Thursday, 20 April 2017

CB ANTENNA MATCHING UNIT

Ramai di kalangan CBer yang baru memulakan hobi CB Radio mendapati agak sukar untuk mendapatkan SWR yang rendah semasa tuning antenna homebase mereka. Ini adalah di sebabkan kemungkinan 'element radiator ' terlalu panjang atau terlalu pendek berbanding dengan frequency CH yang digunakan semasa memancar. Masalah matching ini boleh diatasi dengan membuat sendiri peralatan ANTENNA MATCHING UNIT (ATU).  Untuk membuat ATU ini anda perlukan beberapa bahan diantaranya: 1. Variable Capasitor (2 unit) 2. Inductor 3. Metal Box 4 x7 inch.





Variable Capasitor 12pf to 365pf (2 unit)



Insulated copper wire 18swg or 1.2mm


Metal box 4 x 7 inch





Schematic diagram of ATU unit





Kedudukan ATU adalah antara SWR meter dan Base antenna.













Cara menggunakan peralatan ATU untuk mendapatkan SWR yang ideal.

Mula-mula setkan CH CB radio anda pada mode AM, tak kira apa CH sekali pun. Kemudian pusing VC1 atau VC2 dengar bunyi pada speaker CB Radio samada mengeluarkan bunyi bising yang kuat, sekiranya tiada mengeluarkan apa-apa bunyi cuba periksa SQuelch control berada pada paras paling minima. Tala VC1 dan VC2 sampai bunyi yang kedengaran di speaker adalah yang paling kuat untuk CH tersebut. Tekan PTT pada microphone CB Radio untuk tujuan pemancaran, perhatikan meter SWR untuk bacaan, laras VC1 atau VC2 sehingga mendapat bacaan SWR yang paling ideal atau terendah semasa memancar iaitu 1:1 atau setidak-tidaknya 1:1.2, agar isyarat yang anda pancarkan sekitar 3.5Watt (4Watt) itu keseluruhanya terpancar keluar melalui antenna !. Bila SWR meter memberi bacaan terendah maka ini bermakna jarak jangkauan isyarat radio CB  boleh bergerak lebih jauh lagi maka  jarak perhubungan yang jauh boleh dicapai (10 ke 20km) untuk  perhubungan lokal atau berdekatan.



Selamat menggunakan CB RADIO semasa konvoi bersama rakan atau semasa santai di rumah. CB RADIO adalah untuk kegunaan semua Rakyat Malaysia...