CB RADIO DI MALAYSIA


CB RADIO DI MALAYSIA

CB Radio atau CITIZEN BAND radio sangat popular di Amerika sekitar tahun 70an. Kemudian penggunaanya merebak ke negara-negara lain seperti Britain, Australia, New Zealand serta lain-lain negara. Kebanyakan negara di seluruh dunia sekarang ini, sudah tidak memerlukan personal lesen atau lesen CB Radio untuk menggunakan CB Radio, tidak sebagaimana penggunaan Radio Amateur yang memerlukan AA (lesen Pengendalian Radio Amateur) dimana pemiliknya perlu lulus ujian atau peperiksaan Radio Amateur. USA menggugurkan keperluan lesen CB Radio sekitar tahun 1982 di ikuti negara Australia termasuk UK pada tahun 2006 serta lain-lain negara eropah. Penggunaan CB Radio di Malaysia tidak begitu ketara kerana di Malaysia pada masa lalu sangat-sangat ketat peraturan mengenai pengunaan gelombang radio dan CB radio mulai sah di gunakan di Malaysia bilamana pihak MCMC (Malaysia Communication and Multimedia Comission) atau SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia) mengeluarkan notis pengumuman PENGUNTUKAN KELAS pada April 2000 dan di tambah beberapa frequency baru pada 1 APRIL 2010 ( Class Assignments no. 1 of 2010). Penggunaan CB radio di Malaysia TIDAK DI KENAKAN APA-APA BAYARAN atau MEMERLUKAN LESEN PERIBADI (AA) seperti RADIO AMATEUR selagi penggunaanya mengikut peraturan-peraturan yang di sebutkan didalam PENGUMUMAN PENGUNTUKAN KELAS,. Jadual ke lima adalah penerangan untuk CB RADIO atau PERSONEL RADIO SERVICES. CITIZEN BAND RADIO (CB Radio) atau Personal Radio Service (PRS) yang di benarkan untuk di gunakan tanpa lesen di Malaysia mestilah menggunakan frequency berikut: 1. 26.965 Mhz to 27.405 Mhz multimode 4 Watt AM/FM 12 Watt pep SSB (HF 40 Channel) 2. 477.0125 Mhz to 477.4875 Mhz FM mode 5 Watt (UHF 39 Channel) 3. 477.525 Mhz to 477.9875 Mhz FM mode 0.5 Watt (UHF 39 Channel) (Akan Di BATALkan penggunaanya mulai 1 Jan 2021 )4. PMR 446.00625 Mhz to 446.09375 Mhz FM mode 0.5Watt (8 Channel) 5. Digital PMR 446.103125 Mhz to 446.196875 Mhz Digital FM mode 0.5 Watt (16 Channel). Jadi disini menunjukkan sekarang ini orang ramai tidak dihalang untuk menggunakan peralatan radio comumunications tanpa perlu mendapatkan lesen peribadi selagi penggunaannya mengikut terma dan syarat MCMC (SKMM), kerana ianya tidak perlu menduduki apa-apa peperiksaan seperti Radio Amateur atau Ham Radio. Anda boleh menubuhkan group atau KELAB CB RADIO dikalangan rakan-rakan anda dan memilih senarai frquency mana yang anda ingin gunakan, samada CB HF 27 Mhz atau UHF CB FM 477 Mhz atau PMR 446 Mhz atau kesemua frequency yang di benarkan dengan membeli transceiver atau walkie-talkie untuk HF 27Mhz CB dan UHF 446Mhz atau 477Mhz. Sesungguhnya hobi di bidang radio ini mempunyai keseronokan tersendiri yang tidak ditemui dalam hobi yang lain, kenapa anda tidak ceburi dan rasai sendiri keseronokan bersembang dengan rakan-rakan yang anda kenali atau baru ingin mengenalinya melalui udara tanpa memikirkan bil yang harus dibayar seperti penggunaan talipon bimbit.!!!. Melakukan eksperimen atau membuat sendiri CB antenna, power supply atau melakukan DXing dengan berkumpul sesama rakan CBer. Jarak perhubungan purata CB radio adalah di antara 2km hingga 18km dimana dalam masa-masa tertentu boleh mencapai sehingga ribuan km sekiranya anda menggunakan HF CB 27Mhz mode SSB (USB atau LSB) !!!.

