CB RADIO TERKINI DARI ANYTONE CHINA
ANYTONE jenama CB RADIO keluaran Syarikat QIXIANG SCIENTIFIC China, sangat aktif dalam mengeluarkan product cb radio terutama untuk mode AM dan FM. Terkini terdapat 4 model baru jenama ANYTONE terdapat di pasaran Eropah atau EU dan Rusia iaitu ANYTONE SMART, ANYTONE APOLLO 1, ANYTONE APOLLO II dan ANYTONE MINI. Kesemuanya bersaiz mini dan compact sesuai untuk pemasangan pada kereta bersaiz mini!.
ANYTONE SMART AM / FM
Bersaiz 102 x 100 x 25mm dan seberat sekitar 450g. LCD Display yang lebar memudahkan untuk tujuan setting dan sebagainya. Power output adalah 4 Watt untuk mode AM dan FM. Button kawalan di bahagian hadapan adalah SQuelch, AM / FM mode, RFGain dan EMGency CH 9/19. Di bahagian tepi kiri dan kanan display mempunyai led bar memanjang keatas untuk RX dan TX indicator. Nama lain untuk product ini adalah ALBRECHT AE6110. Model ini sangat sesuai kepada mereka yang hanya untuk menggunakannya semasa berkonvoi atau tujuan sukan lasak 4 x4 semasa latihan di camp site.
ANYTOTNE MINI AM / FM
ANYTONE MINI bersaiz kecil dan kompak saiz 145 x 30 x130mm. Beart sekitar 650g panel display yang lebih bergaya untuk menampakkan penampilan yang berbeza di antara keduanya. Power output 4 Watt AM / FM. LCD Display yang lebih besar berbanding dengan ANYTONE SMART yang paparan untuk CH, mode AM / FM, TX, RX, Memory dan SCan. Selain itu button kawalan SQuelch, AM / FM dan sebelah kanan pula adalah RFGain dan EMGency CH 9 / 19. Jenama lain bagi model ini adalah AVANTI MICRO, VECTOR SMART TURBO, TEAM MINICOM dan CRT ONE. Sangat sesuai untuk di pasang pada kereta kompak.
ANYTONE APOLLO 1
PEMANDANGAN ATAS ANYTONE APOLLO 1
ANYTONE APOLLO 1 juga bersaiz kecil dan kompak bersaiz 112 x 143 x 30mm. Remote control microphone dengan lcd dot matrix yang lebar, Dual Watch, CH atau FREQUENCY Mode display, Power output 4 Watt AM dan FM. Agak berbeza sedikit dengan model ANYTONE yang lain kerana lcd display , PTT, volume control semuanya terletak pada microphone. Boleh di katakan menyerupai model UHF CB keluaran ICOM. Jenama lain bagi model ini adalah ANYTONE FORTUNA, CRT MIKE, OPTIM APOLLO 1 dan STRYKER SR-89MC.
Sekira anda penggemar mode AM dan FM maka model terbaru dari Qixiang Electron ini boleh di jadikan koleksi terbaru CB Radio anda. Harga pada pendapat saya sekitar RM300 ke RM500. Sama-samalah kita tunggu kemunculan model-model ini di Malaysia.
Selamat berkomunikasi di JALUR RAKYAT atau citizen band, frequency untuk Anda semua Rakyat Malaysia mengunakannya.
No comments:
Post a Comment