CB RADIO DI MALAYSIA


CB RADIO DI MALAYSIA

CB Radio atau CITIZEN BAND radio sangat popular di Amerika sekitar tahun 70an. Kemudian penggunaanya merebak ke negara-negara lain seperti Britain, Australia, New Zealand serta lain-lain negara. Kebanyakan negara di seluruh dunia sekarang ini, sudah tidak memerlukan personal lesen atau lesen CB Radio untuk menggunakan CB Radio, tidak sebagaimana penggunaan Radio Amateur yang memerlukan AA (lesen Pengendalian Radio Amateur) dimana pemiliknya perlu lulus ujian atau peperiksaan Radio Amateur. USA menggugurkan keperluan lesen CB Radio sekitar tahun 1982 di ikuti negara Australia termasuk UK pada tahun 2006 serta lain-lain negara eropah. Penggunaan CB Radio di Malaysia tidak begitu ketara kerana di Malaysia pada masa lalu sangat-sangat ketat peraturan mengenai pengunaan gelombang radio dan CB radio mulai sah di gunakan di Malaysia bilamana pihak MCMC (Malaysia Communication and Multimedia Comission) atau SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia) mengeluarkan notis pengumuman PENGUNTUKAN KELAS pada April 2000 dan di tambah beberapa frequency baru pada 1 APRIL 2010 ( Class Assignments no. 1 of 2010). Penggunaan CB radio di Malaysia TIDAK DI KENAKAN APA-APA BAYARAN atau MEMERLUKAN LESEN PERIBADI (AA) seperti RADIO AMATEUR selagi penggunaanya mengikut peraturan-peraturan yang di sebutkan didalam PENGUMUMAN PENGUNTUKAN KELAS,. Jadual ke lima adalah penerangan untuk CB RADIO atau PERSONEL RADIO SERVICES. CITIZEN BAND RADIO (CB Radio) atau Personal Radio Service (PRS) yang di benarkan untuk di gunakan tanpa lesen di Malaysia mestilah menggunakan frequency berikut: 1. 26.965 Mhz to 27.405 Mhz multimode 4 Watt AM/FM 12 Watt pep SSB (HF 40 Channel) 2. 477.0125 Mhz to 477.4875 Mhz FM mode 5 Watt (UHF 39 Channel) 3. 477.525 Mhz to 477.9875 Mhz FM mode 0.5 Watt (UHF 39 Channel) (Akan Di BATALkan penggunaanya mulai 1 Jan 2021 )4. PMR 446.00625 Mhz to 446.09375 Mhz FM mode 0.5Watt (8 Channel) 5. Digital PMR 446.103125 Mhz to 446.196875 Mhz Digital FM mode 0.5 Watt (16 Channel). Jadi disini menunjukkan sekarang ini orang ramai tidak dihalang untuk menggunakan peralatan radio comumunications tanpa perlu mendapatkan lesen peribadi selagi penggunaannya mengikut terma dan syarat MCMC (SKMM), kerana ianya tidak perlu menduduki apa-apa peperiksaan seperti Radio Amateur atau Ham Radio. Anda boleh menubuhkan group atau KELAB CB RADIO dikalangan rakan-rakan anda dan memilih senarai frquency mana yang anda ingin gunakan, samada CB HF 27 Mhz atau UHF CB FM 477 Mhz atau PMR 446 Mhz atau kesemua frequency yang di benarkan dengan membeli transceiver atau walkie-talkie untuk HF 27Mhz CB dan UHF 446Mhz atau 477Mhz. Sesungguhnya hobi di bidang radio ini mempunyai keseronokan tersendiri yang tidak ditemui dalam hobi yang lain, kenapa anda tidak ceburi dan rasai sendiri keseronokan bersembang dengan rakan-rakan yang anda kenali atau baru ingin mengenalinya melalui udara tanpa memikirkan bil yang harus dibayar seperti penggunaan talipon bimbit.!!!. Melakukan eksperimen atau membuat sendiri CB antenna, power supply atau melakukan DXing dengan berkumpul sesama rakan CBer. Jarak perhubungan purata CB radio adalah di antara 2km hingga 18km dimana dalam masa-masa tertentu boleh mencapai sehingga ribuan km sekiranya anda menggunakan HF CB 27Mhz mode SSB (USB atau LSB) !!!.

