Monday, 17 December 2012

MAGNUM 257HP DAN RANGER RCI 2950

Untuk posting kali ini saya ingin memperkenal 2 brand CB Transceiver yang masih menjadi idaman saya yang belum tercapai untuk memilikinya. Pertama mungkin kerana perlu di order dari USA, kedua mungkin kerana harganya yang agak mahal sedikit berbanding dengan brand yang lain
CB TRANSCEIVER pertama yang menjadi cita-cita saya untuk mendapatkanya  ialah MAGNUM 257HP, bersaiz kecil sedikit dari SUPERSTAR 2400MK11, multimode (AM,FM,SSB dan CW), automatic noise limiter ANL, noise blanker NB,RF gain, microphone gain, rf power meter, dual watch DW, S meter, scanning (memory and vfo), frequncy step 1khz, 10khz dan 100khz. Juga di jual dengan jenama lain itu YETICOM OPTIMA, DRAGON SS-485, ALBRECHT AE-485, JOPIX ITACA, TITAN ROADPRO RPSY-485 dan ALBRECHT AE-5800 bergantung kepada negara mana CB RADIO ini di ekspot. Untuk brand MAGNUM  adalah made in Korea dan Phillippine dan bagi brand lain kebanyakanya di perbuat di China. Magnum 257HP apabila di` tweak` dan di `tuned` boleh mencapai sehingga 80 Watt power output, menggunakan RF PA module RFX-75.


RF PA module  RFX-75 yang boleh mengeluarkan power output sehingga 80 Watt pep.


                                         MGNUM 257HP atau MAGNUM 275HP


                                                             YETICOM OPTIMA  
    

Pemandangan circuit board menggunakan SMT device menjadikan CB Transceiver lebih stabil dan reka bentuk saiz dapat di kecilkan.


Final Out put menggunakan 2 x IRF 520N mosfet transistor yang mampu mengeluarkan kuasa output sekitar 50 Watt FM dan SSB manakala sekita 15 Watt AM mode.
                                                         
                                         INTEK MULTICOM 485 juga menggunakan Transistor 2SC2166 untuk rf driver dan 2SC1969 untuk final output transistor.



                     ROADPRO TITAN II RSPY-485 Single output Transistor 2SC1969. Power output sekitar 12 Watt pep SSB dan 10 Watt FM.


                                   Pemandangan PCB Board TITAN RAODPRO 485, single output Transistor 2SC1969 dan Driver Transistor adalah 2SC2166.



RANGER RCI-2950DX

Model ini keluaran Ranger USA, buatan Taiwan dan Philliphine.  Diiklankan sebagai Dual Band Transceiver 12 dan 10 meter band tetapi mempunyai kemampuan untuk kegunaan `freebanding` dari 25 Mhz hingga 30 Mhz. Kuasa output sekitar 30 watt. All mode transceiver AM, FM, SSB dan CW.


Bersaiz sama seperti Cobra 148GTL, microphone connector di sebelah hadapan. Untuk saiz sebesar Cobra 148GTL agak sukar sedikit tidak sesuai untuk di` install` pada kenderaan yang tidak mempunyai ruang yang luas untuk memasang transceiver.

Menggunakan bipolar transistor biasa 2SC2166 untuk RF Driver dan 2 x 2SC2312 yang apabila di `tweak` dan `tuned` sekitar 45 Watt boleh di capai.


Ukurannya  bersaiaz sama seperti Cobra 148GTL.


                   Pandangan di belakang  RCI-2950DX.


                     PCB mainboard Ranger RCI-2950DX.

                      Pemandangan PCB Board didalam RCI-2950DX.

Model Ranger RCI-2950 DX dan RCI-2975DX ini sangat sesuai untuk dijadikan atau kegunaan di` base`  atau di rumah kerana saiznya agak besar sedikit.

Model yang seakan-akan sama dengan Ranger RCI-2950 DX ini, tetapi lebih tepat lagi sama seperti ANYTONE AT-5555 adalah CRE-8900 bersaiz lebih kecil (DIN Size) iaitu 170mm x 215mm x 52mm, lebih sesuai untuk di pasang pada kenderaan berbanding dengan ANYTONE AT-5555. Berkuasa RF output 50 watt (maximum). Menggunakan transistor 2sc2166 di bahagian rf driver dan 2 x IRF 520N power mosfet di bahagian RF Final out put. Multimode AM, FM, SSB dan CW.




Mempunyai turbo echo, roger beep, high gain 5 elements noise blanker, microphone connector di bahagian hadapan dan sebagainya di perbuat oleh UNIVERCOM (France).






Sekiranya anda ada kemudahan untuk membeli CRE-8900 tentunya anda akan berpuas hati dengan keupayaan transceiver ini berbanding dengan Ranger RCI-2950DX kerana pcb board radio ini adalah upgrade version model RCI-2950DX. Model ini juga di jual untuk pasaran Rusia sahaja oleh pengeluar radio dua hala Jepun iaitu ALINCO dengan jenama ALINCO DR-135CB, tidak di ketahui kenapa ALINCO cuma memasarkan model ini  untuk pasaran negara RUSIA sahaja mungkin juga kerana  pasaran CB radio di negara RUSIA yang lebih meluas dan ramai  penggunanya.. ALINCO menambah pelbagai feuture untuk model keluarannya !.




 Brochure ALINCO DR-135CB untuk pasaran Russia.

