CB RADIO DI MALAYSIA


CB RADIO DI MALAYSIA

CB Radio atau CITIZEN BAND radio sangat popular di Amerika sekitar tahun 70an. Kemudian penggunaanya merebak ke negara-negara lain seperti Britain, Australia, New Zealand serta lain-lain negara. Kebanyakan negara di seluruh dunia sekarang ini, sudah tidak memerlukan personal lesen atau lesen CB Radio untuk menggunakan CB Radio, tidak sebagaimana penggunaan Radio Amateur yang memerlukan AA (lesen Pengendalian Radio Amateur) dimana pemiliknya perlu lulus ujian atau peperiksaan Radio Amateur. USA menggugurkan keperluan lesen CB Radio sekitar tahun 1982 di ikuti negara Australia termasuk UK pada tahun 2006 serta lain-lain negara eropah. Penggunaan CB Radio di Malaysia tidak begitu ketara kerana di Malaysia pada masa lalu sangat-sangat ketat peraturan mengenai pengunaan gelombang radio dan CB radio mulai sah di gunakan di Malaysia bilamana pihak MCMC (Malaysia Communication and Multimedia Comission) atau SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia) mengeluarkan notis pengumuman PENGUNTUKAN KELAS pada April 2000 dan di tambah beberapa frequency baru pada 1 APRIL 2010 ( Class Assignments no. 1 of 2010). Penggunaan CB radio di Malaysia TIDAK DI KENAKAN APA-APA BAYARAN atau MEMERLUKAN LESEN PERIBADI (AA) seperti RADIO AMATEUR selagi penggunaanya mengikut peraturan-peraturan yang di sebutkan didalam PENGUMUMAN PENGUNTUKAN KELAS,. Jadual ke lima adalah penerangan untuk CB RADIO atau PERSONEL RADIO SERVICES. CITIZEN BAND RADIO (CB Radio) atau Personal Radio Service (PRS) yang di benarkan untuk di gunakan tanpa lesen di Malaysia mestilah menggunakan frequency berikut: 1. 26.965 Mhz to 27.405 Mhz multimode 4 Watt AM/FM 12 Watt pep SSB (HF 40 Channel) 2. 477.0125 Mhz to 477.4875 Mhz FM mode 5 Watt (UHF 39 Channel) 3. 477.525 Mhz to 477.9875 Mhz FM mode 0.5 Watt (UHF 39 Channel) (Akan Di BATALkan penggunaanya mulai 1 Jan 2021 )4. PMR 446.00625 Mhz to 446.09375 Mhz FM mode 0.5Watt (8 Channel) 5. Digital PMR 446.103125 Mhz to 446.196875 Mhz Digital FM mode 0.5 Watt (16 Channel). Jadi disini menunjukkan sekarang ini orang ramai tidak dihalang untuk menggunakan peralatan radio comumunications tanpa perlu mendapatkan lesen peribadi selagi penggunaannya mengikut terma dan syarat MCMC (SKMM), kerana ianya tidak perlu menduduki apa-apa peperiksaan seperti Radio Amateur atau Ham Radio. Anda boleh menubuhkan group atau KELAB CB RADIO dikalangan rakan-rakan anda dan memilih senarai frquency mana yang anda ingin gunakan, samada CB HF 27 Mhz atau UHF CB FM 477 Mhz atau PMR 446 Mhz atau kesemua frequency yang di benarkan dengan membeli transceiver atau walkie-talkie untuk HF 27Mhz CB dan UHF 446Mhz atau 477Mhz. Sesungguhnya hobi di bidang radio ini mempunyai keseronokan tersendiri yang tidak ditemui dalam hobi yang lain, kenapa anda tidak ceburi dan rasai sendiri keseronokan bersembang dengan rakan-rakan yang anda kenali atau baru ingin mengenalinya melalui udara tanpa memikirkan bil yang harus dibayar seperti penggunaan talipon bimbit.!!!. Melakukan eksperimen atau membuat sendiri CB antenna, power supply atau melakukan DXing dengan berkumpul sesama rakan CBer. Jarak perhubungan purata CB radio adalah di antara 2km hingga 18km dimana dalam masa-masa tertentu boleh mencapai sehingga ribuan km sekiranya anda menggunakan HF CB 27Mhz mode SSB (USB atau LSB) !!!.

