Wednesday, 31 October 2012

CARA NAK CREATE CB CALLSIGN SENDIRI

Ok untuk posting kali ini saya akan tunjukkan cara bagaimana nak buat CALLSIGN (isyarat panggilan) untuk CB Radio. Isyarat panggilan atau callsign ini perlu bila anda ingin melakukan  panggilan melalui radio CB dengan rakan CB negara lain, bertujuan memudahkan kawan yang di kenali atau belum untuk meneruskan perbualan. CALLSIGN  perlu bila anda membuat panggilan jauh atau INTERNATIONAL DXING. Dari isyarat panggilan inillah dapat di tentukan dari negara manakah isyarat panggilan itu di terima atau di buat. Sebagai contoh nombor kod negara bagi Malaysia adalah 113, (113DT104)  maka untuk membuat CALLSIGN perlu ada 113. Sebenarnya tidak ada standard tertentu dalam membuat isyarat CALLSIGN ni akan tetapi telah di terima pakai dimana dibahagian pertama CB CALLSIGN adalah untuk menunjukkan nombor negara (country prefix), di ikuti bahagian kedua huruf dalam isyarat panggilan adalah untuk menunjukkan group atau kelab radio cb, contoh Delta Tango (international Dx group), akhirnya di ikuti dengan nombor atau bilangan membership didalam kelab atau group tersebut contoh 104.

CONTOH: 113 DT 104     113 adalah country prefix bagi Malaysia, DT (Delta Tango) adalah Club CB Radio (international club-Australia) yang saya jadi ahli dan 104 adalah nombor keahlian.

Jadi dengan itu bolehlah anda membuat sendiri isyarat panggilan atau ID CB Radio berpandukan contoh diatas. Adalah di nasihatkan agar tidak  digunakan nama Club CB radio yang sudah  dikenali antarabangsa misalnya DELTA TANGO, SUGAR DELTA, SEIRA TANGO, ALFA TANGO DX (Italy) atau sebagainya. Buatlah group atau kelab CB Radio sendiri sebagai contoh (GLX) GOLF LIMA XRAY, (KB) KILO BRAVO, (PR) PAPA ROMEO atau sebagainya. Atau cara yang paling mudah adalah menjadi ahli CLUB DX GROUP luar negara yang kadang-kadang perlukan sedikit bayaran untuk menjadi ahlinya ini kerana setiap ahli akan di bekalkan dengan kad keahlian,  QSL card, buku CALLSIGN member list dan sebagainya.

Di jepun peminat CB Radio atau CLUB CB RADIO disana telah menentukan nombor prefix bagi negeri masing-masing begitu juga dengan cb operator ( RAPI = Radio Antara Penduduk Indonesia) di negara Indonesia mereka juga mempunyai kod area tersendiri seperti bagi daerah Banda Acheh  nombornya adalah 01, Jakarta Barat 09 atau sebagainya. Untuk perhubungan local atau setempat tidak perlulah di sebut nombor country prefix seperti 113 kerana masing-masing sudah memahaminya memadailah dengan menyebut DT104 sahaja.

INTERNATIONAL PHONETIC ALPHABET

A = ALFA B = BRAVO, C = CHARLIE, D = DELTA, E = ECHO, F = FOXTROT, G = GOLF, H = HOTEL, I = INDIA, J = JULIET, K = KILO, L = LIMA, M = MIKE, N = NOVEMBER, O = OSCAR, P = PAPA, Q = QUEBEC, R = ROMEO, S = SIERRA, T = TANGO, U = UNIFORM, V = VICTOR, W = WHISKEY, X = X-RAY, Y = YANKEE and Z = ZULU.

Untuk country prefix link adalah http://www.livecbradio.com/ssb-cb-radio-country-list.htm

Selamat Ber 'qso' melalui CB RADIO.



5 comments:

  1. Sy berminat nk join CLUB DX GROUP.. Macamana yer

    ReplyDelete
  2. macam mana nak apply callsign cb radio

    ReplyDelete
  3. Dah create dah call sign untuk cb radio utk kegunaan Keluarga.. CB callsign 113WLD 000

    ReplyDelete