QYT CB-27 sampai kerumah dari SHOPEE....
Perbandingan dengan wang RM1.00 besar sedikit berbanding dengan SMART CB.
PCB board QYT CB-27, Power Transistor menggunakan 13N10 power mosfet.
Menggunakan sistem superhetrodyne dual IF, iaitu 10.965Mhz dan 455Khz second IF, bertujuan untuk mengurangkan gangguan pada image frequency serta noise. Berbeza dengan pembuatan radio VHF dan UHF yang kebanyakanya adalah sistem SDR yang ringkas tidak memerlukan sistem IF frequency seolah-olah seperti sistem Tuned Frequency receiver sahaja. Sensitivity QYT CB-27 adalah less than 1microVolt for 10dB. Display boleh di pilih samada untuk menunjuk frequency atau dalam CH (channel). QYT CB-27 seakan sama dengan ANYTONE APOLLO 2, AVANTI, CRT SS-2000, OPTIM VOYAGER, STRYKER SR-94HPC (power output 40Watt) dan TEAM EXPERT 1.
Sepanjang ujian yang saya lakukan, saya amat berpuashati dengan sensitivity yang di hasilkan oleh QYT CB-27 ini. Jarak perhubungan adalah diantara 2km ke 15km. Bagi anda yang berminat dengan radio cb mode AM/FM, QYT CB-27 adalah yang terbaik serta paling fleksi dari segi harganya. Anda boleh membelinya di LAZADA, SHOPE atau 11 STREET dengan harga yang berbeza-beza, jadi anda perlu buat perbandingan harga sebelum membelinya.
SELAMAT BERKOMUNIKASI DI CITIZEN BAND RADIO, FREQUENCY YANG DIBENARKAN ANDA RAKYAT MALAYSIA MENGGUNAKANYA !.