Lama rasanya tak menulis di blog ini, bukan kerana tiada bahan untuk menulis tetapi oleh kerana kesibukan dengan tugasan harian. Maka untuk kali ini saya akan menulis mengenai cb radio keluaran dari negara china yang berjenama
. ANYTONE dari Syarikat pengeluar
Qixiang Electron Science Technology Co. (berbagai jenama lagi tapi dari manufacture yang sama).
ANYTONE SMART, bersaiz kecil dan kompak sangat sesuai untuk kegunaan backpack, kenderaan kompak seperti myvi, atos dan sebagainya. Mode AM dan FM sahaja. Kuasa keluaran adalah 4 watt untuk kedua-dua mode tersebut. Bersaiz 104 x 109 x 25cm sahaja iaitu sebesar tapak tangan. Frequency tolerance 0.005%, PLL synthesizer, coiled microphone cord dan mempunyai button UP and DOWN frequency channel. Button untuk EMG CH 9 dan 19. ASQ (
Automatic
SQuelch control), RF gain control,Key pad lock dan berat sekitar 421gram. Nama lain bagi SMART CB ini adalah
ALBRECHT AE6110, AVANTI SUPREMO, CRT MILLENIUM dan sebagainya. Receiver circuits adalah superhetrodyne menggunakan dua IF iaitu 10.695Mhz dan 2nd IF 455Khz, untuk menjadikan receiver ini lebih sensitive dan dapat mengurangkan gangguan noise pada `image frequency`.
Perbandingan saiz transceiver dengan wang Rm1.00
Perbandingan saiz dengan tapak tangan
Pcb board yang kecil dan padat.
Perhatikan saiz microphone dengan body CB SMART !
SMART CB radio ini boleh di `mods` untuk bekerja di 10M band (28.00Mhz - 29.700Mhz) amateur dengan membuat jumper pada pcb board seperti yang di tunjukkan di bawah ini iaitu dengan membuat sambungan pada OP2.
SMART CB radio ini sangat sensitive iaitu less than 1uVolt for 10dB (S+N). Saya meletakkan signal output dari signal generator untuk CH 1 (26.965Mhz) pada 0.1microvolt dan 1Khz audio modulating, perhatikan bunyi yang di hasilkan pada speaker SMART CB radio !.
Bagi mereka yang ingin memiliki SMART CB radio ini, boleh membelinya dari Lazada, 11street atau dari HotDeal Marketing. Harga adalah sekitar Rm350 ke Rm450 bergantung kepada offer yang di tawarkan.
SELAMAT BERKOMUNIKASI DI CB BAND RADIO FREQUENCY YANG DIBENARKAN ANDA RAKYAT MALAYSIA MENGGUNAKANYA.