Saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2020 kepada semua follower's Blog CB RADIO ini, telah hampir 9 tahun saya menulis di blog CB radio bermula pada February 2011. Terima kasih dan syabas di ucapkan kerana masih menjadikan CB RADIO sebagai salah satu pilihan hobi yang sangat istimewa, banyak kenangan atau nostalgia dalam memenuhi hobi radio ini. Untuk membuka tirai tahun baru ini saya ingin menulis mengenai cb radio yang menyentuh soal teknikal, tapi tak lah terlalu mendalam yang sukar difahami, cuma menyangkut soal...
1. Mengenai `symtoms` atau tanda-tanda kerosakan yang cb radio rosak. Bagaimana untuk mengesahkan yang cb radio dah rosak.
2. Peralatan yang sangat di perlukan oleh seorang `Cbers` untuk menyenangkan kerja-kerja instalasi radio cb atau antenna samada pada kenderaan atau homebase.
3. Komponen electronics yang sebaiknya ada dalam simpanan untuk tujuan pembaikan sekiranya CB Radio anda rosak atau tidak berfungsi.
4. Cara menguji RF Power Transistor yang di gunakan di bahagian transmitter output.
Untuk permulaan saya akan bincangkan mengenai 'symtoms' atau tanda-tanda cb radio rosak di bahagian penerima atau receiver atau speaker tidak mengeluarkan apa-apa bunyi atau 'noises'. Namun demikian perlu di ingat, mestilah ada meja khusus untuk tujuan membaiki peralatan transceiver atau cb radio. Kalau tidak akan berlaku kehilangan nut atau skrew cb radio apabila kita 'telah dismentled'.
Antara peralatan yang perlu ada bagi tujuan pembaikan atau 'service' cb radio adalah power supply tambahan iaitu 13.8volt sekurang-kurang 3 ampere atau lebih dan digital multimeter. Perlu diingat membaiki peralatan cb radio atau transceiver bukanlah perkara mudah dan boleh dibuat oleh semua Cber's kerana perlu juga ada pengetahuan mengenai electronics.
Symtoms: CB Radio langsung tidak mengeluarkan bunyi atau 'noise'.
Perkara yang perlu di lakukan: Check fuse di belakang CB radio atau ' 'fuse pada 'power cord' (inline fuse).
In-line fuse di dapati putus, ada beberapa kemungkinan yang berlaku di antaranya, ada wire 'shorted' ke ground atau chasis cb radio.
In-line fuse pada cb radio
In-line fuse.
Diode reverse polarity protector
In-line fuse akan putus (blown) bila ada berlaku shorted circuit atau polarity bateri yang di masukan kepada cb radio terbalik antara negative (-) atau positive (+).
Circuit diagram in-line fuse dan diode protector pada cb radio.
Diode protector (reverse polarity) akan blown atau putus sekiranya berlaku shorted pada diode atau sebagainya.
1.2 Ada terdapat juga cb radio yang perlukan microphone disambung pada radio, barulah speaker berfungsi seperti biasa.
1.3 Tentukan yang power supply 13.8V telah di sambungkan pada cb radio.
2.0 Transmitter tidak boleh memancar walaupun PTT pada microphone di tekan
- Check microphone cable samada putus atau sebagainya, PTT switch juga boleh rosak dan menyebabkan transmitter tidak boleh memancar.
- Setengah cb radio ada switch CB/PA, check kedudukan switch pada CB Radio.
3.0 Inline fuse blows bila ptt microphone di tekan.
- Ada shorted pada cb radio, antenna shorted (boleh menyebabkan final transistor terbakar).
- Final rf power transistor terbakar (berlaku bila ptt microphone di tekan, sedangkan antenna tidak dipasang pada cb radio).
4.0 Jarak perhubungan cuma sekitar setengah batu sahaja.
- Antenna perlu di laraskan berpandukan swr meter (antenna tidak matching).
- Microphone tidak dalam keadaan maksimum gain.
- Final transistor telah terbakar, rf signal yang keluar sudah berkurang.
5.0 Peralatan yang perlu ada pada CBer's sekurang-kurangnya adalah,
- SWR meter, Multimeter untuk testing, soldering iron dan sucker,
SWR meter khas untuk CB radio sahaja
6.0 Antara komponen electronics yang diperlukan sekiranya boleh di beli antaranya adalah rf power transistor seperti 2SC2092, 2SC2078, 2SC1969(dah susah untuk dapatkan), 2SC2166, 2SC1973, 2SC1306, 2SC2029, 2SC2075, 2SC2312 (untuk output power sekitar 15watt max),2SD837, 2SD325 (dc modulator) dan sebagainya.
SELAMAT BERKOMUNIKASI DI CB BAND RADIO, FREQUENCY YANG DIBENARKAN ANDA RAKYAT MALAYSIA MENGGUNAKANYA.
Asalam tuan, Ingin mencari CB radio yg harga berpatutan, kalu mencari yg secondhand dimana?
ReplyDeleteSalam, anda boleh search cb secondhand di mudah, atau Fb group cb dan sebagainya, sekiranya bernasib baik akan ada yang menjualnya. Untuk CB Radio yang baru anda boleh beli di shoppe, lazada dan sebagainya, harga sekitar RM300 ke RM500 untuk AM FM mode dan sekitar RM850.00 untuk Texas Ranger TR959 mode AM SSB (no FM).
ReplyDelete