CB RADIO ADALAH UNTUK KEGUNAAN SEMUA RAKYAT DI MALAYSIA. TANPA PERLU MEMBAYAR SEBARANG LESEN PERIBADI ATAU MENGAMBIL SEBARANG PEPERIKSAAN !. TUNGGU APALAGI BELILAH CB TRANSCEIVER DAN MULAI `ON AIR`Yang perlu cuma anda membeli sebuah CB Transceiver, power supply dan antenna atau Mobile CB antenna (untuk kegunaan pada kereta, lori, caravan atau bas). Anda boleh membeli CB Transceiver samada melalui on-line seperti melalui Ebay, Mudah.my, Lelong.my atau AliBaba.com atau kedai yang menjual Radio Transceiver samada di Jalan Pasar KL atau Low Yatt Pudu Kl. Tak kira anda siapa, peguam, jurutera, pemandu bas, pemandu trailer kontena, pemandu teksi, guru atau sebagainya yang penting anda sukakan hobi perhubungan radio maka cb radio ni sangat berguna untuk anda gunakan semasa dalam perjalanan, semasa berkonvoi, semasa kecemasan atau hanya untuk sembang-sembang. PERINGATAN ! Adalah menjadi kesalahan disisi undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), menggunakan sebarang peralatan komunikasi dua hala selain dari CB RADIO atau PMR di dalam kenderaan atau sebagainya tanpa memiliki lesen (AA) yang sah, jadi satu-satunya alat komunikasi dua hala yang tidak memerlukan lesen untuk digunakan adalah CB RADIO atau PRS RADIO.

Anda boleh mula 'on air' dengan monitor di CH 11 (Calling Channel 27.085 MHZ) atau CH 30(27.305 MHZ) !. Semoga kita bertemu di udara di CH 11 atau CH 30 atau dimana-mana CH yang dibenarkan (40CH). Yang perlu anda ketahui MCMC menetapkan CH 9 (27.065 MHZ) adalah untuk tujuan KECEMASAN (CH EMERGENCY) dan CH 11 (27.085 MHZ) adalah CH PANGGILAN (CH CALLING). CH 1: 26.965 MHZ CH 2: 26.975 MHZ CH 3: 26.985 MHZ CH 4: 27.005MHZ CH 5 : 27.015 MHZ CH 6: 27.025 MHZ CH 7: 27.035 MHZ CH 8: 27.055 MHZ CH 9: 27.065 MHZ (EMERGENCY) CH 10: 27.075 MHZ CH 11: 27.085 MHZ (CALLING) CH 12: 27.105 MHz CH 13: 27.115 MHZ CH 14: 27.125 MHZ CH 15: 27.135 MHZ CH 16: 27.155 MHZ CH 17: 27.165 MHZ CH 18: 27.175 MHZ CH 19: 27.185 MHZ CH 20: 27.205 MHZ CH 21: 27.215 MHZ CH 22: 27.225 MHZ CH 23: 27.255 MHZ CH 24: 27.235 MHZ CH 25: 27.245 MHZ CH 26: 27.265 MHZ CH 27: 27.275 MHZ CH 28: 27.285 MHZ CH 29: 27.295 MHZ CH 30: 27.305 MHZ (Indonesian CBer`s Active) CH 31: 27.315 MHZ CH 32: 27.325 MHZ CH 33: 27.335 MHZ CH 34: 27.345 MHZ CH 35: 27.355MHZ CH 36: 27.365 MHZ CH 37: 27.375 MHZ CH 38: 27.385 MHZ CH 39: 27.395 MHZ CH 40: 27.405 MHZ.

CALLING CHANNEL UNTUK GROUP 113 DTR ADALAH CH 14 AM CALLING, CH 20 FM CALLING DAN CH 22 SSB CALLING. (113DTR xxx). http://113dtr.blogspot.com/

Bagi mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, Gombak dan sekitarnya boleh membuat pangilan di CH 14 AM CALLING (27.125Mhz) CH 20 FM CALLING (27.205Mhz) dan CH 22 USB CALLING (27.225MHz). Untuk UHF CB CH 19 477.23755Mhz, CH 30 477.375Mhz FM MODE sahaja.

Unofficial International Calling Frequency adalah 27.555MHZ, anda boleh cuba memanggil international CBer station di Frquency ini.

Pengguna CB Radio selalu menggunakan 10 CODE untuk meringkaskan perbualan mereka di radio diantara CODE yang selalu di gunakan di CB Radio adalah;
  • 10-1: Receiving Poorly
  • 10-2: Receiving well
  • 10-3: Stop transmitting
  • 10-4: Ok, message received
  • 10-5: Relay message
  • 10-6: Busy, stand by
  • 10-7: Out of service
  • 10-8: In service
  • 10-9: Repeat Message
  • 10-10: Transmission completed, standing by
  • 10-11: Talking too rapidly
  • 10-12: Visitors present ... Shhhh!
  • 10-13: Advise weather/road conditions
  • 10-17: Urgent Business
  • 10-20: Location
  • 10-34: Trouble at this station, help needed
  • 10-42: Traffic accident
  • 10-43: Traffic jam
  • 10-70: Fire at truck stop
  • 10-73: Speed trap
  • 10-99: Mission completed, all units secure
  • 10-100: Emergency operation on Channel
  • PERINGATAN PENTING: Bagi peminat radio cb atau sebarang radio dua hala, sekiranya anda berhajat untuk melancong ke negara Thailand anda di nasihatkan untuk tidak membawa serta menggunakan sebarang peralatan Radio dua hala atau Walkie -Talkie, Transceiver atau Mobile radio, Sekiranya anda tidak memiliki sebarang lesen radio samada lesen Radio Amateur atau lesen Radio Komersial kerana bagi negara Thailand adalah menjadi kesalahan mandatori memiliki peralatan radio perhubungan dua hala tanpa lesen yang sah. Anda boleh di tuduh sebagai pengintip dan menggugat keselamatan negara Thailand. Anda boleh dipenjara 7 tahun atau denda sekitar RM51,000.00(bukan warga Thailand). Jadi berhati-hatilah dengan undang-undang perhubungan radio di setiap negara.

