Saturday, 8 December 2018

CB HF DAN CB UHF

Dari pertanyaan yang saya terima, saya dapati masih ramai lagi peminat CB RADIO yang kurang jelas tentang perbezaan di antara CB RADIO High Frequency  (27MHz) dengan CB RADIO UHF Ultra High Frequncy (CB 477MHz dan 446MHz). Sebenarnya yang membezakan kedua-duanya adalah frequency yang di gunakan semasa memancar (transmited) dan menerima (received) audio. Bila di sebut CB Radio kebanyakan penggemar atau pengguna CB Radio sebenarnya faham itu adalah dirujuk kepada CB Radio frequency High Frequency 27MHz (HF)  yang mempunyai 40 Channel (frequency 26.965MHz ke 27.405MHz). UHF CB dengan HF CB Radio tidak boleh berhubung diantara satu sama lain kerana perbezaan frequency walaupun CH adalah sama CH 1 sampai CH 40. Channel yang di tunjukkan oleh 'display'pada  setiap radio mobile atau walkie-talkie itu tidak menunjukan frequency yang digunakan. Ianya hanyalah sebagai penunjuk nama bagi frequency memory CH tersebut.

 Oleh itu hendaklah di pastikan terlebih dahulu apa frequency  yang di programkan pada setiap radio atau transceiver atau walkie-talkie tersebut jika tidak komunikasi dua hala tidak akan berlaku sampai bila-bila. Cara untuk mengetahui frequency yang digunakan oleh radio atau walkie-talkie  jenis yang tidak ada display padanya adalah dengan mengunakan alat 'Frequency Counter'. Dengan menekan PTT (push to Talk) button pada microphone radio atau walkie-talkie, frequency counter dapat membaca apa frequency yang di gunakan. Contoh frequency counter yang boleh di gunakan untuk mengesan frequency yang di gunakan adalah seperti di bawah.




                                 
 Jenis ini agak avanced sedikit kerana ianya dapat di gunakan untuk mengesan CTCSS dan lain-lain.

Kedua-dua alat frequency counter ini boleh di beli melalui LAZADA,SHOPE atau lain-lain penjual on line dan harganya berbeza-beza antara satu sama lain, perlu di buat perbandingan harga sebelum membelinya.

Selamat Berkomunikasi di CB FREQUENCY atau CB BAND RADIO, frequency yang di benarkan anda Rakyat Malaysia menggunakannya.



Tuesday, 13 November 2018

QYT CB-27

Diantara pengeluar peralatan komunikasi radio dua hala yang sangat produktif dalam pengeluaran radio CB  adalah syarikat QIXING ELECTRONICS pengeluar jenama ANYTONE, namun demikian sekarang ini syarikat pengeluar lain pun sudah mula beralih kepada pembuatan CB Radio diantaranya adalah Syarikat QUAN YI Electronics Co. Ltd (QYT), Quanzhou Fujian, China. Salah satu CB Radio keluaran dari kilang ini adalah QYT CB-27. CB Radio bersaiz kecil  123 x 158 x 44cm, besar sedikit dari tapak tangan serta tebal sedikit dari ANYTONE SMART. Mode AM / FM. Power output 4Watt. Antara kelebihan fungsi yang dimiliki oleh QYT CB27 adalah voltage supply yang lebih fleksi 12/24 Volt, fungsi CTCSS dan DCS, ROGER Beep, Dual Watch serta lain-lain fungsi yang ada pada cb radio biasa.



                                          QYT CB-27 sampai kerumah dari SHOPEE....









                  Perbandingan dengan wang RM1.00 besar sedikit berbanding dengan SMART CB.






                                                     

               PCB board QYT CB-27, Power Transistor menggunakan 13N10 power mosfet.




