Monday, 21 September 2015

CB RADIO AM FM TERKINI DARI ANYTONE CHINA

CB RADIO TERKINI DARI ANYTONE CHINA

ANYTONE jenama CB RADIO keluaran Syarikat QIXIANG SCIENTIFIC China, sangat aktif dalam mengeluarkan product cb radio terutama untuk mode AM dan FM. Terkini terdapat 4 model baru jenama ANYTONE terdapat di pasaran Eropah atau EU dan Rusia iaitu ANYTONE SMART, ANYTONE APOLLO 1, ANYTONE APOLLO II dan ANYTONE MINI. Kesemuanya bersaiz mini dan compact sesuai untuk pemasangan pada kereta bersaiz mini!.

                                                         ANYTONE SMART AM / FM

Bersaiz 102 x 100 x 25mm dan seberat sekitar 450g. LCD Display yang lebar memudahkan untuk tujuan setting dan sebagainya.  Power output adalah 4 Watt untuk mode AM dan FM. Button kawalan di bahagian hadapan adalah SQuelch, AM / FM mode, RFGain dan EMGency CH 9/19. Di bahagian tepi kiri dan kanan display mempunyai led bar memanjang keatas untuk RX dan TX indicator. Nama lain untuk product ini adalah ALBRECHT AE6110. Model ini sangat sesuai kepada mereka yang hanya untuk menggunakannya semasa berkonvoi atau tujuan sukan lasak 4 x4 semasa latihan di camp site.



                                                        ANYTOTNE MINI AM / FM

ANYTONE MINI bersaiz kecil dan kompak saiz 145 x 30 x130mm. Beart sekitar 650g panel display yang lebih bergaya untuk menampakkan penampilan yang berbeza di antara keduanya. Power output 4 Watt AM / FM. LCD Display yang lebih besar berbanding dengan ANYTONE SMART yang paparan untuk CH, mode AM / FM, TX, RX, Memory dan SCan. Selain itu button kawalan SQuelch, AM / FM dan sebelah kanan pula adalah RFGain dan EMGency CH 9 / 19. Jenama lain bagi model ini adalah AVANTI MICRO, VECTOR SMART TURBO, TEAM MINICOM dan CRT ONE. Sangat sesuai untuk di pasang pada kereta kompak.


                                               ANYTONE APOLLO 1


                                             PEMANDANGAN ATAS ANYTONE APOLLO 1


ANYTONE APOLLO 1 juga bersaiz kecil dan kompak bersaiz 112 x 143 x 30mm. Remote control microphone dengan lcd dot matrix yang lebar, Dual Watch, CH atau FREQUENCY Mode display, Power output 4 Watt AM dan FM. Agak berbeza sedikit dengan model ANYTONE yang lain kerana lcd display , PTT, volume control semuanya terletak pada microphone. Boleh di katakan menyerupai model UHF CB keluaran ICOM. Jenama lain bagi model ini adalah ANYTONE FORTUNA, CRT MIKE, OPTIM APOLLO 1 dan STRYKER SR-89MC.


Sekira anda penggemar mode AM dan FM maka model terbaru dari Qixiang Electron ini boleh di jadikan koleksi terbaru CB Radio anda. Harga pada pendapat saya sekitar RM300 ke RM500. Sama-samalah kita tunggu kemunculan model-model ini di Malaysia.

Selamat berkomunikasi di JALUR RAKYAT atau citizen band, frequency untuk Anda semua Rakyat Malaysia mengunakannya.



Sunday, 31 May 2015

ANYTONE AT-6666 EXSPORT MODE

Kepada sesiapa yang memiliki transceiver ANYTONE AT-6666 yang masih dalam mode 10meter band atau 28Mhz (HF BAND) bolehlah menukar ke mode exsport model untuk membolehkan transceiver tersebut digunakan untuk CB Band (27Mhz).

Caranya adalah seperti berikut:

1. Radio AT6666 dalam kondisi OFF, : Hold " MENU" & "BAND"  turning ON power, LCD Display menunjukkan display "HF BAND". Using Dial control pilih "CB BAND".

2. Press and Hold "MENU" button to select Band. LCD display menunjukkan frequency untuk band tersebut.

3. Gunakan button "BAND" untuk menukar Band A, B, C, D, E, F, G, H, I dan J. setiap band mempunyai 40 Channel.

4. CB Band adalah pada Band D: 26.965Mhz(CH1) to 27.405Mhz(CH40). Untuk lebih jelas sila tonton video dari youtube dibawah.





Selamat ber 'qso' di jalur rakyat (citizen band), Jalur atau frequency yang disediakan untuk kegunaan anda semua Rakyat Malaysia.