  • Satu lagi perkara yang perlu di ambil perhatian adalah kebanyakan CB RADIO perlu di sambungkan microphone pada microphone connector barulah speaker nya mengeluarkan bunyi, kalau tidak speaker CB radio langsung tidak mengeluarkan bunyi.. Seolah-olah rosak. !! JANGAN SAMPAI TERTIPU !!!
LINK MCMC MENGENAI CB RADIO ATAU PRS RADIO.

Wednesday 26 November 2014

COMMERCIAL UHF CB MOBILE ANTENNA

Untuk kegunaan pada kenderaan atau mobile saya mencadangkan anda membeli antenna UHF Diamond MC-202 seperti specifikasi di bawah



DIAMOND MC-202 
Mobile UHF antenna
MC202: 340 to 520MHz
  • Length: 0.54m
  • Weight: 130g
  • Gain: 3.4dBi
  • Max.power rating: 200W
  • Impedance: 50ohms
  • VSWR: Less than 1.5:1
  • Connector: M
  • Type: 5/8 mobile whip
Panjang rod antenna tersebut adalah 54cm jenis 5/8 wave yang ternyata mempunyai gain yang sangat diperlukan bagi kegunaan pada kenderaan yang bergerak.


Diamond-MC-202-Antenna-veicolare-UHF-LPD-PMR-340-520-MHz-tarabile-ORIGINALE


Tuning antenna tersebut pada freq 477Mhz setelah di pasang pada kenderaan anda, ini adalah bertujuan supaya bacaan SWR adalah sekitar 1.5:1 seprti yang nyatakan oleh pengeluar antenna. tersebut.

Selain model MC-202 anda juga boleh membeli  MC-200 panjang rod 57cm jenis 5/8 wave dan MC-201 jenis mag mount. rod sepanjang 31cm.




Diamond-MC-201-Antenna-Veicolare-UHF-340-520-MHz-con-Base-Magnetica-Cablata

                                 

                                      Diamond MC-201


Specifications

DIAMOND ANTENNA MC201 UHF MOBILE WHIP ANTENNA
MC201: 340 to 520MHz
Length:0.31m / Weight:370g
Gain:2.15dBi / Max.power rating:100W / Impedance:50ohms
VSWR:Less than 1.5:1 / Connector:MP / Type:1/4λ / magnet mount antenna

MC200
MC200: 340 to 520MHz with Cutting Chart
Length:0.57m / Weight:170g
Gain:3.4dB / Max.power rating:250W / Impedance:50ohms
VSWR:Less than 1.5:1 / Connector:MP / Type:5/8λ mobile whip

Harga ketiga-tiga jenis antenna diatas adalah sekitar RM80 ke RM130 sahaja, boleh di dapati dimana-mana kedai yang menjual peralatan komunikasi sekitar Kl atau PJ.

SELAMAT BERKOMUNIKASI MELALUI CB RADIO ALAT PERHUBUNGAN ALTERNATIF SEMASA KECEMASAN.

Tuesday 25 November 2014

HOMEBASE AND MOBILE ANTENNA FOR CB UHF 477MHZ

Untuk kali ini i saya akan menulis berkenaan antenna untuk kegunaan UHF CB 477Mhz samada untuk kegunaan di rumah atau pada mobile atau kenderaan. Oleh kerana UHF frequency terlampau tinggi atau gelombangnya terlampau pendek, maka agak rumit bagi kita untuk membuat sendiri antenna UHF. Namun demikian bagi tujuan homebase antena jenis 1/4 wave antenna atau groundplane  tidak begitu sukar untuk membuatnya. Kita boleh menggunakan formula 1/4 wave untuk membuatnya seperti gambarajah di bawah.

1/4 wave         234/ F (Mhz) = feet
                       
                        234/477.5Mhz = 0.49 feet (Frequency pada center UHF CB)

                         atau lebih kurang 5.8 inch (untuk radiator "A")

                         untuk groundplan "B" gunakan ukuran yang sama dengan radiator rod.

                          

Pasang antenna Groundplane UHF ini di atas bumbung rumah,kalau boleh gunakan coaxial cable RG-213/U atau sekurang-kurangnya RG-58C/U. Jarak perhubungan dengan menggunakan 1/4 GP antenna akan menjadi lebih jauh berbanding dengan penggunaan antenna telescopic yang dibekalkan bersama walkie-talkie atau handie.  Ukuran yang sama juga boleh di gunakan pada mobile atau kenderaan anda.