CB RADIO ADALAH UNTUK KEGUNAAN SEMUA RAKYAT DI MALAYSIA. TANPA PERLU MEMBAYAR SEBARANG LESEN PERIBADI ATAU MENGAMBIL SEBARANG PEPERIKSAAN !. TUNGGU APALAGI BELILAH CB TRANSCEIVER DAN MULAI `ON AIR`Yang perlu cuma anda membeli sebuah CB Transceiver, power supply dan antenna atau Mobile CB antenna (untuk kegunaan pada kereta, lori, caravan atau bas). Anda boleh membeli CB Transceiver samada melalui on-line seperti melalui Ebay, Mudah.my, Lelong.my atau AliBaba.com atau kedai yang menjual Radio Transceiver samada di Jalan Pasar KL atau Low Yatt Pudu Kl. Tak kira anda siapa, peguam, jurutera, pemandu bas, pemandu trailer kontena, pemandu teksi, guru atau sebagainya yang penting anda sukakan hobi perhubungan radio maka cb radio ni sangat berguna untuk anda gunakan semasa dalam perjalanan, semasa berkonvoi, semasa kecemasan atau hanya untuk sembang-sembang. PERINGATAN ! Adalah menjadi kesalahan disisi undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), menggunakan sebarang peralatan komunikasi dua hala selain dari CB RADIO atau PMR di dalam kenderaan atau sebagainya tanpa memiliki lesen (AA) yang sah, jadi satu-satunya alat komunikasi dua hala yang tidak memerlukan lesen untuk digunakan adalah CB RADIO atau PRS RADIO.

Anda boleh mula 'on air' dengan monitor di CH 11 (Calling Channel 27.085 MHZ) atau CH 30(27.305 MHZ) !. Semoga kita bertemu di udara di CH 11 atau CH 30 atau dimana-mana CH yang dibenarkan (40CH). Yang perlu anda ketahui MCMC menetapkan CH 9 (27.065 MHZ) adalah untuk tujuan KECEMASAN (CH EMERGENCY) dan CH 11 (27.085 MHZ) adalah CH PANGGILAN (CH CALLING). CH 1: 26.965 MHZ CH 2: 26.975 MHZ CH 3: 26.985 MHZ CH 4: 27.005MHZ CH 5 : 27.015 MHZ CH 6: 27.025 MHZ CH 7: 27.035 MHZ CH 8: 27.055 MHZ CH 9: 27.065 MHZ (EMERGENCY) CH 10: 27.075 MHZ CH 11: 27.085 MHZ (CALLING) CH 12: 27.105 MHz CH 13: 27.115 MHZ CH 14: 27.125 MHZ CH 15: 27.135 MHZ CH 16: 27.155 MHZ CH 17: 27.165 MHZ CH 18: 27.175 MHZ CH 19: 27.185 MHZ CH 20: 27.205 MHZ CH 21: 27.215 MHZ CH 22: 27.225 MHZ CH 23: 27.255 MHZ CH 24: 27.235 MHZ CH 25: 27.245 MHZ CH 26: 27.265 MHZ CH 27: 27.275 MHZ CH 28: 27.285 MHZ CH 29: 27.295 MHZ CH 30: 27.305 MHZ (Indonesian CBer`s Active) CH 31: 27.315 MHZ CH 32: 27.325 MHZ CH 33: 27.335 MHZ CH 34: 27.345 MHZ CH 35: 27.355MHZ CH 36: 27.365 MHZ CH 37: 27.375 MHZ CH 38: 27.385 MHZ CH 39: 27.395 MHZ CH 40: 27.405 MHZ.

CALLING CHANNEL UNTUK GROUP 113 DTR ADALAH CH 14 AM CALLING, CH 20 FM CALLING DAN CH 22 SSB CALLING. (113DTR xxx). http://113dtr.blogspot.com/

Bagi mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, Gombak dan sekitarnya boleh membuat pangilan di CH 14 AM CALLING (27.125Mhz) CH 20 FM CALLING (27.205Mhz) dan CH 22 USB CALLING (27.225MHz). Untuk UHF CB CH 19 477.23755Mhz, CH 30 477.375Mhz FM MODE sahaja.

Unofficial International Calling Frequency adalah 27.555MHZ, anda boleh cuba memanggil international CBer station di Frquency ini.

Pengguna CB Radio selalu menggunakan 10 CODE untuk meringkaskan perbualan mereka di radio diantara CODE yang selalu di gunakan di CB Radio adalah;
  • 10-1: Receiving Poorly
  • 10-2: Receiving well
  • 10-3: Stop transmitting
  • 10-4: Ok, message received
  • 10-5: Relay message
  • 10-6: Busy, stand by
  • 10-7: Out of service
  • 10-8: In service
  • 10-9: Repeat Message
  • 10-10: Transmission completed, standing by
  • 10-11: Talking too rapidly
  • 10-12: Visitors present ... Shhhh!
  • 10-13: Advise weather/road conditions
  • 10-17: Urgent Business
  • 10-20: Location
  • 10-34: Trouble at this station, help needed
  • 10-42: Traffic accident
  • 10-43: Traffic jam
  • 10-70: Fire at truck stop
  • 10-73: Speed trap
  • 10-99: Mission completed, all units secure
  • 10-100: Emergency operation on Channel
  • PERINGATAN PENTING: Bagi peminat radio cb atau sebarang radio dua hala, sekiranya anda berhajat untuk melancong ke negara Thailand anda di nasihatkan untuk tidak membawa serta menggunakan sebarang peralatan Radio dua hala atau Walkie -Talkie, Transceiver atau Mobile radio, Sekiranya anda tidak memiliki sebarang lesen radio samada lesen Radio Amateur atau lesen Radio Komersial kerana bagi negara Thailand adalah menjadi kesalahan mandatori memiliki peralatan radio perhubungan dua hala tanpa lesen yang sah. Anda boleh di tuduh sebagai pengintip dan menggugat keselamatan negara Thailand. Anda boleh dipenjara 7 tahun atau denda sekitar RM51,000.00(bukan warga Thailand). Jadi berhati-hatilah dengan undang-undang perhubungan radio di setiap negara.