Saturday, 8 December 2012

CARA MENGUJI SWR DAN ANTENNA

Salam, untuk posting kali ini, saya akan tunjukkan cara untuk menguji SWR bagi antenna installations sebelum kita membuat sebarang pemancaran isyarat (transmitting). Tujuam utama menguji SWR adalah untuk menguji power dan ratio isyarat yang dipancar keudara dan isyarat yang reflected/reverse semula ke peralatan pemancar CB Radio. Jika refleted wave melebihi dari paras/ ratio yang sepatutnya, ini akan menyebabkan kuasa isyarat (radio wave) yang dipancar ke udara akan berkurang, bayangkan kuasa pemancaran  untuk CB Transceiver cuma dibenarkan 4 Watt sahaja dan separuhnya reflected semula ke peralatan CB Radio maka sudah pasti yang terpancar keudara cuma separuh sahaja mungkin 1watt atau 2watt sahaja, jadi bayangkanlah berapa jarak perhubungan yang boleh di capai sekiranya perkara ini berlaku. Sedangkan sekiranya Antenna di` tuned` dengan baik misalnya SWR 1:1, bermakna kesemua kuasa 4 Watt akan terpancar keudara kesemuanya!.

Perlatan yang di perlukan adalah  CB ANTENNA


ANTENNA ALAN CTE 5/8 Wave setinggi 25 kaki. (Antenna ini juga boleh berkerja di 10 Meter Band)

Sebuah SWR METER samada mempunyai satu meter atau 2 meter.


Perhatikan pada SWR meter mempunyai knob bertanda SET & RFS Adjust dan knob PWR (power), FWD (forward), REF (reference atau SWR) dan RFS (radio frequency strength).


SWR Meter yang digunakan adalah jenis KAISE SK-2100 27Mhz 10 Watt.



Perhatikan pada connector di belakang meter bertanda ANT - untuk disambungkan kepada antena samada pada bumbung kenderaan atau bumbung rumah dan bertanda TRANS - TRANSMITTER untuk disambungkan kepada transmitter CB Transceiver iaitu  SO-239 atau antenna output connector.




Cara penyambungan swr meter adalah seperti yang digambarkan diatas.









Antenna yang di `tuned` adalah ALAN CTE 5/8 dan CB Transceiver adalah  TEAM MC-8

Cara atau procedure

Meter SWR hendaklah disambungkan diantara antenna dan Radio Transceiver seperti gambar diatas.
pastikan antenna connector di sambungkan kepada tanda ANT di belakang SWR meter, manakala CB transceiver di sambungkan ke TRANS connector. Set kan knob SWR pada kedudukan FWD. CB Transceiver di letakan pada mode AM atau FM kerana memerlukan RF Carrier yang dipancarkan unutk mengukur SWR.

Set kan Channnel CB Transceiver pada CH 19 atau 40, setkan CB Transceiver pada mode AM atau FM, tekan PTT Microphone (transmit) adjust SET knob supaya bacaan pada meter menunjukkan bacaan FWD maksimum. Kemudian ubah knob SWR pada kedudukan REF tekan PTT microphone ambil bacaan SWR, misalnya bacaan adalah 1.8. Kemudian tukar CH ke CH 1, press microphone PTT (transmit) adjust knob FWD agar bacaannya adalah maksimum dan kemudian ubah knob semula ke REF untuk membaca bacaan SWR misalnya bacaan adalah 1.4. Jika bacaan ada perbezaan diantara CH 1 (1.4) dan CH 40(1.8), ini  menunjukkan radiator element CB antenna tersebut adalah terlebih panjang. maka perlulah dibuat adjustment atau di trim  radiator element dengan mengurangkan lebih kurang 1/4 inchi daripada panjang sebelumnya, kemudian di ulang semula procedure di atas sehingga mendapat SWR 1:1 atau sehampir mungkin..Begitu juga sekiranya pada CH 1 bacaan SWR adalah 1.8 dan pada CH 40 bacaan SWR adalah 1.4, ini menunjukkan radiator element CB Antenna tersebut adalah pendek dan perlu dipanjangkan sehingga bacaan SWR pada CH1 ke CH 40 menjadi 1.1 atau sehampir mungkin. Apabila antenna betul-betul di `tuned` pada  frequency CB (26.965mhz-27.405mhz) maka bererti kesemua kuasa pancaran 4watt tersebar keudara kesemuanya, dengan itu jarak perhubungan yang dapat di capai akan mejadi lebih jauh lagi. Sekiranya anda seorang penggemar musik atau audio system maka peralatan speaker yang memainkan peranan penting untuk menghasilkan audio yang lunak atau merdu tapi bagi sebuah peralatan pemancar (transmitter), antenna adalah peralatan yang penting sekali dalam menentukan jarak perhubungan yang boleh di capai. Purata jarak biasa yang boleh di capai sekira antenna di `tuned` dengan betul adalah sekitar 20 km dan apabila propogation membuka jaraknya menjangkau sehingga ke benua Australia, jepun dan kemana sahaja antenna di arahkan. Saya pernah berhubung dengan station CB di Manokwari Irian Jaya dengan kuasa CB Transceiver 4 watt (AM) 12 watt PEP (SSB) sahaja (barefoot), bayangkan perasaan yang kita alami bila isyarat yang dipancar berkuasa 4watt sahaja dapat di dengari atau diterima di negara jiran yang mencapai ribuan kilometer!

Tunggu apa lagi belilah CB Transceiver Multimode dan selamat ber`qso` .