CB RADIO ADALAH UNTUK KEGUNAAN SEMUA RAKYAT DI MALAYSIA. TANPA PERLU MEMBAYAR SEBARANG LESEN PERIBADI ATAU MENGAMBIL SEBARANG PEPERIKSAAN !. TUNGGU APALAGI BELILAH CB TRANSCEIVER DAN MULAI `ON AIR`Yang perlu cuma anda membeli sebuah CB Transceiver, power supply dan antenna atau Mobile CB antenna (untuk kegunaan pada kereta, lori, caravan atau bas). Anda boleh membeli CB Transceiver samada melalui on-line seperti melalui Ebay, Mudah.my, Lelong.my atau AliBaba.com atau kedai yang menjual Radio Transceiver samada di Jalan Pasar KL atau Low Yatt Pudu Kl. Tak kira anda siapa, peguam, jurutera, pemandu bas, pemandu trailer kontena, pemandu teksi, guru atau sebagainya yang penting anda sukakan hobi perhubungan radio maka cb radio ni sangat berguna untuk anda gunakan semasa dalam perjalanan, semasa berkonvoi, semasa kecemasan atau hanya untuk sembang-sembang. PERINGATAN ! Adalah menjadi kesalahan disisi undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), menggunakan sebarang peralatan komunikasi dua hala selain dari CB RADIO atau PMR di dalam kenderaan atau sebagainya tanpa memiliki lesen (AA) yang sah, jadi satu-satunya alat komunikasi dua hala yang tidak memerlukan lesen untuk digunakan adalah CB RADIO atau PRS RADIO.

Anda boleh mula 'on air' dengan monitor di CH 11 (Calling Channel 27.085 MHZ) atau CH 30(27.305 MHZ) !. Semoga kita bertemu di udara di CH 11 atau CH 30 atau dimana-mana CH yang dibenarkan (40CH). Yang perlu anda ketahui MCMC menetapkan CH 9 (27.065 MHZ) adalah untuk tujuan KECEMASAN (CH EMERGENCY) dan CH 11 (27.085 MHZ) adalah CH PANGGILAN (CH CALLING). CH 1: 26.965 MHZ CH 2: 26.975 MHZ CH 3: 26.985 MHZ CH 4: 27.005MHZ CH 5 : 27.015 MHZ CH 6: 27.025 MHZ CH 7: 27.035 MHZ CH 8: 27.055 MHZ CH 9: 27.065 MHZ (EMERGENCY) CH 10: 27.075 MHZ CH 11: 27.085 MHZ (CALLING) CH 12: 27.105 MHz CH 13: 27.115 MHZ CH 14: 27.125 MHZ CH 15: 27.135 MHZ CH 16: 27.155 MHZ CH 17: 27.165 MHZ CH 18: 27.175 MHZ CH 19: 27.185 MHZ CH 20: 27.205 MHZ CH 21: 27.215 MHZ CH 22: 27.225 MHZ CH 23: 27.255 MHZ CH 24: 27.235 MHZ CH 25: 27.245 MHZ CH 26: 27.265 MHZ CH 27: 27.275 MHZ CH 28: 27.285 MHZ CH 29: 27.295 MHZ CH 30: 27.305 MHZ (Indonesian CBer`s Active) CH 31: 27.315 MHZ CH 32: 27.325 MHZ CH 33: 27.335 MHZ CH 34: 27.345 MHZ CH 35: 27.355MHZ CH 36: 27.365 MHZ CH 37: 27.375 MHZ CH 38: 27.385 MHZ CH 39: 27.395 MHZ CH 40: 27.405 MHZ.

