Tuesday, 15 August 2017

CB RADIO MADE IN KOREA

Untuk kali ini saya ingin memperkenalkan CB Radio buatan Korea jenama TTI. Terima kasih kepada rakan kerana telah membantu saya untuk mendapatkan CB Radio buatan korea iaitu jenama TTI TCB-R2000 dan membolehkan untuk menguji CB Radio buatan Korea ini. Model TCB-R2000 adalah model yang paling advance dari segi circuits dan pembuatanya keluaran TTIKorea.
Model ini terdiri dari 5 unit item yang berasingan iaitu LCD display unit, Microphone, Transceiver unit, remote control unit dan handfree microphone.




Specifikasi: size 190 x 165 x58 mm, tidak terlalu besar lebih kurang sama lebar dengan CB Radio Anytone AT-6666. Mode AM / FM. Power output 4Watt. LCD display backlight Red, Green dan Blue. Roger beep, Scrambler on FM Mode, CTCSS enc/decode, VOX, PC programmable dan lain2 lagi.





          LCD Display menunjukkan berbagai parameter


    Remote controller untuk setting backlight, CH up down, PTT dan speaker MUTE






       Backlight berwarna  Red, Blue dan Green boleh di set mengikut citarasa anda.








TCB-R2000 berharga sekitar kurang dari RM500, bagi CBer yang gemarkan CB Radio yang LCD display berasingan dan mode AM / FM maka model TCB-R2000 adalah  antara pilihan terbaik untuk dimiliki atau sebagai salah satu CB collections !.


Selamat berkomunikasi di CB Band Radio, Frequency yang dibenarkan anda Rakyat Malaysia menggunakanya dimana-mana sahaja...!