Ok untuk posting kali ini saya akan tunjukkan cara bagaimana nak buat CALLSIGN (isyarat panggilan) untuk CB Radio. Isyarat panggilan atau callsign ini perlu bila anda ingin melakukan panggilan melalui radio CB dengan rakan CB negara lain, bertujuan memudahkan kawan yang di kenali atau belum untuk meneruskan perbualan. CALLSIGN perlu bila anda membuat panggilan jauh atau INTERNATIONAL DXING. Dari isyarat panggilan inillah dapat di tentukan dari negara manakah isyarat panggilan itu di terima atau di buat. Sebagai contoh nombor kod negara bagi Malaysia adalah 113, (113DT104) maka untuk membuat CALLSIGN perlu ada 113. Sebenarnya tidak ada standard tertentu dalam membuat isyarat CALLSIGN ni akan tetapi telah di terima pakai dimana dibahagian pertama CB CALLSIGN adalah untuk menunjukkan nombor negara (country prefix), di ikuti bahagian kedua huruf dalam isyarat panggilan adalah untuk menunjukkan group atau kelab radio cb, contoh Delta Tango (international Dx group), akhirnya di ikuti dengan nombor atau bilangan membership didalam kelab atau group tersebut contoh 104.
CONTOH: 113 DT 104 113 adalah country prefix bagi Malaysia, DT (Delta Tango) adalah Club CB Radio (international club-Australia) yang saya jadi ahli dan 104 adalah nombor keahlian.
Jadi dengan itu bolehlah anda membuat sendiri isyarat panggilan atau ID CB Radio berpandukan contoh diatas. Adalah di nasihatkan agar tidak digunakan nama Club CB radio yang sudah dikenali antarabangsa misalnya DELTA TANGO, SUGAR DELTA, SEIRA TANGO, ALFA TANGO DX (Italy) atau sebagainya. Buatlah group atau kelab CB Radio sendiri sebagai contoh (GLX) GOLF LIMA XRAY, (KB) KILO BRAVO, (PR) PAPA ROMEO atau sebagainya. Atau cara yang paling mudah adalah menjadi ahli CLUB DX GROUP luar negara yang kadang-kadang perlukan sedikit bayaran untuk menjadi ahlinya ini kerana setiap ahli akan di bekalkan dengan kad keahlian, QSL card, buku CALLSIGN member list dan sebagainya.
Di jepun peminat CB Radio atau CLUB CB RADIO disana telah menentukan nombor prefix bagi negeri masing-masing begitu juga dengan cb operator ( RAPI = Radio Antara Penduduk Indonesia) di negara Indonesia mereka juga mempunyai kod area tersendiri seperti bagi daerah Banda Acheh nombornya adalah 01, Jakarta Barat 09 atau sebagainya. Untuk perhubungan local atau setempat tidak perlulah di sebut nombor country prefix seperti 113 kerana masing-masing sudah memahaminya memadailah dengan menyebut DT104 sahaja.
INTERNATIONAL PHONETIC ALPHABET
A = ALFA B = BRAVO, C = CHARLIE, D = DELTA, E = ECHO, F = FOXTROT, G = GOLF, H = HOTEL, I = INDIA, J = JULIET, K = KILO, L = LIMA, M = MIKE, N = NOVEMBER, O = OSCAR, P = PAPA, Q = QUEBEC, R = ROMEO, S = SIERRA, T = TANGO, U = UNIFORM, V = VICTOR, W = WHISKEY, X = X-RAY, Y = YANKEE and Z = ZULU.
Untuk country prefix link adalah http://www.livecbradio.com/ssb-cb-radio-country-list.htm
Selamat Ber 'qso' melalui CB RADIO.
Wednesday, 31 October 2012
Monday, 22 October 2012
CB RADIO MOBILE ANTENNA INSTALLATION
Untuk posting kali ini saya ingin bercerita mengenai Mobile CB Radio / Antenna installation pula. Kalau sebelum ini lebih kepada home base Antenna installation maka pada kali ini saya akan tunjukkan bagaimana saya setup cb radio pada kenderaan saya. Menggunakan CB RADIO apabila berkonvoi dengan keluarga yang tidak mempunyai AA (lesen) Amateur Radio (Ham Radio) jadi CB Radio adalah peralatan kommunikasi yang gunakan. Jarak perhubungan di permukaan yang rata sekitar 5 ke 10 Km manakala di permukaan berbukit sekitar 2 ke 8 Km. Untuk CB Radio pada kereta menggunakan CB RADIO TEAM MC-8 AM/FM kerana saiznya yang kecil dan senang untuk di pasang pada kenderaan, mode yang digunakan selalunya adalah FM. Anda boleh membeli CB TRANCEIVER Brand TEAM MC-8 ini di kedai radio di Jalan Pasar Pudu KL sekitar RM400.00 (seunit) termasuk Team 27 magmount antenna. Harga CB Radio di online Ebay UK sekitar 50 pound atau lebih kurang RM250 ke RM300.
