Saturday, 8 December 2018

CB HF DAN CB UHF

Dari pertanyaan yang saya terima, saya dapati masih ramai lagi peminat CB RADIO yang kurang jelas tentang perbezaan di antara CB RADIO High Frequency  (27MHz) dengan CB RADIO UHF Ultra High Frequncy (CB 477MHz dan 446MHz). Sebenarnya yang membezakan kedua-duanya adalah frequency yang di gunakan semasa memancar (transmited) dan menerima (received) audio. Bila di sebut CB Radio kebanyakan penggemar atau pengguna CB Radio sebenarnya faham itu adalah dirujuk kepada CB Radio frequency High Frequency 27MHz (HF)  yang mempunyai 40 Channel (frequency 26.965MHz ke 27.405MHz). UHF CB dengan HF CB Radio tidak boleh berhubung diantara satu sama lain kerana perbezaan frequency walaupun CH adalah sama CH 1 sampai CH 40. Channel yang di tunjukkan oleh 'display'pada  setiap radio mobile atau walkie-talkie itu tidak menunjukan frequency yang digunakan. Ianya hanyalah sebagai penunjuk nama bagi frequency memory CH tersebut.

 Oleh itu hendaklah di pastikan terlebih dahulu apa frequency  yang di programkan pada setiap radio atau transceiver atau walkie-talkie tersebut jika tidak komunikasi dua hala tidak akan berlaku sampai bila-bila. Cara untuk mengetahui frequency yang digunakan oleh radio atau walkie-talkie  jenis yang tidak ada display padanya adalah dengan mengunakan alat 'Frequency Counter'. Dengan menekan PTT (push to Talk) button pada microphone radio atau walkie-talkie, frequency counter dapat membaca apa frequency yang di gunakan. Contoh frequency counter yang boleh di gunakan untuk mengesan frequency yang di gunakan adalah seperti di bawah.




                                 
 Jenis ini agak avanced sedikit kerana ianya dapat di gunakan untuk mengesan CTCSS dan lain-lain.

Kedua-dua alat frequency counter ini boleh di beli melalui LAZADA,SHOPE atau lain-lain penjual on line dan harganya berbeza-beza antara satu sama lain, perlu di buat perbandingan harga sebelum membelinya.

Selamat Berkomunikasi di CB FREQUENCY atau CB BAND RADIO, frequency yang di benarkan anda Rakyat Malaysia menggunakannya.



2 comments:

  1. Kalau pakai walkie talkie macam baofeng uv5r tu perlu lesen ke??? Sebab guna untuk family use sahaja dan bawa di luar untuk memudahkan komunikasi antara satu sama lain.

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya menggunakan apa-apa alat perhubungan radio dua hala, semuanya memerlukan lesen dari mcmc tidak kira apa brand radio sekali pun dan adalah menjadi kesalahan menggunakan peralatan perhubungan dua hala tanpa lesen yang sah samada lesen radio amateur atau radio komersial. Melainkan anda menggunakan CB Radio atau PMR radio (446Mhz, 477Mhz dan 27Mhz HF CB) seperti yang di tunjukan dalam Akta Komunikasi 1998 class assignments no. 1 of 2010.

    ReplyDelete