AT-5555 DALAM MODE HF BAND
AT-5555N DALAM MODE HF BAND
Dari foto diatas dapat kita lihat bahawa upgraded AT-5555N lebih stylish berbanding dengan model ANYTONE AT-5555 yang pertama. AT-5555N menampilkan dengan mic connector didepan bukan di tepi seperti lazimnya bagi CB Radio samada buatan Texas Ranger, Cobra atau Radio Midland dan sebagainya. Oleh kerana saya ingin menggunakan ANYTONE AT-5555N sebagai CB Radio, maka perlulah saya melakukan sedikit Mods pada main pcb dengan memilih OPTION 1 menjadi Export Mode (25.615MHz to 30.105MHz). Bersaiz lebih kurang 7 7/8" x 9 1/4" x 2 1/2" lebih kurang sama dengan saiz Cb Radio Cobra GTL148, Galaxy DX-959, Emperor 3010 atau lain CB Radio yang bersaiz sederhana sangat sesuai untuk di jadikan radio base station.
Specifikasi Radio ini di antaranya adalah: Frequency tuning step yang boleh dipilih 100hz, 1khz, 10khz, 100khz dan 1mhz. Echo, Roger Beep ada 4 pilihan bunyi, RF power yang boleh di laras mengikut jarak komunikasi yang diperlukan, SWR protection, Display yang besar, Meter power, swr dan rf signal.
Lokasi OPTION 1 dan OPTION 2 pada main board.
Selamat Berkomunikasi di CB Band Radio Frequency yang dibenarkan untuk kegunaan semua rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment