Pada entry saya yang lalu saya menggunakan teknik grounding dan tapping pada base loading coils, setelah di uji swr dan sebagainya adalah lebih senang sekiranya kita menggunakan teknik 'base loading ' biasa sahaja dan untuk adjust swr cukup hanya dengan memotong atau memanjangkan 'element rod'.
Rod element yang di gunakan adalah diantara 96cm ke 127cm atau 38inch ke 50inch. Copper wire yang saya gunakan adalah bersaiz 20swg atau 0.90 m/m. Saiz pvc pipe adalah sama seperti di entry yang sebelum ini.
Saya membalut' loading coils' dengan menggunakan electrical tape biasa sahaja kerana itu yang ada dalam simpanan. Anda boleh menggunakan tape yang boleh di panaskan supaya lebih kemas dan tahan cuaca.
'Loading coils' yang telah siap di balut dengan tape dan pl259 siap untuk di 'solder' kan.
Mobile antenna yang siap di pasang rod element dan pl259
Dan inilah hasilnya mobile antenna CB 27Mhz untuk digunakan pada kenderaan. Untuk ujian SWR adalah seperti yang di terangkan pada entry yang sebelum ini.
Mobile antenna CB 27Mhz ini mudah untuk di buat sendiri dan' performance' nya tidak kalah jika dibandingkan dengan mobile antenna commercial yang berharga sekitar Rm80 keRm300. Selamat mencuba.
Gunalah CB Radio untuk tujuan komunikasi atau berkonvoi, frequency yang di benarkan untuk digunakan oleh anda rakyat Malaysia