Saturday, 10 November 2012

STANDING WAVE RATIO (SWR) METER

Untuk posting kali ini akan memperkatakan tentang SWR Meter atau Standing Wave Ratio Meter yang perlu ada bagi setiap mereka yang menggunakan peralatan kommukasi dua hala. (CB Radio) Ini disebabkan fungsi meter SWR ini sangat mempengaruhi keselamatan peralatan  CB dan jarak yang dapat di capai semasa berhubung menggunakan CB Radio.  Standing Wave Ratio Meter atau VSWR (Voltage Standing Wave Ratio) kegunaanya adalah untuk mengukur  Standing Wave Ratio yang ada didalam Transmisssion Cable atau cable RG-58 yang digunakan untuk menghubungkan CB Radio ke Antenna. Dengan menggunakan SWR meter ini akan di tunjukkan sebarang mismatch di antara transmission line (cable) dan antenna,  perbezaan yang berlaku ini dimana power yang dipancarkan ke udara itu samada terpancar semuanya keudara melalui antenna atau terpantul balik (reflected) semula kepada CB Radio!. Keadaan ini sekiranya di biarkan berlaku akan merosakkan CB Radio atau RF Power transistor dibahagian pemancar  boleh terbakar.


Foto di atas menunjukkan beberapa jenis meter SWR dari brand KAISE Japan. Meter teratas sekali adalah model SK-2100 khas untuk CB Radio bacaan maksima adalah 10 Watt




SWR Meter ada berbagai bentuk, ada yang mempunyai satu meter dan ada yang mempunyai 2 meter yang mana untuk bacaan power output dan satu lagi untuk bacaan SWR seperti foto di atas


SWR Meter dari brand Yaesu Japan.




Model KAISE SK-2100 ini untuk kegunaan CB mempunyai fungsi untuk mengukur kekuatan Wave yang di pancarkan oleh pemancar CB Radio di sekitarnya. RFS (Radio Frequency Strength).

Pada posting akan datang akan di terangkan cara menggunkan alat SWR meter  ini.

No comments:

Post a Comment