Monday, 7 May 2012

CB RADIO VOYAGER VR-119 MULTI-STANDARD PROGRAMMABLE

Untuk kali ini saya ingin memperkenalkan CB RADIO VOYAGER VR-119 Multi Standard Programmable. Buatan CHINA untuk kegunaan negara Eropah atau EU yang mengutamakan MODE AM/FM. Bersaiz kecil sahaja iaitu  47mm x 115mm x  165mm. Bagi mereka yang memiliki kereta yang tiada ruang untuk memasang CB Radio, maka VOYAGER VR-119 tidak menjadi masalah kerana saiznya yang kecil itu. Kuasa keluaran untuk kegunaan negara THAILAND di setkan pada 6watt AM dan FM dengan 80 Channel iaitu diantara 26.965MHZ hingga 27.665MHZ. Bagi negara selain THAILAND di setkan pada 4Watt.
 Casing bagi VOYAGER VR-119 ini diperbuat dari plastik ABS , rangka casis sahaja yang diperbuat dari metal. Oleh itu CB Radio VOYAGER VR-119 bukanlah sebuah CB Radio yang lasak kerana mudah pecah kalau terjatuh di tempat yang keras !.


Microphone connector terletak di hadapan panel, volume control, Squelch control, Channel selector, AM/FM mode switch dan CH9/CH19/ ASQ switch (Automatic SQuelch control).


Tanda hitam pada LCD display menunjukkan LCD Display telah rosak semasa penghantaran dan perlu ditukar dengan LCD Display yang baru.


                    Perbandingan CB RADIO VOYAGER VR-119 dengan duit siling 50 sen.


Saiz CB RADIO VOYAGER VR-119 berbanding dengan microphone. Tersangat compact saiznya.




CB RADIO VOYAGER VR-119 ini boleh di beli melalui ebay Thailand dengan harga yang cukup berpatutan berdasar saiznya yang kecil dan merupakan CB RADIO yang ringkas dengan mode operasi AM dan FM sahaja. Jarak perhubungan yang boleh dicapai adalah memuaskan.

Saya tidak dapat menunjukkan video untuk model ini kerana disebabkan LCD yang telah rosak semasa pos penghantaran tapi video rakan cb lain boleh di jadikan panduan sila layari YOUTUBE Ajebro: (cb radio voyager vr-119 Ajebro).


                                              Voyager VR-119 yang telah di buka casing.



                        Kelihatan modulation transformer yang di gunakan untuk AM MODE.





MCU chip


                                        RF Transistor 2SC2078 dan Driver Transistor 2SC2314.


                                 Kedudukan RF POWER Transistor pada VOYAGER VR-119

Sekiranya anda sukakan CB RADIO yang tidak banyak mempunyai control knob dan MODE AM dan FM serta kecil maka VOYAGER VR-119 adalah pilihan yang tepat.

No comments:

Post a Comment