Tuesday, 10 March 2015

AT 6666 DAN KEISTIMEWAANYA

Pada musim cuti Tahun Baru China tempohari saya berkesempatan untuk pulang ke kampung saya di Kelantan. Sesuatu yang saya sering lakukan bila pergi kemana-mana tempat ialah dengan membiarkan radio yang di pasang didalam kenderaan saya dalam keadaan scanning mode, untuk kali ini saya program kan frequency UHF CB 477Mhz. Tujuanya adalah untuk mengetahui samada ada sebarang aktiviti atau qso di frequency UHF CB tersebut. Sungguh memeranjatkan saya kerana sememangnya terdapat qso atau komunikasi di UHF CB di sekitar bandar Kubang Kerian dan Kota Bharu dan qso tersebut boleh di dengar di kereta saya sehingga mencapai 5 ke 8 km !. Syabas saya ucapkan kerana rakyat kelantan mengunakan frequency Citizen Band atau Private Mobile Radio frequency yang sememang dibenarkan untuk di gunakan oleh seluruh rakyat Malaysia dan tidak menjadi pirate  di frequency radio amateur. Di antara Channel yang aktiv adalah 477.2125Mhz dan 477.500Mhz. Saya tidak membuat panggilan Break kerana perbualan mereka lebih kepada bertanya lokasi tempat untuk di tuju.

AT-6666
Radio terkini dari Qixiang Electron China menampilkan banyak keistimewaan berbanding dengan model yang di keluarkan sebelum ini iaitu AT-5555. Bersaiz lebih kecil  sekitar 6" x  2" x 8" sahaja, lebih sesuai untuk di pasang di dalam kenderaan. 


                                                           ANYTONE AT-6666


                                             ANYTONE AT-6666 di bungkus dengan plastik






                                              AT-6666 dalam Frequency Mode


                                            AT-6666 Dalam Channel Mode


                                                Blue color Backlight

   
                                              Green color Backlight


                                             Orange color Backlight


                        Perbandingan size di antara Icom IC718 dengan AT6666          

          


Ini menunjukan yang AT6666 adalah sangat sesuai untuk di pasang di dalam kenderaan dan digunakan semasa kecemasan

Selamat ber 'qso' di jalur rakyat (Citizen Band) frequency untuk kegunaan semua rakyat malaysia.

Friday, 16 January 2015

PRODUCT BARU 10M/11M DARI QIXIANG ELECTRON CHINA

Syarikat Qixiang Electron Science and Technology, Fujian China nampak begitu agresive dalam mengeluarkan product terbaru radio dua hala samada radio Citizen Band (CB), PMR Radio, 10Meter Transceiver dan sebagainya. Product CB Transceiver keluaran Qixiang hampir 13 product termasuk 3 pruduct untuk 10M/band diantaranya CB Transceiver mobile adalah AT-300M, AT-5289,AT-310M, AT-608, AT-708, AT-Mini CB, Apollo 1 CB Radio dan lain-lain, terbaru adalah 10m dan CB Transceiver AT-5555N jelmaan dari model AT-5555. Dimana AT-5555N lebih anggun dari segi penampilan rupa berbanding dengan AT-5555, namun demikian saiz kedua-dua transceiver ini adalah sama besar sama lebar cuma muka depan sahaja yang berbeza. Namun demikian kali ini saya suka menulis mengenai AT-6666 kerana penampilan bentuknya yang lebih kecil dan rupa bentuk yang lebih sesuai untuk dipasang pada kenderaan. Berukuran 158 x 245 x 48mm seberat 1.5kg, panjang sedikit dari saiz 2M Transceiver.



                                                                      AT-5555

Perbandingan di antara Anytone AT-5555 dan AT-5555N. Kelihatan AT-5555N lebih kemas dan bergaya


                                                                       AT-5555N

                                                     
                                                                       AT-6666

Frquency: 25.615Mhz to 30.105Mhz ( Band A,B,D,E,F,G,H dan I)
Mode: AM, FM, USB dan LSB
LCD Frequency Display, Echo Function, PC Programmable.
RF. Gain control, RF Power Control.
Frequncy Scanning, Dual Watch.
Roger Beep (7 tone Selectable)
FM Deviation lebih kurang 3.5khz
Frequency scanning
Tuning Step: 1Mhz, 100Khz, 1Khz dan 100Hz.
Current Consumption: lebih kurang 10A
6 Digit Frequency Display
Sensitivity: SSB 0.25uV, FM 1uV dan AM 1 uV
Untuk keterangan yang lebih mengenai product ini anda boleh melayari website Qixiang di:  www.qxdz.cn
SWR Protection dan lain-lain feature terlalu banyak untuk ditulis.


    Perbandingan size diantara AT-6666, AT-5555N dan President Grand 11. Kelihatan AT-6666 lebih kecil dan lebih sesuai untuk dipasang didalam kenderaan.


Pandangan didalam AT-6666, kemas dan lebih compact berbanding dengan model AT-5555 atau AT-5555N


Power output yang boleh di laras (variable power output), menggunakan 3 biji mosfet 13N10 untuk menghasilkan power output sekitar 40watt untuk SSB, AM dan FM (10 meter band).



                      Video clip from Youtube (credits toYou Tube for the video clip)

Sekiranya anda berpeluang untuk mendapatkan AT-6666 maka pada pendapat saya ini satu-satunya transceiver 10 / 11 meter yang memuaskan hati anda bila memilikinya.
Teruja rasanya untuk menunggu kedatangan Anytone AT-6666 ke Malaysia. Adakah sesiapa yang sudah mengimport kepasaran Malaysia. Hopefully ada syarikat yang telah berbuat demikian.

Selamat ber 'qso' di CB Band, jalur rakyat yang di khaskan untuk semua rakyat Malaysia. Kegunaan semasa kecemasan atau di musim banjir sebagai alat komunikasi alternative selain Radio Amateur atau cellphone.