Saturday, 3 October 2020

CB POWER AMPLIFIER BaoJie BJ-200

 Kebanyakan pengguna CB Radio sangat kecewa kerana rf power output bagi pemancar CB Radio mereka hanya dibenarkan setakat 4 ke 5 watt atau 12watt pep sahaja. Ada  di antara CBer begitu teruja untuk memasang 'kasut' (PA), Diantara kasut yang dijual itu adalah BAOJIE BJ-200 atau KL-200, di 'claim' dapat menguatkan rf sehingga 50watt ke 200watt dengan input power sekitar 3 ke 4 watt. Namun demikian perlulah kita ketahui bahawa rf pa untuk cb radio keseluruhan bahagian output tidak mempunyai sebarang lowpass filter. Ini boleh menyebabkan berlakunya penyebaran gelombang harmonics kerana PA ini adalah broadband rf pa (10Mhz ke 30Mhz). Contoh circuits diagram PA KL-203 untuk rf output sekitar 200Watt.




                                                           BAO JIE BJ200 (50W)



Perhatikan bahagian output PA itu terus disambung kepada output relay dan output socket tanpa terlebih dahulu disambungkan ke lowpass filter. BaoJie BJ-200 juga menggunakan layout yang sama seperti layout KL-203 dimana tidak dipasangkan sebarang lowpass filter sebelum di sambung ke socket antenna. Lowpass filter boleh menghalang pengeluaran gelombang harmonic 2nd, 3rd harmonics atau 4th (27mhz x2=54mhz atau 3rd =81mhz atau 4th harmonics di 108mhz), Kita perhatikan sekiranya harmonics yang dihasilkan pada 108Mhz dan power outputnya tinggi , maka ini akan mengganggu frequency 108mhz yang mungkin ada penyiaran radio broadcast di frequency ini!. Jadi langkah yang terbaik sekiranya ingin menggunakan 'kasut' maka perlulah memasang lowpass filter sebelum di sambung kepada antenna. Circuits lowpass filter adalah seperti di bawah.




Untuk CB Band boleh dibuat sebagai 'aircore' seperti dibawah.


Bagi sesiapa yang bercadang untuk menggunakan kasut pada cb radio mereka maka bolehlah mencari copper wire size mengikut power output bagi kasut tersebut, seperti saiz 18swg adalah untuk output sekitar 300watt.



                                 Lowpass filter bagi RF PA 1Kw, allband (amateur) allmode.


Selamat Berkomunikasi di CB Band Radio, frequency yang dibenarkan anda rakyat Malaysia menggunakannya.


Thursday, 4 June 2020

PEMBERITAHUAN DARI SKMM (MCMC) PRS 477MHz

Pihak MCMC telah mengeluarkan notis atau pemberitahuan mengenai penggunaan peralatan Radio Peribadi atau Personal Radio Service Devices UHF CB 477Mhz, akan di BATALKAN  berkuatkuasa pada 1 Jan 2021. Harap Maklum !. Anda masih boleh menggunakan UHF CB 446MHz sebanyak (24CH) iaitu  8CH untuk analoq dan 16 CH untuk Digital.

Friday, 24 April 2020

ANYTONE AT-708 CB TRANSCEIVER

Untuk kali ini saya ingin memperkenalkan satu lagi CB RADIO mode AM FM  keluaran Qixiang Electron Science & Technology Co. Ltd, China. Model ini sebenarnya adalah bersamaan dengan model keluaran syarikat Midland Europe iaitu Midland Alan 78 plus, Midland Alan 78 plus multi dan Midland Alan 78 PRO. Juga di jual dengan jenama lain iaitu  Storm Matrix, Soontone ST-708,  Voyager VR-78 Plus dan Maxlog ML-78 Plus. Model ini di keluarkan dalam 2 versi iaitu export model dan  multi-com model untuk kegunaan negara Eropah seperti UK, German dan sebagainya. Untuk export model  Model AT-708 ada sedikit kelebihan dimana frequency boleh diubah untuk di gunakan pada 10m Amateur Band dan power output sekitar 8watt. Manakala model Multi-com lebih kepada specification negara eropah berkaitan mode dan frequency.

Spesifikasi yang dikeluarkan oleh manufacturer adalah:

Channel: 40CH,  Frequency range: 26.965Mhz- 27.405Mhz, Export ; 25.615Mhz -30.125Mhz (400CH). Size; 180mm (L) x 35mm (H) x 140mm (W). Dual conversion superhet, intermediate IF:10.695 dan 455khz. Sensitivity: 0.5microVolt for 20dB SINAD. Standby current sekitar 250mA. Untuk Transmitter: AM + FM 4Watt @13.2volt DC (untuk export model 8watt). Current drain tanpa modulation adalah sekitar 1100mA.
Package mengandungi : cb radio, microphone dan user manual.











                            Saiz berbanding dengan wang RM1.00




                             Bentuk microphone yang di sediakan.

                       Saiz berbanding dengan Quad Bander Yaesu FT-8900R






                                                            
                                           PCB Board

                               Modulation transformer untuk AM mode
   
RF Driver menggunakan transistor 2SC2314 dan RF Final  2SC2166 atau 2SC2078.


                                  Lowpass Filter untuk RF output.  
                           
