Wednesday, 3 October 2012

J POLE ANTENNA

Untuk kali ini saya akan memperkenalkan J Pole antenna untuk kegunaan BAND CB 27 Mhz. J Pole antenna ini agak panjang sedikit ukuranya bagi kegunaan di Band CB tetapi dari segi teori `performance` agak lebih baik berbanding dengan 1/4 Wave antenna yang `unity gain`. Saya suka menggunakan formula yang saya temui di internet seperti di bawah.

   Untuk pengetahuan anda, j pole antenna adalah sesuai untuk low angle radiation bagus untuk tujuan DXing atau perhubungan jarak jauh. Ia juga omnidirectional (memancar kesemua arah), senang untuk memasang dan membuatnya. Tidak memerlukan Radial element dan tidak mempunyai loading coil. 
  Saya membut J Pole antenna untuk CB Band menggunakan welding rod jenis copper (4mm) yang boleh di beli di kedai hardware.  Gambarajah seperti dibawah.





Perlu di ingat Gap Holder di perbuat dari bahan penebat (insulator) samada bahan plastic, pvc atau kayu


Untuk pengetahuan anda gap bagi bahagian B dibuat tidak mengikut formula yang di sediakan, sebabnya saya hendak memasukkan antenna ini kedalam PVC condiut bersize 3cm, seperti gambrajah di bawah.









Semua pengiraan adalah di dalam  kaki dan inci (feet)

Bahagian yang terdedah hanyalah sepanjang 17.2 kaki yang di buat dari aluminium rod yang boleh di 'slide' kan untuk tujuan tuning (SWR) seperti yang digambarkan diatas.
  
Foto di bawah menunjukkan bagaimana coaxial cable di solderkan pada jpole antenna.

  


                        
Radial element 17 kaki menggunakan aluminium rod



                      U shape menggunakan copper rod (welding rod) 4mm.






Dengan berpandukan foto-foto di atas dapatlah anda mencuba sendiri J Pole Cb antena untuk kegunaan CB radio di 'base' anda.

2 comments:

  1. Ini fungsinya untuk nangkap sinyal apa ya?
    mohon dibalas, rencana mau aku buat jadi bahan Tugas Akhir..
    trima kasih

    ReplyDelete