Monday, 20 February 2017

CB RADIO DARI RANGER MALAYSIA

Terlalu lama tidak menulis di blog kesayangan saya ini, hari ini rasa ingin menulis mengenai cb radio keluaran dari kilang Ranger Communications Melaka.

Sebenarnya kilang Ranger Communications ini banyak mengeluarkan radio cb untuk kegunaan negara Amerika serta lain-lain negara yang membenarkan penggunaan cb radio. Kebanyakan radio yang di keluarkan oleh kilang Ranger Communications, Melaka adalah terdiri dari radio gelombang High Frequency iaitu di antara 24Mhz sehingga 32Mhz.

CB Radio OEM yang di keluarkan oleh Ranger Communications Melaka di antaranya adalah SUPERSTAR 2400, SUPERSTAR 2400MK111, COBRA 148GTL CONNECT 3300Hp, GALAXY  dan lain2.

Buat masa ini Ranger sedang menawarkan Model Ranger TRE 966FFC
Elite  bagi peminat CB Radio di Malaysia untuk memiliki cb radio AM/SSB mobile dengan harga yang mampu milik.


                                           Texas Ranger Model TRE-966FFC Elite

Selain model diatas ada lagi model-model lain yang di keluarkan oleh Ranger Communications di antaranya seperti Galaxy DX959 (fc), DX949, DX929


Kedua-dua model ini sangat menarik kerana mempuyai frequency display dan Channel number di bahagian muka depan radio.


SELAMAT BERHUBUNG MELALUI RADIO DI FREQUENCY JALUR RAKYAT (CITIZEN BAND RADIO) FREQUENCY UNTUK KEGUNAAN ANDA RAKYAT MALAYSIA.