COMMERCIAL ANTENNA

Untuk komersial antena saya mencadangkan anda membeli UHF Base antenna seperti Diamond BC- 200 seperti specifikasi dibawah.

Specification
Brand: Diamond
Model: BC-200

Frequency: 430 - 490 MHz
Gain: 6.5 db
Type: Wide band Vertical
 
Description
Frequency: 430 to 490MHz 
Gain: 6.5dB
Max. power rating: 200W
Impedance: 50ohms
VSWR: Less than 1.5 : 1 
Length: 1.7m
Weight : 0.9kg
Rated wind velocity: 60m/sec.
Mast diameter accepted: 30-62φ 
Connector: MJ
Type: omnidirectional 3×5/8λ,FRP outershell

Sunday 12 October 2014

UHF CB 477MHz RADIO AUSTRALIA, NEW ZEALAND, VANUATU DAN MALAYSIA

Tahukah anda bahawa UHF CB477MHz  Radio (NFM) ini juga di gunakan  di negara AUSTRALIA, NEW ZEALAND dan VANUATU ?.Iitulah hakikatnya negara Australia dan New Zealand  telah memperkenalkan UHF CB Radio ini sejak tahun 1970 an lagi, sezaman dengan pengenalan HF CB 27MHz. Begitu juga dengan negara Indonesia mereka juga membenarkan penggunaan UHF CB 477MHz suatu ketika dahulu. Pengunaan UHF CB 477MHz kemudian di ganti dengan VHF CB 142MHz. UHF CB 477MHz adalah lebih kurang sama sahaja penggunaannya seperti HF CB 27MHz di katagori kan dibawah ' Class Assingment' bermaksud penggunaanya tidak memerlukan lesen AA serta apa-apa bayaran, namun demikian ia tetap tertakluk kepada terma dan syarat seperti yang terkandung didalam warta ACMA (Australia)-Class Licence.

Penggunaan UHF CB 477Mhz tidak begitu ketara pada masa lampau kerana harga peralatan UHF CB adalah mahal untuk di beli. UHF CB 477MHz juga characteristic perhubunganya adalah' line of sight' dan terlalu lemah jarak perhubungan dikawasan berbukit dan bergunung-ganang menyebabkan penggunaan berkurang. Namun demikian setelah pihak ACMA membenarkan penggunaan repeater dikawasan berbukit bukau maka peminat atau pengguna UHF CB 477MHz kian bertambah dari hari ke hari sehingga kini boleh di katakan semua pengguna cb radio di Australia atau New Zealand memasang UHF CB 477MHz di kenderaan masing-masing sebagai alat komunikasi dua hala.
Pada asalnya pihak ACMA menyediakan 40CH (476.425Mhz ke 477.400Mhz  step 25Khz CH 1-CH 40 ). Oleh kerana terlalu ramai pengguna UHF CB 477MHz maka mulai January 2011 pihak ACMA menambah 40 CH lagi menjadikan 80 CH (476.400 MHz ke 477.4125 MHz step 12.5Khz). Di Australia dan New Zealand di benarkan penggunaan repeater, ini membolehkan jarak perhubungan boleh di capai sehingga 100Km. Di Australia dan New Zealand mereka menetapkan  CH 5 Untuk kegunaan EMERgency, CH11 untuk CALLING CHannel, CH 40 ROAD CHannel dan CH 9, 10,12 - 21, 23- 30, 49 - 60, 64 - 70,79 - 80  untuk kegunaan Simplex communication.



                                (photo credit to ACMA Australia)

Kelebihan UHF CB 477MHz berbanding dengan HF CB 27MHz  di antaranya adalah suara perhubungan yang lebih jelas kerana penggunaan mode FM  sedangkan HF CB 27MHz lebih menggunakan AM dan SSB (USB dan LSB). Tidak ada gangguan noise atau electrical statics atau bunyi bising dari station CB yang jauh dan sebagainya. Antara syarikat pengeluar UHF CB 477Mhz adalah GME, UNIDEN, YAESU VERTEX, ORICOM dan ICOM dalam berbagai bentuk samada Mobile atau Handie yang mengeluarkan power output diantara 1 ke 5 Watt maksimum power output yang dibenarkan.

UHF CB 477MHz keluaran UNIDEN  JAPAN untuk pasaran Australia dan New Zealand




                                       Oricom UHF300 micro UHF CB 477MHz micro




Yaesu VERTEX VX4600 CB UHF CB 80 Channel for Australia dan New Zealand market


                                            Model GME TX3500 80 CH, 5watt



                                                  ICOM IC400Pro

                         
Ini menunjukan bukan di Malaysia sahaja  penggunaan UHF CB 477MHz di benarkan tanpa lesen atau di bawah 'Class Assignment' sebaliknya di Australia, New Zealand, Vanuatu dan Indonesia juga membenarkanya.


