Untuk mengira panjang element (radial ) yang diperlukan untuk membuat antenna vertical 5/8 Wave ini, saya suka menggunakan formula berikut
FULLWAVE =936/F (MHZ) in Feet (fullwave)
for 5/8 wave 5/8 X 936 = 585
585/F (MHZ) atau 585/ F (27.205MHZ) CH 20 as a reference center frequency.
585 / 27.205 Mhz = 21.50 feet atau 585X12=7020 (inch)
7020 / 27.205Mhz = 258.04 inch.
Jadi dari formula di atas maka radial element yang di perlukan ialah sepanjang atau setinggi 21.5 kaki. Oleh kerana antenna 5 / 8 wave ini adalah vertical antenna, maka perlulah dibuat wire impedance atau coil pada bahagian base bagi mendapatkan matching sehampir mungkin kepada 50 Ohm. Maka coil impedance perlulah dibuat sama seperti 1/2 wave vertical antenna.
Di bawah ini di tunjukan cara bagaimana membuat loading coil (impedance match). Menggunakan pvc conduit bersaiz 2.5cm . Gunakan wire copper bersaiz 16 SWG lilitkan 14 turns pada pvc conduit tersebut seperti diagram dibawah.
Pada lilitan ke 5 solderkan center wire coaxial cable seperti yang di tunjukan.
Tutup coil assembly tersebut dengan pvc conduit seperti diagram di atas.
Radiator element yang diperlukan adalah sepanjang lebih kurang 21.5 kaki bagi reference CH 20. Trim bahagian atas sehingga swr menunjukkan 1:1 pada channel 20.
Selamat mencuba CB 5/8 Wave adalah jenis high gain antenna dan ianya bagus untuk tujuan DXing. Cara membuat nya sama seperti membuat CB antena1/2 wave yang di tunjukan dalam posting terdahulu. Pada posting akan datang saya akan tunjukan cara membuat J Pole CB antenna pula.