Menggunakan sistem superhetrodyne dual IF, iaitu 10.965Mhz dan 455Khz second IF, bertujuan untuk mengurangkan gangguan pada image frequency serta noise. Berbeza dengan pembuatan radio VHF dan UHF yang kebanyakanya adalah sistem SDR yang ringkas tidak memerlukan sistem IF frequency seolah-olah seperti sistem Tuned Frequency receiver sahaja. Sensitivity QYT CB-27 adalah less than 1microVolt for 10dB. Display boleh di pilih samada untuk menunjuk frequency atau dalam CH (channel). QYT CB-27 seakan sama dengan ANYTONE APOLLO 2, AVANTI, CRT SS-2000, OPTIM VOYAGER, STRYKER SR-94HPC (power output 40Watt) dan TEAM EXPERT 1.

Sepanjang ujian yang saya lakukan, saya amat berpuashati dengan sensitivity yang di hasilkan oleh QYT CB-27 ini. Jarak perhubungan adalah diantara 2km ke 15km.  Bagi anda yang berminat dengan radio cb mode AM/FM, QYT CB-27 adalah yang terbaik serta paling fleksi dari segi harganya. Anda boleh membelinya di LAZADA, SHOPE atau 11 STREET dengan harga yang berbeza-beza, jadi anda perlu buat perbandingan harga sebelum membelinya.


SELAMAT BERKOMUNIKASI DI CITIZEN BAND RADIO, FREQUENCY YANG DIBENARKAN ANDA RAKYAT MALAYSIA MENGGUNAKANYA !.

Wednesday, 31 October 2018

NEW CB RADIO AM/FM DARI CHINA

Lama rasanya tak menulis di blog ini, bukan kerana tiada bahan untuk menulis tetapi oleh kerana kesibukan dengan tugasan harian. Maka untuk kali ini saya akan menulis mengenai cb radio keluaran dari negara china yang berjenama. ANYTONE dari Syarikat pengeluar Qixiang Electron Science Technology Co. (berbagai jenama lagi tapi dari manufacture yang sama). ANYTONE SMART, bersaiz kecil dan kompak sangat sesuai untuk kegunaan backpack, kenderaan kompak seperti myvi, atos dan sebagainya. Mode AM dan FM sahaja. Kuasa keluaran adalah 4 watt untuk kedua-dua mode tersebut. Bersaiz 104 x 109 x 25cm sahaja iaitu sebesar tapak tangan.  Frequency tolerance 0.005%, PLL synthesizer, coiled microphone cord dan mempunyai button UP and DOWN frequency channel. Button untuk EMG CH 9 dan 19. ASQ (Automatic SQuelch control), RF gain control,Key pad lock dan  berat sekitar 421gram. Nama lain bagi SMART CB ini adalah  ALBRECHT AE6110, AVANTI SUPREMO, CRT MILLENIUM dan sebagainya. Receiver circuits adalah superhetrodyne menggunakan dua IF iaitu 10.695Mhz dan 2nd IF 455Khz, untuk menjadikan receiver ini  lebih sensitive dan dapat mengurangkan gangguan noise pada `image frequency`.







Perbandingan saiz transceiver dengan wang Rm1.00


Perbandingan saiz dengan tapak tangan


Pcb board yang kecil dan padat.


Perhatikan saiz microphone dengan body CB SMART !

SMART CB radio ini boleh di `mods` untuk bekerja di 10M band (28.00Mhz - 29.700Mhz)  amateur dengan membuat jumper pada pcb board seperti yang di tunjukkan di bawah ini iaitu dengan membuat sambungan pada OP2.


SMART CB radio ini sangat sensitive iaitu less than 1uVolt for 10dB (S+N). Saya meletakkan signal output dari signal generator untuk CH 1 (26.965Mhz) pada 0.1microvolt dan 1Khz audio modulating, perhatikan bunyi yang di hasilkan pada speaker SMART CB radio !.


                                         

Bagi mereka yang ingin  memiliki SMART CB radio ini, boleh membelinya dari Lazada, 11street atau dari HotDeal Marketing. Harga adalah sekitar Rm350 ke Rm450 bergantung kepada offer yang di tawarkan.

SELAMAT BERKOMUNIKASI DI CB BAND RADIO FREQUENCY YANG DIBENARKAN ANDA RAKYAT MALAYSIA MENGGUNAKANYA.