Lama rasanya tak menulis di blog ini, bukan kerana tiada bahan untuk menulis tetapi oleh kerana kesibukan dengan tugasan harian. Maka untuk kali ini saya akan menulis mengenai cb radio keluaran dari negara china yang berjenama
. ANYTONE dari Syarikat pengeluar
Qixiang Electron Science Technology Co. (berbagai jenama lagi tapi dari manufacture yang sama).
ANYTONE SMART, bersaiz kecil dan kompak sangat sesuai untuk kegunaan backpack, kenderaan kompak seperti myvi, atos dan sebagainya. Mode AM dan FM sahaja. Kuasa keluaran adalah 4 watt untuk kedua-dua mode tersebut. Bersaiz 104 x 109 x 25cm sahaja iaitu sebesar tapak tangan. Frequency tolerance 0.005%, PLL synthesizer, coiled microphone cord dan mempunyai button UP and DOWN frequency channel. Button untuk EMG CH 9 dan 19. ASQ (
Automatic
SQuelch control), RF gain control,Key pad lock dan berat sekitar 421gram. Nama lain bagi SMART CB ini adalah
ALBRECHT AE6110, AVANTI SUPREMO, CRT MILLENIUM dan sebagainya. Receiver circuits adalah superhetrodyne menggunakan dua IF iaitu 10.695Mhz dan 2nd IF 455Khz, untuk menjadikan receiver ini lebih sensitive dan dapat mengurangkan gangguan noise pada `image frequency`.
Perbandingan saiz transceiver dengan wang Rm1.00
Perbandingan saiz dengan tapak tangan
Pcb board yang kecil dan padat.
Perhatikan saiz microphone dengan body CB SMART !
SMART CB radio ini boleh di `mods` untuk bekerja di 10M band (28.00Mhz - 29.700Mhz) amateur dengan membuat jumper pada pcb board seperti yang di tunjukkan di bawah ini iaitu dengan membuat sambungan pada OP2.
SMART CB radio ini sangat sensitive iaitu less than 1uVolt for 10dB (S+N). Saya meletakkan signal output dari signal generator untuk CH 1 (26.965Mhz) pada 0.1microvolt dan 1Khz audio modulating, perhatikan bunyi yang di hasilkan pada speaker SMART CB radio !.
Bagi mereka yang ingin memiliki SMART CB radio ini, boleh membelinya dari Lazada, 11street atau dari HotDeal Marketing. Harga adalah sekitar Rm350 ke Rm450 bergantung kepada offer yang di tawarkan.
SELAMAT BERKOMUNIKASI DI CB BAND RADIO FREQUENCY YANG DIBENARKAN ANDA RAKYAT MALAYSIA MENGGUNAKANYA.
haha... baru betol ni yob besor tapak tangan, boleh masuk poket jer macam ni
ReplyDeletebaru jer beli qyt kt8900d. 113vm553
ReplyDeleteDanial QYT 8900D tu bukan HF CB. QYT ni adalah VHF dan UHF (dual Bander). SMART CB ni adalah HF CB 27MHz. Saiz kedua-duanya lebih kurang sama cuma QYT 8900 ni lebih tebal sedikit. Bagi mereka yang sudah memiliki AA atau lesen radio Amateur bolehlah menggunakanya di 2M dan 70cm.
DeleteNik Remeli sy nak bertanya contoh klu kita guna SMART CB (HF CB 27Mhz) dan kita hendak memanggil rakan kita yg menggunakan handy or qyt 8900d yg menggunakan channal uhf...kita di SMART CB (HF CB 27Mhz) perlu pakai channal ape yer...maaf masih baru..
ReplyDeleteUntuk pengetahuan ralizamani tidak boleh berhubung satu sama lain kerana cb smart adalah frequency HF (27Mhz) manakala QYT 8900D adalah frequency VHF (136Mhz ke 174Mhz dan UHF (400Mhz ke 480Mhz). Kedua-dua frequency adalah berlainan. Untuk berhubung dengan QYT 8900d perlu memngunakan handy frequency VHF atau UHF (UV5R atau UV82)
ReplyDeleteNik Remeli ok faham,dari segi penggunaan antenna utk cb(hf cb27Mhz)mcm mana pula,biasa dengar dualband(vhf dan uhf),single band( vhf )
ReplyDeleteCB HF memerlukan antenna mobile khas untuk cb 27mhz sahaja, tidak boleh gunakan antenna mobile untuk vhf atau uhf atau dual bander. Buat masa ini pihak ranger ada menjualnya di lazada sekitar rm250 hampir sama harga dengan cb qyt :). Sekiranya menggunakan antenna yang tidak matching boleh menyebabkan final transistor terbakar dan menyebabkan kerosakan pada cb tranceiver.
ReplyDeleteThank for nice information
ReplyDelete