Selamat berkomunikasi di jalur rakyat (CITIZEN BAND) jalur (frequency band) untuk anda semua.

Sunday 24 August 2014

SOALAN YANG SELALU DI TANYA OLEH PEMINAT CB RADIO

Untuk kali ini saya akan tuliskan berkenaan soalan yang selalu di tanya kepada saya oleh mereka yang ingin menggunakan peralatan radio 2 hala terutama CB Radio. Jelas dari pertanyaan itu menunjukan mereka sangat keliru dengan RADIO AMATEUR,  RADIO 2 HALA KOMERSIAL (Tow truck, pickup, tonto?, Kontenna forwarding dan sebagainya) ..

Antara soalan yang di tanya adalah.

1. Apakah saya perlu dapatkan LESEN dari MCMC (SKMM) sekiranya saya ingin menggunakan CB RADIO.

Jawaban; Anda tidak perlu memohon sebarang lesen AA seperti RADIO AMATEUR atau Radio landmobile yang lain samada bentuk walkie-talkie atau handie atau  bentuk mobil radio asalkan ianya mengunakan frequency CB atau PRS frequency maka anda tidak perlu mendapatkan apa-apa lesen AA kerana anda di benarkan menggunakanya tanpa lesen.

Frequency bands
A personal radio service(PRS atau CB Radio) device shall only utilize any of the following frequency bands
assigned for this class assignment, amongst other uses, on a shared non-exclusive
basis:
(a) 26.965000 MHz to 27.405000 MHz;
(b) 446.006250 MHz to 446.093750 MHz;
(c) 446.103125 MHz to 446.196875 MHz;
(d) 477.012500 MHz to 477.487500 MHz; or
(e) 477.525000 MHz to 477.987500 MHz.

Class assignment
This class assignment confers rights on any person to operate a personal radio
service device subject to- 

(a) the conditions as specified in paragraph 4; and
(b) the device operating within the frequency bands as specified in the second
column of Tables B, C, D, E and F.(a,b,c,d dan e diatas)

2. Apakah saya perlu mendaftar CALLSIGN dengan mana-mana CLUB atau dengan MCMC atau SKMM. untuk mendapatkan CALLSIGN.

Jawaban: Anda tidak perlu memohon, mendaftar atau membayar apa-apa bayaran untuk callsign kerana pengguna CB RADIO tidak memerlukan sebarang CALLSIGN yang khusus seperti HAM RADIO atau Radio Amateur. Anda boleh 'create' sendiri callsign yang di perlukan sebagai isyarat pengenalan kepada rakan-rakan anda group atau ahli keluarga anda bagi memudahkan perhubungan melalui radio 2 hala atau CB RADIO. Anda boleh 'create' sendiri  berpandukan contoh yang pernah saya tuliskan sebelum ini. Antara sebutan Alphabetic yang sering di gunakan oleh operator  HAM RADIO atau AMATEUR RADIO adalah seperti berikut


Atau Malaysia phonetic

      A - Agas, B- Bola, C - Ciku, D - Duku, E - Elok, F - Fajar
      G - Gagak, H- Handal, I - Intan, J - Jala, K - Kota, L - Laju
      M - Merah, N - Nuri, O - Ombak, P - Palang, Q - Quen
      R - Rakit, S - Singa, T - Tari, U - Udang, V - Victor, W- Wayang
      X - X-ray, Y - Yakin, Z - Zaman.

(6) Call signs
No call signs are to be utilized other than in a field of operation where such
call signs are required.

3. Dimana saya boleh membeli peralatan CB RADIO .

Jawaban: Anda boleh membeli melalui on-line kedai di Malaysia, melalui rakan-rakan CBer atau kedai Radio Amateur samada di jalan Pasar, Plaza Low Yatt atau Plaza Digital Mall. yang penting ianya adalah CB RADIO yang frequency di' program' kan seperti diatas. Saya mencadangkan anda tidak membeli melalui online luar negara kerana nanti anda akan kerugian masa, wang dan sebagainya di atas kerenah birokrasi yang bermacam-macam samada dari pihak kastam ataupun pihak sirim mengenai cb radio !

4. Berapa harga sebuah CB RADIO jenis Handie atau jenis mobile.

Jawaban: Harga purata kebanyakan CB Radio adalah mengikut jenis samada Handie atau mobil dan multimode atau hanya mode AM dan FM sahaja. Untuk jenis Handie mode AM dan FM purata harganya adalah sekitar RM200.00 ke RM 300.00 manakala untuk jenis mobil mode AM dan FM harganya sekitar RM 300.00 ke RM 500.00. Untuk CB RADIO jenis mobil multimode agak mahal sedikit kerana kebanyakan jenis multimode mempunyai berbagai feature dan kelebihan seperti frequency counter, echo, scanning dan sebagainya seperti peralatan HAM RADIO . Harganya boleh mencapai sehingga RM1500.00. Jadi pada pendapat saya tujuan radio 2 hala adalah untuk perhubungan maka basic CB Radio pun sudah memadai tidak perlu membeli peralatan yang canggih dengan berbagai feature sedangkan kita tidak menggunakan feature tersebut semasa berbual atau berhubung dengan rakan-rakan CBer.