Anytone AT-708 boleh di beli melalui on-line shoppe atau lazada  berharga sekitar RM450 - RM500. 

Bersambung dengan ujian pemancaran dan perhubungan........

Selamat Berkomunikasi di CB Band  Radio, frequency yang dibenarkan anda rakyat Malaysia menggunakannya.

Friday, 17 January 2020

TAHUN 2020

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2020 kepada semua follower's Blog CB RADIO ini, telah hampir 9 tahun saya menulis di blog CB radio bermula pada February 2011. Terima kasih dan syabas di ucapkan kerana masih menjadikan CB RADIO sebagai salah satu pilihan hobi yang sangat istimewa, banyak kenangan  atau nostalgia  dalam memenuhi hobi radio ini. Untuk membuka tirai tahun baru ini saya ingin menulis mengenai  cb radio yang menyentuh soal teknikal, tapi tak lah terlalu mendalam yang sukar difahami, cuma menyangkut soal...

1. Mengenai `symtoms`  atau tanda-tanda kerosakan yang cb radio rosak. Bagaimana untuk mengesahkan yang cb radio dah rosak.

2. Peralatan yang sangat di perlukan oleh seorang `Cbers` untuk menyenangkan kerja-kerja instalasi radio cb atau antenna samada pada kenderaan atau homebase.

3. Komponen electronics yang sebaiknya ada dalam simpanan untuk tujuan pembaikan sekiranya CB Radio anda rosak atau tidak berfungsi.

4. Cara menguji RF Power Transistor yang di gunakan di bahagian transmitter output.

Untuk permulaan saya akan bincangkan mengenai 'symtoms' atau tanda-tanda  cb radio rosak di bahagian penerima atau receiver atau speaker tidak mengeluarkan apa-apa bunyi atau 'noises'. Namun demikian perlu di ingat,  mestilah ada meja khusus untuk tujuan membaiki peralatan transceiver atau cb radio. Kalau tidak akan berlaku kehilangan nut atau skrew cb radio apabila kita 'telah dismentled'. 

Antara peralatan yang perlu ada bagi tujuan pembaikan atau 'service' cb radio adalah power supply tambahan iaitu 13.8volt sekurang-kurang 3 ampere atau lebih dan digital multimeter. Perlu diingat membaiki peralatan cb radio atau transceiver bukanlah perkara mudah dan boleh dibuat oleh semua Cber's kerana perlu juga ada pengetahuan mengenai electronics.

Symtoms: CB Radio langsung tidak mengeluarkan bunyi atau 'noise'.

Perkara yang perlu di lakukan: Check fuse di belakang CB radio atau ' 'fuse pada 'power cord'  (inline fuse).

In-line fuse di dapati putus, ada beberapa kemungkinan yang berlaku di antaranya, ada wire 'shorted'  ke ground atau chasis cb radio.



                                         In-line fuse pada cb radio



                                                     In-line fuse.



                                  Diode reverse polarity protector






In-line fuse akan putus (blown) bila  ada berlaku shorted circuit atau polarity bateri yang di masukan kepada cb radio terbalik antara negative (-) atau positive (+).


Circuit diagram in-line fuse dan diode protector pada cb radio.

Diode protector (reverse polarity) akan blown atau putus sekiranya berlaku shorted pada diode atau sebagainya.

1.2 Ada terdapat  juga cb radio yang perlukan microphone disambung pada radio, barulah speaker berfungsi seperti biasa.

1.3 Tentukan yang power supply 13.8V telah di sambungkan pada cb radio.

2.0 Transmitter tidak boleh memancar walaupun PTT pada microphone di tekan

- Check microphone cable samada putus atau sebagainya, PTT switch juga boleh rosak dan menyebabkan transmitter tidak boleh memancar.
- Setengah cb radio ada switch  CB/PA, check kedudukan switch pada CB Radio.

3.0 Inline fuse blows bila ptt microphone di tekan.

- Ada shorted pada cb radio, antenna shorted (boleh menyebabkan final transistor terbakar).
- Final rf power transistor terbakar (berlaku bila ptt microphone di tekan, sedangkan antenna tidak dipasang pada cb radio).

4.0  Jarak perhubungan cuma sekitar setengah batu sahaja.

- Antenna perlu di laraskan berpandukan swr meter (antenna tidak matching).
- Microphone tidak dalam keadaan maksimum gain.
- Final transistor telah terbakar, rf signal yang keluar sudah berkurang.

5.0 Peralatan yang perlu ada pada CBer's sekurang-kurangnya adalah,
- SWR meter, Multimeter untuk testing, soldering iron dan sucker, 



                                    
                                SWR meter khas untuk CB radio sahaja

6.0 Antara komponen electronics yang diperlukan sekiranya boleh di beli antaranya adalah rf power transistor seperti 2SC2092, 2SC2078, 2SC1969(dah susah untuk dapatkan), 2SC2166, 2SC1973, 2SC1306, 2SC2029, 2SC2075, 2SC2312 (untuk output power sekitar 15watt max),2SD837, 2SD325 (dc modulator) dan sebagainya.

SELAMAT BERKOMUNIKASI DI CB BAND RADIO, FREQUENCY YANG DIBENARKAN ANDA RAKYAT MALAYSIA MENGGUNAKANYA.