CALLING CHANNEL UNTUK GROUP 113 DTR ADALAH CH 14 AM CALLING, CH 20 FM CALLING DAN CH 22 SSB CALLING. (113DTR xxx). http://113dtr.blogspot.com/

Bagi mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, Gombak dan sekitarnya boleh membuat pangilan di CH 14 AM CALLING (27.125Mhz) CH 20 FM CALLING (27.205Mhz) dan CH 22 USB CALLING (27.225MHz). Untuk UHF CB CH 19 477.23755Mhz, CH 30 477.375Mhz FM MODE sahaja.

Unofficial International Calling Frequency adalah 27.555MHZ, anda boleh cuba memanggil international CBer station di Frquency ini.

Pengguna CB Radio selalu menggunakan 10 CODE untuk meringkaskan perbualan mereka di radio diantara CODE yang selalu di gunakan di CB Radio adalah;
  • 10-1: Receiving Poorly
  • 10-2: Receiving well
  • 10-3: Stop transmitting
  • 10-4: Ok, message received
  • 10-5: Relay message
  • 10-6: Busy, stand by
  • 10-7: Out of service
  • 10-8: In service
  • 10-9: Repeat Message
  • 10-10: Transmission completed, standing by
  • 10-11: Talking too rapidly
  • 10-12: Visitors present ... Shhhh!
  • 10-13: Advise weather/road conditions
  • 10-17: Urgent Business
  • 10-20: Location
  • 10-34: Trouble at this station, help needed
  • 10-42: Traffic accident
  • 10-43: Traffic jam
  • 10-70: Fire at truck stop
  • 10-73: Speed trap
  • 10-99: Mission completed, all units secure
  • 10-100: Emergency operation on Channel
  • PERINGATAN PENTING: Bagi peminat radio cb atau sebarang radio dua hala, sekiranya anda berhajat untuk melancong ke negara Thailand anda di nasihatkan untuk tidak membawa serta menggunakan sebarang peralatan Radio dua hala atau Walkie -Talkie, Transceiver atau Mobile radio, Sekiranya anda tidak memiliki sebarang lesen radio samada lesen Radio Amateur atau lesen Radio Komersial kerana bagi negara Thailand adalah menjadi kesalahan mandatori memiliki peralatan radio perhubungan dua hala tanpa lesen yang sah. Anda boleh di tuduh sebagai pengintip dan menggugat keselamatan negara Thailand. Anda boleh dipenjara 7 tahun atau denda sekitar RM51,000.00(bukan warga Thailand). Jadi berhati-hatilah dengan undang-undang perhubungan radio di setiap negara.

  • Satu lagi perkara yang perlu di ambil perhatian adalah kebanyakan CB RADIO perlu di sambungkan microphone pada microphone connector barulah speaker nya mengeluarkan bunyi, kalau tidak speaker CB radio langsung tidak mengeluarkan bunyi.. Seolah-olah rosak. !! JANGAN SAMPAI TERTIPU !!!
LINK MCMC MENGENAI CB RADIO ATAU PRS RADIO.

Sunday 27 February 2011

CB RADIO DI MALAYSIA

Hobi dalam bidang radio komunikasi ini timbul dihati saya bilamana Radio dan Televisyen Malaysia menyiarkan drama TV berjudul 'BJ And The Bear' sekitar tahun 1970an, masa itu saya masih di bangku sekolah rendah. Sejak itu pantang ada cerita di TV menggenai penggunaan Radio 'Walkie-Talkie', saya tidak akan ketinggalan mengikutinya. Bilamana saya mulai masuk ketingkatan 4 Sekolah Menengah aliran sains di bandar, saya mulai mencari buku-buku berkenaan dengan projek pemancar radio, maka secara tak langsung jadilah saya sebagai pelanggan tetap majalah PW (practical Wireless). Dari situlah bermulanya hobi berkenaan elektronik dan perhubungan radio ini, terus terang saya katakan saya mengenali HAM RADIO melalui CB Radio, pembacaan majalah berkenaan radio seperti Practical Wireless, Practical Electronics, Transmitters Design dan berbagai lagi. Pada tahun 1983 saya cuba mengambil peperiksaan RAE, AlhamduliLLAH lulus, tahun berikutnya saya cuba mengambil peperiksaan CW tapi malang tak lulus. Maka jadilah saya Cber,  sehinggalah tahun 1997 lesen Ham Radio kelas B diperkenalkan.