5. Ada ke pengguna CB RADIO di Malaysia kerana bila saya monitor macam tak ada orang guna pun sebagamana RADIO AMATEUR (VHF).

Jawaban: CB RADIO masih baru di Malaysia , maka tidak ramai yang tahu mengenainya kerana tidak ada promosi  di buat untuk penggemar CB Radio. Orang ramai lebih suka mempromosikan Radio Amateur kerana merasakan CB RADIO ni untuk golongan yang kurang kemampuan dan hanya menggunakan radio 2 hala sebagai hobi suka-suka sahaja tidak seperti Radio Amateur ada kelebihan seperti kena ambil peperiksaan ,(maknanya kena belajar atau join kelas RAE boleh buat duit), kena bayar lesen AA, ada Callsign yang diberikan oleh pihak  SKMM  dan sebagainya. Namun bagi saya kalau ada hobi menggunakan radio 2 hala secara murah untuk permulaan kenapa kita tidak gunakan yang penting boleh guna untuk berhubung di antara satu sama lain sama juga dengan fungsi Radio Amateur. Namun demikian saya yakin nanti ada kelab atau group yang akan mempromosi atau memperkenalkan CB RADIO kepada orang ramai sebagai alat perhubungan alternatif atau pilihan kedua selain Handfone atau Ham Radio. CB RADIO juga bagus untuk kegunaan pemandu lori  kontenna yang berkonvoi semasa perjalanan malam, pemandu bas ekspres untuk mengelak dari mengantuk atau boleh di buat sebagai peralatan pemberi amaran awal sekiranya rakan pemandu melihat atau ternampak sesuatu  yang mencurigakan di jalan raya. Semasa event sukan, camping, atau kenapa tidak anda memulakan penggunaan CB RADIO sebagai alat perhubungan anda dan famili anda semasa konvoi dan sebagainya selagi pengunaanya selari dengan' rules' dan' regulations' yang tertera di dalam' penguntukan class' (Class Assignments)

".COMMUNICATIONS AND MULTIMEDIA ACT 1998
CLASS ASSIGNMENTS NO. 1 OF 2010 

IN exercise of the powers conferred by section 169 of the Communications and Multimedia
Act 1998 [Act 588], the Commission issues class assignments which confer rights on any
person to use the frequency bands for the following devices:

(e) personal radio service device as specified in the Fifth Schedule; 

FIFTH SCHEDULE
Class Assignment for 
Personal Radio Service Device 
1. Definition 

(1) In this class assignment, “personal radio service device” means a two way 
radiocommunications device operating in the designated frequency bands. 

(2) Subject to subparagraph (1), all terminology of an absolute technical nature 
shall have the same meaning as in the International Telecommunication 

Convention. "

6. Berapa jarak perhubungan yang boleh di capai menggunakan CB RADIO atau PRS RADIO

Jawaban: Jarak purata CB RADIO 27MHz adalah sekitar 5 ke 18Km manakala untuk CB RADIO 477MHz adalah sekitar 5 ke 20Km bergantung kepada bentuk permukaan bumi dan halangan seperti bangunan tinggi hutan yang  tebal atau keadaan cuaca dan sebagainya. Namun demikian sekiranya  keadaan propogation membuka dengan menggunakan CB RADIO 27Mhz USB anda akan terkejut bila station dari Indonesia atau Australia menjawab panggilan anda, bayangkan perasaan anda semasa itu. ! Oleh itu CB Radio 27MHz SSB juga  boleh mencapai ribuan kilometer sekiranya propogation cuaca membuka atau sebagainya

Gunalah CB RADIO sebagai alat perhubungan kedua selain Handfone.

Tuesday 19 August 2014

CB 27MHZ MOBILE ANTENNA HOMEBREW

Untuk  kali ini saya akan update kan mobile antenna 27Mhz homebrew yang belum saya tuliskan sepenuhnya sebelum ini. Bahan yang di perlukan  untuk membuat antenna mobile 27Mhz adalah

1. Rod antenna am/fm radio receiver sepanjang 60 inches.
2. End caps PVC saiz 22mm
3. Rod antenna connector
4. PL259
5. PVC paip 22mm sepanjang 5.5 inches.
6. Enameled copper wire size 18swg.





Rod 60 inches di pasang pada adapter yang di pasang pada PVC end cap.








Foto di atas menunjukan susunan component yang di perlukan untuk membuat CB mobile antenna 27Mhz.













Bersambung .....

