Kebanyakan pengguna CB Radio sangat kecewa kerana rf power output bagi pemancar CB Radio mereka hanya dibenarkan setakat 4 ke 5 watt atau 12watt pep sahaja. Ada di antara CBer begitu teruja untuk memasang 'kasut' (PA), Diantara kasut yang dijual itu adalah BAOJIE BJ-200 atau KL-200, di 'claim' dapat menguatkan rf sehingga 50watt ke 200watt dengan input power sekitar 3 ke 4 watt. Namun demikian perlulah kita ketahui bahawa rf pa untuk cb radio keseluruhan bahagian output tidak mempunyai sebarang lowpass filter. Ini boleh menyebabkan berlakunya penyebaran gelombang harmonics kerana PA ini adalah broadband rf pa (10Mhz ke 30Mhz). Contoh circuits diagram PA KL-203 untuk rf output sekitar 200Watt.
BAO JIE BJ200 (50W)
Perhatikan bahagian output PA itu terus disambung kepada output relay dan output socket tanpa terlebih dahulu disambungkan ke lowpass filter. BaoJie BJ-200 juga menggunakan layout yang sama seperti layout KL-203 dimana tidak dipasangkan sebarang lowpass filter sebelum di sambung ke socket antenna. Lowpass filter boleh menghalang pengeluaran gelombang harmonic 2nd, 3rd harmonics atau 4th (27mhz x2=54mhz atau 3rd =81mhz atau 4th harmonics di 108mhz), Kita perhatikan sekiranya harmonics yang dihasilkan pada 108Mhz dan power outputnya tinggi , maka ini akan mengganggu frequency 108mhz yang mungkin ada penyiaran radio broadcast di frequency ini!. Jadi langkah yang terbaik sekiranya ingin menggunakan 'kasut' maka perlulah memasang lowpass filter sebelum di sambung kepada antenna. Circuits lowpass filter adalah seperti di bawah.
Untuk CB Band boleh dibuat sebagai 'aircore' seperti dibawah.
Bagi sesiapa yang bercadang untuk menggunakan kasut pada cb radio mereka maka bolehlah mencari copper wire size mengikut power output bagi kasut tersebut, seperti saiz 18swg adalah untuk output sekitar 300watt.
Lowpass filter bagi RF PA 1Kw, allband (amateur) allmode.
Selamat Berkomunikasi di CB Band Radio, frequency yang dibenarkan anda rakyat Malaysia menggunakannya.
No comments:
Post a Comment