CITIZEN BAND RADIO mulai sah digunakan Di Malaysia bilamana pihak MCMC atau Malaysia Communication and Multimedia
Commission atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengeluarkan  notis pemberitahuan mengenainya pada 1 April 2000. Kemudian di tambah beberapa jalur frekuensi pada 1November 2004, Pengguntukan Kelas PUB416 Jilid 48,No.22, tambahan 69(B) di keluarkan dan secara otomatik membatalkan Penguntukan Kelas P.U.(B) 109 yang di keluarkan pada 1 April 2000.
Di dalam pemberitahuan itu Citizen Band Radio di namakan Perhidmatan Radio Peribadi atau  Personal Radio Service.
Link:http://www.skmm.gov.my/link_file/registers/cma/ClassAssignment/pdf/CA_01_April_2010.pdf.
   
Jalur Frekuensi adalah seperti berikut :
                      
a. HF CB 26.9650MHZ hingga 27.4050MHZ (40 Channel) 4Watt AM-FM 12 Watt pep SSB
b. UHF CB 477.0125MHZ hingga 477.4875 MHZ (40 Channel 5Watt FM-PM)
c. UHF CB 477.5250MHZ hingga 477.9875MHZ (40 Channel 0.5Watt FM-PM)
d. UHF PMR 446 MHZ 446.00625 Mhz hingga 446.09375 Mhz (8 Channel for analog)
    UHF 446.103125 Mhz hingga 446.196875 Mhz (16 Channel Digital)


                             
               
                               Video Clip:  Smokey and the Bandit

Penggunaan CB Radio di Malaysia tidak memerlukan lesen selagi penggunaannya mengikut syarat penguntukan kelas pemberitahuan oleh MCMC (SKMM).
 
Diantara drama-drama TV atau Filem yang menggunakan peralatan CB Radio didalamnya adalah:

1. B.J And The Bear (1979-1981) kalau tak silap kat RTM 1
2. Hardy Boys And Nancy Drew Mysteries (1977-1979) RTM 1
3. Smokey and The Bandit (movie 1977)
4. Smokey an  The Bandit 2 (1980)
5. Smokey and The Bandit 3 (1983)
6. Convoy (1978)
7. Breakdown (1997)
8. Joy Ride (2001)
9. The Dukes Of Hazard
10. Joy Ride 2 (2008)
11. Twister (1996)
12. Black Dog (1998)
13. Death Race

Tentu diantara anda yang ada menyimpan VHS atau Cd untuk filem-filem diatas, seronok rasanya kalau saya dapat menyimpan koleksi filem-filem ini.
Dibawah ini saya perturunkan bebrapa klip dari filem-filem diatas yang dicari dari 'you tube' untuk mengembalikan nostalgia anda semua kepada CB Radio.



Filem Convoy ini keluaran tahun 1978 di arah oleh Sam Peckinpah lakunan oleh Kris Kristofferson, Ali MacGraw, Ernest Borgnine dan Burt Young.


Filem Joy Ride atau Roadkill keluaran tahun 2001 di lakunkan oleh Paul Walker,Leel Sobieski dan Steve Zanh

Filem JOY RIDE 2 keluaran tahun 2008 di kelasifikasikan sebagai filem thriller. Lakunan Mark Gibbon, Nicki Aycox, Nick Zano, Kyle Schmid dan Laura Jordan.