10-3
10 CODES, C.B. CODES, CB CODES
10-1 Receiving Poorly
10-2 Receiving Well
10-3 Stop Transmitting
10-4 Ok, Message Received
10-5 Relay Message
10-6 Busy, Stand By
10-7 Out of Service, Leaving Air
10-8 In Service, subject to call
10-9 Repeat Message
10-10 Transmission Completed, Standing By
10-11 Talking too Rapidly
10-12 Visitors Present
10-13 Advise weather and road conditions
10-16 Make Pickup at…...
10-17 Urgent Business
10-18 Anything for us?
10-19 Nothing for you, return to base
10-20 My Location is ......... or What's your Location?
10-21 Call by Telephone
10-22 Report in Person too ......
10-23 Stand by
10-24 Completed last assignment
10-25 Can you Contact .......
10-26 Disregard Last Information/Cancel Last Message
10-27 I am moving to Channel ......
10-28 Identify your station
10-29 Time is up for contact
10-30 Does not conform to FCC Rules
10-32 I will give you a radio check
10-33 Emergency Traffic at this station
10-34 Trouble at this station, help is needed
10-35 Confidential Information
10-36 Need correct time
10-37 Wrecker needed at …...
10-38 Ambulance needed at .........
10-39 Your message delivered
10-41 Please tune to channel ........
10-42 Traffic Accident at ..........
10-43 Traffic tied up at .........
10-44 I have a message for you
10-45 All units within range please report
10-50 Break Channel
10-60 What is next message number?
10-62 Unable to copy, use phone
10-65 Awaiting your next message or assignment
10-67 All units comply
10-70 Fire at .......
10-71 proceed with transmission in sequence
10-73 Speed Trap at ............
10-75 You are causing interference
10-77 Negative Contact
10-84 My telephone number is .........
10-85 My address is ...........
10-91 Talk closer to the Mike
10-92 Your transmitter is out of adjustment
10-93 Check my frequency on this channel
10-94 Please give me a long count
10-95 Transmit dead carrier for 5 seconds
10-99 Mission completed, all units secure
10-100 Need to go to Bathroom
10-200 Police needed at .......... 

Friday 15 August 2014

I AM CBer 27MHZ DAN I AM CBer 477mhz

Sebagai Tanda Mata  kepada penggemar CB Radio saya telah menyediakan T-shirt CB Radio untuk tempahan peminat CB Radio seperti contoh di bawah.

















Bagi sesiapa yang berminat untuk memilikinya boleh menghubungi saya melalui email  dengan menyataka saiz t-shirt round neck atau berkolar serta warna. Harga mengikut saiz xxl atau xxxl lengan pendek atau lengan panjang.

Selamat berkomunikasi di JALUR RAKYAT atau CB CITIZEN BAND..

Tuesday 5 August 2014

CB TRANSCEIVER RANGER TR-696M FOR MALAYSIA CB RADIO

Untuk kali ini saya perkenalkan CB Transceiver Ranger TR-696M keluaran Ranger Communications (M) Sdn. Bhd. 8716, Batu Berendam, Melaka. Model ini adalah tujuan pemasaran di Malaysia. Model ini telah diluluskan oleh Sirim Malaysia  (RAAK/02A/1100/M).







                        Pandangan depan TR-696M, microphone socket adalah di bahagian tepi kiri.


Pemandangan bahagian belakang adalah heatsink, antenna socket, ext. speaker, PA. speaker socket dan Frequency counter socket.





                TR-696M di sambung kepada external frequency counter yang di jual berasingan
                   

Pemandangan bahagian dalam transceiver menunjukkan rf driver 2SC2166 dan PA transistor 2SC1969








Antara feature TR-696M adalah Analog S/RF meter indicate receive signal strength, RF power output (max 4 watt), noise blanker and noise limiter, microphone and rf gain control, instant CH 19 access. Mode AM, FM, USB, LSB dan PA system. Bagi pasaran antarabangsa mode FM tidak di masukkan kerana ianya hanyalah untuk pasaran di Malaysia sahaja. Model yang sama di jual di USA dengan model TR-696 atau TR-696DF yang telah di lengkapi dengan frequency counter. Bagi mereka yang berminat untuk membeli TR-696M  bolehlah menghubungi pihak pengeluar Ranger Communications Sdn. Bhd. 8716, Batu Berendam, FTZ llll, 75350 Batu Berendam, Melaka.Telephone: 60-6-2835729. atau memlalui

E-Mailsales@ranger.com.my atau website link: www.ranger.com.my/

Wednesday 28 May 2014

ECHO CIRCUIT UPDATED

Bagi mereka yang masih ingin mencuba untuk membuat sendiri echo system pada microphone pre-amp, maka disini saya update kan semula circuit dan value komponen bagi memudahkan anda membuatnya.

Circuitnya adalah seperti di bawah.