  • Satu lagi perkara yang perlu di ambil perhatian adalah kebanyakan CB RADIO perlu di sambungkan microphone pada microphone connector barulah speaker nya mengeluarkan bunyi, kalau tidak speaker CB radio langsung tidak mengeluarkan bunyi.. Seolah-olah rosak. !! JANGAN SAMPAI TERTIPU !!!
LINK MCMC MENGENAI CB RADIO ATAU PRS RADIO.

Monday, 14 October 2013

PMR TRANSCEIVER KECIL LEIXEN VV-808U MADE IN CHINA

Untuk kali ini saya ingin memperkenal PMR Transceiver terkecil yang mulai berada di pasaran antarabangsa iaitu LEIXEN VV-808 UHF, bersaiz cuma 120mm x 90mm x 40mm. Boleh di letakkan dimana-mana sahaja di dalam kenderaan kecil anda seperti kereta kancil !. Berkuasa 4 watt (L), lebih kurang 7 watt (H), voltage 13v8, Memory CHANNEL 199CH, DUAL Frequency display, DTMF microphone, CTCSS Enc/Dec, DCS Enc/Dec, Comparator, Scrambler (voice Inversion) single mode, DTMF Enc/Dec, Roger beep, saiz 120mm x 90mm x 40mm dan lain-lain terlalu banyak feature untuk di tuliskan.



                                          perbandingan saiz dengan kertas size A4


Berharga sekitar USD 30, semasa mula diperkenal sekarang ini mencecah ke USD140, bayangkan betapa sambutan terhadap Transceiver kecil ini. Ia mengingatkan kita kepada Transceiver YAESU FT-90R dual band yang diperkenalkan sekitar tahun 1999 kalau tidak silap saya.


               Perhatikan perbandingan vv-808 dengan microphone yang dibekalkan.


                   Bandingan antara TYT TH-9000 dengan LEIXEN VV-808



   LEIXEN VV-808U.   Pemandangan PCB  setelah casing di buka


                                       LEIXEN VV-808U PCB Board.






Saya memberi nilaian 4/5 dari segi kebersihan soldering, kerana pada regulator L200 , soldering  tidak begitu kemas dan bersih. Pada keseluruhannya nilaian untuk UHF Transceiver ini adalah 4,  ada sedikit kelemahan pada bahagian FREQ. STEP dimana apabila MENU STEP di set pada 2K5 pada realitinya step itu adalah 5KHZ begitu seterusnya sehingga step 25KHZ sebenarnya adalah step 50KHZ. Mungkin perkara ini berlaku pada kesilapan cpu programming. Diharap pihak LEIXEN dapat memperbetulkan masalah ini. FREQ. STEP sebenar adalah 5Khz, 6K25, 10Khz, 12K5, 25Khz dan 50Khz.

Bagi anda yang sukakan transceiver yang kecil, qrp power (less 10Watt) mempunyai banyak feature maka UHF Transceiver LEIXEN VV-808U adalah pilihan yang tepat.

5 comments:

  1. Meme comey, tapi itulah kelemahan dia step yang kita pilih kat menu tak sama pada reality operation. Tapi saya yakin mereka sudah fix problem tu untuk latest productions. Nal macamana dengan perfomance MC7777...saya yakin tentu anda berpuas hati dengan keupayaan dxing. Buatlah vertical 5/8 antenna saya gerenti banyak lagi station yang dapat dihubungi. selamat berqsq.

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum, sy berminat untuk membeli cb radio untuk dipasang dikereta,rumah,handheld..tolong bg panduan/cadangan & mungkin ada yang untuk dijual..terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh hubungi sy di 0122623616 atau harrydin74@gmail.com

      Delete
    2. Wasalam, Azulhairi anda boleh membeli cb radio seperti MC-7777, TYT TH90000 di Hotdeal Marketing sdn. samada di Digital Mall pj atau di komplek pasar pudu kl. Selamat ber `qso` di jalur rakyat CB Radio.

      Delete