16 comments:

  1. Love your Blog on CB Radios for newbies... Keep up the good work... Cheers 73... Rodney 9W2YJ www.donnyyeo.com

    ReplyDelete
  2. 1)Askm macammana saya nak gunakan SSB tu untuk capai ribuan km
    2)calling Channel 11 dan 30 tu brapa mhz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara asni. SSB signal yang di keluarkan oleh cb transceiver tu lebih sikit power ouputnya sekita 12watt pep dalam bentuk narrow bandwidth, jadi jarak jangkauan agak jauh sedikit berbanding dengan AM mode, itu lah kelebihan mode SSB.

      Calling Channel yang di sarankan MCMC adalah CH 11: 27.085MHZ dan CH 30 adalah 27.305MHZ.

      Delete
  3. Salam buat Nik Remeli, saya baru juga terlihat blog anda dan mulai meminati CB radio ini. Diharap blog ini terus memberi maklumat kepada newbie seperti saya. Saya akan terus setia menanti update blog anda. Thanks!

    ReplyDelete
  4. OK vincent thank kerana melawat blog saya. teruskan minat anda dan yang penting belilah sebuah cb transceiver multimode seperti ranger rci 2950 ke, magnum 257 ke atau sekurang-kurangnya ada mode SSB, baru seronok berhubung dengan dunia luar.

    ReplyDelete
  5. Saya berminat juga CB ini. Tapi di mana kedai/kedai online di Malaysia ada menjual radio CB? Apa jenis CB yang dibenarkan oleh SKMM yang tidak memerlukan AP dari SIRIM/QAS? Seseorang mengimport CB radio dari USA/luar negara yang menepati spesifikisi peraturan SKMM. Adakah AP (Approval Permit) dari SIRIM QAS diperlukan juga? Terima kasih. Siera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuan,
      Bagaimana dengan Import permit jika beli dari luar negara?
      Pengalaman saya untuk membawa masuk walkie-talkie range 400-470MHz yang telah preset 446MHz pun satu penyeksaan.
      SIRIM pening, SKMM tak amik peduli dan sering outdate...
      Adakah dengan "duit kopi" je boleh selesai. Sungguh tidak beriman dengan rasuah berleluasa.

      Delete
  6. I would like to join the CD Malaysia. How are do go about it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok anda boleh search di mudah.com atau youry marketing atau memalui ebay atau order terus dari pengeluar cb di negara China. Belilah yang multimode iaitu ada am,fm dan SSB baru seronok untuk Dxing (berhubung dengan station yang jauh).

      Delete
    2. bos kalau boleh dapat radio CB murah bgtau kawan, 113MB878

      Delete
  7. Habis la aku punya kg-uv8d di ambik dek anak aku bau kedai tak hilang lagi lepas tu mintak pulak e mail Pok Nik, nak callsing la tu. Nasib baik kg-uv950p tu melekat kat kereta. Huhhh . Pok Nik blog ni kena aktiv.113 DTR 040 73.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tok Wan tak pe bagi jer biar ada pengalaman gunak cb radio sebelum menjadi radio amateur operator....

      pok nik 113 DTR 010

      Delete
  8. Assalam tuan nik remeli..sy nk tanya kt kedai mane yg ade jual cb radio tu?sy berminat..sy nk belajar dri tuan.

    ReplyDelete
  9. Assalam tuan nik remeli..sy nk tanya kt kedai mane yg ade jual cb radio tu?sy berminat..sy nk belajar dri tuan.

    ReplyDelete
  10. saya baru nak berjinak2 dalam bidang radio ne....selalunya frequency radio baofeng UV-5R ada 6 digit. tapi CB radio ada sampai 8 digit.. radio uv5r ne boleh join cb radio 8 digit tu?

    ReplyDelete
  11. Lucky you :)
    In Poland we have much less.
    Cb at 27Mhz 40 channels am-fm 4W SSB 12W
    And 16 channels of PMR at 466MHz with 0.5w and permanentny assemblera antena.

    ReplyDelete