Antenna yang digunakan adalah Antenna TEAM 27 1/4 wave magnetic mount tapi dah di ubahsuai dengan menyambungkanya kepada connector PL-259
TEAM 27 CB Antenna adalah jenis magmout.
CB Anteanna TEAM 27 yang di ubahsuai untuk kegunaan PL259 pada kenderaan
TEAM 27 ini panjangnya lebih kurang 73 cm tidak termasuk magmount.
CB Antenna FIRESTIK Style yang pada hujungnya mempunyai screw untuk tujuan SWR adjustment.
Panjangnya adalah 70 cm dan connector jenis PL259. Diperbuat dari fibre glass rod yang dililit dengan coil
.
Antenna yang paling best di gunakan untuk jarak perhubungan yang lebih jauh adalah dari jenis LARSEN CULROD PO27 . Rod element adalah sepanjang 60 ".
CB Antenna TEAM 27 yang di ubahsuai dan CB RADIO TEAM MC-8.
Antenna TEAM 27 yang di installed pada kenderaan mpv
Di harap dari foto-foto diatas memberi inspirasi kepada anda semua untuk memasang CB RADIo pada kenderaan masing-masing bagi memudahkan untuk berhubung semasa konvoi atau semasa kecemasan.

Saturday, 20 October 2012
CB RADIO SUPER STAR 2400 MK-II
Untuk kali ini saya ingin memperkenalkan CB Transceiver dari jenis SUPER STAR SS-2400 MK-II kelebihanya adalah MADE IN JAPAN ! keluaran tahun 80 an yang sangat Tip-Top dan mempunyai bebrapa kelebihan berbanding dengan yang sekarang ini buatan CHINA yang tidak stabil. CB Transceiver ini saya perolehi dari rakan yang tidak pernah menggunakanya sejak dia membelinya!. SUPER STAR 2400 MK-II made in JAPAN sudah tidak dapat di perolehi lagi sekarang ini, kecuali dari buatan CHINA yang mula di perbuat sejak awal tahun 2012 yang mempunyai microphone connector di hadapan.
SUPER STAR 2400 MK-II ini adalah multimode (AM, FM, SSB dan CW). Berkuasa 12 W pep SSB, 4 W AM dan 4 W FM dan CW 4 W boleh di tune and tweak sehingga 10 Watt AM dan FM mode. Sensitivity: 1 uV @10dB S/N for AM dan 1uV@20dB S/N for FM. Manakala unutk SSB 0.5uV @10dB S/N. Bersize 220 x 180 x 60 mm. Size kotak lebih kurang 10 x 11 1/2 x 4 inch.
Perbandingan di antara CB Transceiver EMPEROR TS-3010 dengan SUPER STAR SS-2400MKII
Di bawah adalah CB EMPEROR TS-3010 manakala di atasnya adalah SUPER STAR SS-2400MKII
Pemandangan di dalam SS-2400MKII, component yang digunakan kebanyakan adalah standard component.

Board kecil di sebelah kanan adalah Roger Beep Board.
Pemandangan RF Driver dan RF Power Transistor 2SC2166 dan 2SC1969.
Wednesday, 3 October 2012
J POLE ANTENNA
Untuk kali ini saya akan memperkenalkan J Pole antenna untuk kegunaan BAND CB 27 Mhz. J Pole antenna ini agak panjang sedikit ukuranya bagi kegunaan di Band CB tetapi dari segi teori `performance` agak lebih baik berbanding dengan 1/4 Wave antenna yang `unity gain`. Saya suka menggunakan formula yang saya temui di internet seperti di bawah.
Untuk pengetahuan anda, j pole antenna adalah sesuai untuk low angle radiation bagus untuk tujuan DXing atau perhubungan jarak jauh. Ia juga omnidirectional (memancar kesemua arah), senang untuk memasang dan membuatnya. Tidak memerlukan Radial element dan tidak mempunyai loading coil.
Saya membut J Pole antenna untuk CB Band menggunakan welding rod jenis copper (4mm) yang boleh di beli di kedai hardware. Gambarajah seperti dibawah.
Perlu di ingat Gap Holder di perbuat dari bahan penebat (insulator) samada bahan plastic, pvc atau kayu
Untuk pengetahuan anda gap bagi bahagian B dibuat tidak mengikut formula yang di sediakan, sebabnya saya hendak memasukkan antenna ini kedalam PVC condiut bersize 3cm, seperti gambrajah di bawah.
Semua pengiraan adalah di dalam kaki dan inci (feet)
Bahagian yang terdedah hanyalah sepanjang 17.2 kaki yang di buat dari aluminium rod yang boleh di 'slide' kan untuk tujuan tuning (SWR) seperti yang digambarkan diatas.
Foto di bawah menunjukkan bagaimana coaxial cable di solderkan pada jpole antenna.
Radial element 17 kaki menggunakan aluminium rod
U shape menggunakan copper rod (welding rod) 4mm.
Dengan berpandukan foto-foto di atas dapatlah anda mencuba sendiri J Pole Cb antena untuk kegunaan CB radio di 'base' anda.