Salam, untuk posting kali ini, saya akan tunjukkan cara untuk menguji SWR bagi antenna installations sebelum kita membuat sebarang pemancaran isyarat (transmitting). Tujuam utama menguji SWR adalah untuk menguji power dan ratio isyarat yang dipancar keudara dan isyarat yang reflected/reverse semula ke peralatan pemancar CB Radio. Jika refleted wave melebihi dari paras/ ratio yang sepatutnya, ini akan menyebabkan kuasa isyarat (radio wave) yang dipancar ke udara akan berkurang, bayangkan kuasa pemancaran untuk CB Transceiver cuma dibenarkan 4 Watt sahaja dan separuhnya reflected semula ke peralatan CB Radio maka sudah pasti yang terpancar keudara cuma separuh sahaja mungkin 1watt atau 2watt sahaja, jadi bayangkanlah berapa jarak perhubungan yang boleh di capai sekiranya perkara ini berlaku. Sedangkan sekiranya Antenna di` tuned` dengan baik misalnya SWR 1:1, bermakna kesemua kuasa 4 Watt akan terpancar keudara kesemuanya!.
Perlatan yang di perlukan adalah CB ANTENNA
ANTENNA ALAN CTE 5/8 Wave setinggi 25 kaki. (Antenna ini juga boleh berkerja di 10 Meter Band)
Sebuah SWR METER samada mempunyai satu meter atau 2 meter.
Perhatikan pada SWR meter mempunyai knob bertanda SET & RFS Adjust dan knob PWR (power), FWD (forward), REF (reference atau SWR) dan RFS (radio frequency strength).
SWR Meter yang digunakan adalah jenis KAISE SK-2100 27Mhz 10 Watt.
Perhatikan pada connector di belakang meter bertanda ANT - untuk disambungkan kepada antena samada pada bumbung kenderaan atau bumbung rumah dan bertanda TRANS - TRANSMITTER untuk disambungkan kepada transmitter CB Transceiver iaitu SO-239 atau antenna output connector.
Cara penyambungan swr meter adalah seperti yang digambarkan diatas.
Antenna yang di `tuned` adalah ALAN CTE 5/8 dan CB Transceiver adalah TEAM MC-8
Cara atau procedure
Meter SWR hendaklah disambungkan diantara antenna dan Radio Transceiver seperti gambar diatas.
pastikan antenna connector di sambungkan kepada tanda ANT di belakang SWR meter, manakala CB transceiver di sambungkan ke TRANS connector. Set kan knob SWR pada kedudukan FWD. CB Transceiver di letakan pada mode AM atau FM kerana memerlukan RF Carrier yang dipancarkan unutk mengukur SWR.
Set kan Channnel CB Transceiver pada CH 19 atau 40, setkan CB Transceiver pada mode AM atau FM, tekan PTT Microphone (transmit) adjust SET knob supaya bacaan pada meter menunjukkan bacaan FWD maksimum. Kemudian ubah knob SWR pada kedudukan REF tekan PTT microphone ambil bacaan SWR, misalnya bacaan adalah 1.8. Kemudian tukar CH ke CH 1, press microphone PTT (transmit) adjust knob FWD agar bacaannya adalah maksimum dan kemudian ubah knob semula ke REF untuk membaca bacaan SWR misalnya bacaan adalah 1.4. Jika bacaan ada perbezaan diantara CH 1 (1.4) dan CH 40(1.8), ini menunjukkan radiator element CB antenna tersebut adalah terlebih panjang. maka perlulah dibuat adjustment atau di trim radiator element dengan mengurangkan lebih kurang 1/4 inchi daripada panjang sebelumnya, kemudian di ulang semula procedure di atas sehingga mendapat SWR 1:1 atau sehampir mungkin..Begitu juga sekiranya pada CH 1 bacaan SWR adalah 1.8 dan pada CH 40 bacaan SWR adalah 1.4, ini menunjukkan radiator element CB Antenna tersebut adalah pendek dan perlu dipanjangkan sehingga bacaan SWR pada CH1 ke CH 40 menjadi 1.1 atau sehampir mungkin. Apabila antenna betul-betul di `tuned` pada frequency CB (26.965mhz-27.405mhz) maka bererti kesemua kuasa pancaran 4watt tersebar keudara kesemuanya, dengan itu jarak perhubungan yang dapat di capai akan mejadi lebih jauh lagi. Sekiranya anda seorang penggemar musik atau audio system maka peralatan speaker yang memainkan peranan penting untuk menghasilkan audio yang lunak atau merdu tapi bagi sebuah peralatan pemancar (transmitter), antenna adalah peralatan yang penting sekali dalam menentukan jarak perhubungan yang boleh di capai. Purata jarak biasa yang boleh di capai sekira antenna di `tuned` dengan betul adalah sekitar 20 km dan apabila propogation membuka jaraknya menjangkau sehingga ke benua Australia, jepun dan kemana sahaja antenna di arahkan. Saya pernah berhubung dengan station CB di Manokwari Irian Jaya dengan kuasa CB Transceiver 4 watt (AM) 12 watt PEP (SSB) sahaja (barefoot), bayangkan perasaan yang kita alami bila isyarat yang dipancar berkuasa 4watt sahaja dapat di dengari atau diterima di negara jiran yang mencapai ribuan kilometer!
Tunggu apa lagi belilah CB Transceiver Multimode dan selamat ber`qso` .
Informasi yang sangat berguna... saya sering berkontak dengan negara Malaysia hanya dengan Radio CB Power 12 Watts saja... sangat menyenangkan... yang sering dengan call 113 MB--- salam hangat selalu ...
ReplyDelete91NR575 | 91SA575 - JONI