam pvc condiut dan di gantung pada pokok dengan tali.







Selamat mencuba gunakan kreativiti anda untuk membuat cb antenna berpandukan formula yang di sediakan. Untuk project antenna akan datang saya akan tunjukkan cara membuat 5/8 wave dan j pole cb antenna pula.

Monday, 9 April 2012

Half Wave Antenna 1/2 Wave

Untuk kali ini saya akan bercerita mengenai vertical 1/2 wave antenna pula. Antenna ini tergolong dalam katagori antenna yang mempunyai `gain`. Untuk membuatnya bolehlah mengunakan bahan aluminium rod atau electrical wire sebagai radiator element.



Gambarajah di atas menunjukkan contoh ukuran 1/2 wave dan 5/8 wave vertical antenna.

Untuk mengira ukuran panjang radiator element yang diperlukan untuk membuat 1/2 wave antenna , saya suka menggunakan formula berikut: full wave 936 X 1/2 = 468 iaitu  468 / F (MHZ) = feet (kaki). Oleh itu panjang yang diperlukan untuk membuat antenna CB 1/2 wave adalah 468 / 27.205 (ch 20) = 17.20 kaki (feet). Oleh kerana antenna ini adalah dari jenis 1/2 wave maka perlu di buatkan loading coil (matching coil) pada bahagian base radiator element itu supaya impedance` nya menjadi 50 ohm atau sehampir mungkin dengan impedance tarnsmitter output cb transceiver iaitu 50 ohm. Sebenarnya coil atau loading coil tidak begitu susah untuk di buat, cuma perlu membeli wire tembaga (enamel copper wire) bersaiz 18swg atau lagi besar lebih baik sekira nya kuasa transmitter dari cb transceiver melebihi 10 watt, bagi mereka yang suka memakai kasut!.

Gambarajah diatas menunjukkan 1/2 wave vertical antenna keseluruhan iaitu base coil, radial dan radiator element. size wire yang digunakan adalah 18swg (1.20mm Dia.) atau 19 swg (1.00mm Dia.), senyak 7 1/2 turns pada pvc 1" atau 22mm dia. Tap pada 1 7/8 turns dari bawah solder kan pada center coax wire dan screen coax di solder kan pada hujung coils. Hujung coil yang satu lagi di sambungkan ke radiiator element berukuran lebih kurang 17.20 kaki (feet).




Lukisan di atas menunjukkan bagaimana base coils di lilitkan pada pvc condiut berukuran 22mm atau lebih kurang 1 '' diameter.



Gambarajah di atas menunujukan bagaimana base coils yang telah di masukkan ke pvc cover bersaiz 22mm x 15mm..



Terpulanglah kepada anda samada hendak menggunakan aluminium rod atau electrical wire sebagai radiator element, sekiranya menggunakan electrical wire maka bolehlah di masukkan wire tersebut kedalam pvc paip berukuran lebih kurang 17.20 kaki (feet).


Di bahagian atas adalah rod radiator element.




Foto menunjukkan bagaimana coils telah di masukkkan kedalam pvc condiut agar terhindar dari habuk atau moisture yang boleh menyebabkan solder menjadi lekang atau tertanggal.






Bagi anda yang kreatif selamat mencuba dan menghasilkan cb antenna  1/2wave vertical antenna sesuai untuk tujuan local qso atau pun untuk `DXing`.

Thursday, 5 April 2012

CB ANTENNA - VERTICAL ANTENNA

Untuk kali ini saya akan bercerita mengenai CB antenna jenis vertical. Vertical antenna terdiri dari ground plan atau 1/4 wave, 1/2 wave dan 5/8 wave, ini adalah diantara design vertical antenna yang di gunakan. Ground plan atau 1/4 wave antenna adalah yang paling mudah dan senang untuk di buat dan ringkas.
Terlebih dahulu perlulah kita mengetahui serba sedikit mengenai teori atau formula untuk mengira berapa panjang element radiator yang diperlukan untuk membuat vertical antenna. Aluminium rod atau electrical wire boleh digunakan sebagai radiotor element ataupun sebagai ground plan. Untuk mendapatkan `fullwave electrical wavelength` untuk sesuatu frequency bolehlah di gunakan  formula berikut  In feet 936/fc (Mhz) atau dalam meter 286/Fc (mhz). Dari formula tersebut maka untuk membuat 1/4 wave antenna maka 936/4 = 234, bersamaan dengan 234/Fc (Mhz) dalam kiraan kaki (feet). Untuk CB Radio frequency yang di gunakan sebagai asas kiraan adalah pada CH 20 iaitu 27.205MHZ. Dengan mengunakan formula tersebut bolehlah dikira panjang `radiator element` yang diperlukan untuk 1/4 wave antenna atau `groundplan antenna` iaitu 234/27.205mhz = 8.6 kaki (feet) atau untuk kiraan dalam inchi (inch) adalah 234x12=2808/Fc (mhz) iaitu 2808/27.205=103.2 inchi. Ukuran sebenar radiator element ialah semasa membuat antenna tuning menggunakan swr meter, dimana perlu di `trim` sehingga mendapat bacaan swr 1:1 atau tak melebihi 1:2.

 Untuk `groundplan` atau radials` juga menggunakan aluminium atau wire yang yang sama panjang dengan `radiator element` dalam keadaan bersudut 45 degre seperti gambarajah diatas.





 
Antenna  1/4 wave di atas semua boleh di buat sendiri tanpa memakan masa yang lama untuk menyiapkanya.
Untuk ujian SWR, gunakan frequency 27.205MHZ atau CH20  sebagai reference. Trim radiator element sehingga SWR  tidak lebih dari 1:2, sebaik-sebaiknya adalah 1:1.