Nilai komponen adalah seperti berikut,

R1 22K, R2, R3 4K7, R4 1K. R5 82K, R6,R13, R19 47K, R7, R12, R22, R23, R25 120K, R8, R15, R16 100K, R9, R10 56K, R11, R12 33K, R14 15K, R17, R18 5K6, R20, R21 39K, R24, R26, R28 220KR27, R29 10K, C1, C18 2UF2, C2 1UF, C3, C6, C7, C13 3UF3, C4 470PF, C5 1000PF, C8, C9, C10 3300PF, C11, C12, C20 220PF, C14 820PF, C17 1800PF, C19 4700PF, C21 47UF, C24 100UF, VR 1 200K, VR2 10K, VR4 100K, VR3 20K, D1 IN4148, D2 9V zener, TR1 2SC536, IC1, IC4 AN6651, IC2 MN3005, IC3 MN3101.

Bagi sesiapa yang ingin mencubanya bolehlah mendapatkan komponennya di pasaran dan bolehlah di cuba dulu pada protoborad sebelum di  solder kan pada strip board.

Selamat mencuba.


Friday 18 April 2014

VOYAGER VR-119 PROBLEM

VOYAGER VR-119 merupakan duplicate kepada CB RADIO COBRA 19DX IV EU (eropah). Tetapi model ini adalah khusus untuk pengguna CB Radio bagi negara Thailand  yang membenarkan penggunaan frequency sehingga 240 Channel (10KHZ bandwidth) iaitu dari band A, B, C, D, E dan F. Power output bagi CB Radio ini adalah sekitar lebih kurang  5 Watt mode AM dan FM.

Kini VOYAGER VR-119 saya telah mengalami kerosakan pada LCD display yang telah rosak (pecah).







Saya sangat mengharapkan bantuan rakan CBer semua untuk membantu saya mendapatkan LCD diplays baru supaya CB Radio Voyager dapat berfungsi sebagaimana biasa. LCD diplays bagi voyager vr-119 ini adalah sama dengan LCD display bagi CB Radio COBRA 19DX IV USA atau EU. Jenama lain bagi model yang sama adalah LUITON LT-40, JOPIX ICARIA, MANTA CB01, NANFONE CB-40, THUNDER CB-05 dan sebagainya.

Cara lain yang mungkin saya boleh lakukan adalah dengan memasang frequency counter menggantikan display tersebut. Namun demikian penggunaan frequency counter tidak dapatlah membolehkan parameter lain seperti signal strength, CH, TX, RX dan sebagainya di lihat !.
Kepada CBer semua di harap dapat membantu saya bagi mendapatkan LCD display tersebut

Thursday 20 March 2014

NEW CB RADIO 11 METER AND 10 METER TRANSCEIVER

Tahukah anda telah ada di pasaran sekarang ini model terkini CB RADiO dan 10 METER BAND Transceiver ?. Ya transceiver tersebut adalah keluaran Qixiang Electronics, China ODM product  iaitu ANYTONE AT-6666. Model terkini selepas model AT-5555 yang begitu popular sekarang ini bagi peminat 10 meter band dan CB Radio 11meter band.





Foto credits to Nevada Radio. Nevada Radio(UK) membawa masuk sejumlah terhad  model ini ke UK.




Pemandangan di bahagian sisi dan belakang AT-6666



                                              Manufacturer specifications for AT-6666


      Pemandangan pcb board di bahagian atas AT-6666 . Heatsink seakan sama dengan CB Radio model AT-5289 AM FM CB Transceiver.

AT-6666 adalah transceiver bersaiz kecil sahaja berukuran 24.6mm X 15.7mm X 4.8mm termasuk heat sink dan knob. Mempunyai 7 backlight yang boleh di tukar-tukar mengikut selera pengguna.


Mode AM, FM dan SSB, untuk model AT-6666 ini pihak pengeluar tidak memasukkan mode CW. Power output sekitar 60Watt pep AM, FM 45Watt dan SSB sekitar 50Watt (setelah di uji sekitar 15watt carrier AM, FM 40watt dan 55watt SSB)  sekiranya dilakukan tweak and tuned kemungkinan power output melebihi dari apa yang terkandung di dalam specification. Computer programming. Roger beep, Echo (variable), Dual Watch dan lain-lain features. Rf power output menggunakan 4 biji  MOS FETS NTP13N10 (100v, 13A, TO22AB package)  yang di screw pada heatsink. Bagi peminat CB RADIO anda perlu bersabar kerana model ini belum boleh di beli satu unit kerana anda perlu membeli by 100pcs barulah pihak pengeluar akan melayani pembelian dari anda !. Saya juga tidak sabar untuk memiliki model ini kerana ianya sesuai untuk di pasang pada kenderaan kereta dan sebagainya. Saya menjangkakan model AT-6666 ini murah sedikit berbanding dengan AT-5555 namun apapun sabarlah sehingga pasaranya meluas keseluruh dunia maka kita peminat CB RADIO di Malaysia pun tidak akan ketinggalan untuk memilikinya.