CB RADIO DI MALAYSIA


CB RADIO DI MALAYSIA

CB Radio atau CITIZEN BAND radio sangat popular di Amerika sekitar tahun 70an. Kemudian penggunaanya merebak ke negara-negara lain seperti Britain, Australia, New Zealand serta lain-lain negara. Kebanyakan negara di seluruh dunia sekarang ini, sudah tidak memerlukan personal lesen atau lesen CB Radio untuk menggunakan CB Radio, tidak sebagaimana penggunaan Radio Amateur yang memerlukan AA (lesen Pengendalian Radio Amateur) dimana pemiliknya perlu lulus ujian atau peperiksaan Radio Amateur. USA menggugurkan keperluan lesen CB Radio sekitar tahun 1982 di ikuti negara Australia termasuk UK pada tahun 2006 serta lain-lain negara eropah. Penggunaan CB Radio di Malaysia tidak begitu ketara kerana di Malaysia pada masa lalu sangat-sangat ketat peraturan mengenai pengunaan gelombang radio dan CB radio mulai sah di gunakan di Malaysia bilamana pihak MCMC (Malaysia Communication and Multimedia Comission) atau SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia) mengeluarkan notis pengumuman PENGUNTUKAN KELAS pada April 2000 dan di tambah beberapa frequency baru pada 1 APRIL 2010 ( Class Assignments no. 1 of 2010). Penggunaan CB radio di Malaysia TIDAK DI KENAKAN APA-APA BAYARAN atau MEMERLUKAN LESEN PERIBADI (AA) seperti RADIO AMATEUR selagi penggunaanya mengikut peraturan-peraturan yang di sebutkan didalam PENGUMUMAN PENGUNTUKAN KELAS,. Jadual ke lima adalah penerangan untuk CB RADIO atau PERSONEL RADIO SERVICES. CITIZEN BAND RADIO (CB Radio) atau Personal Radio Service (PRS) yang di benarkan untuk di gunakan tanpa lesen di Malaysia mestilah menggunakan frequency berikut: 1. 26.965 Mhz to 27.405 Mhz multimode 4 Watt AM/FM 12 Watt pep SSB (HF 40 Channel) 2. 477.0125 Mhz to 477.4875 Mhz FM mode 5 Watt (UHF 39 Channel) 3. 477.525 Mhz to 477.9875 Mhz FM mode 0.5 Watt (UHF 39 Channel) (Akan Di BATALkan penggunaanya mulai 1 Jan 2021 )4. PMR 446.00625 Mhz to 446.09375 Mhz FM mode 0.5Watt (8 Channel) 5. Digital PMR 446.103125 Mhz to 446.196875 Mhz Digital FM mode 0.5 Watt (16 Channel). Jadi disini menunjukkan sekarang ini orang ramai tidak dihalang untuk menggunakan peralatan radio comumunications tanpa perlu mendapatkan lesen peribadi selagi penggunaannya mengikut terma dan syarat MCMC (SKMM), kerana ianya tidak perlu menduduki apa-apa peperiksaan seperti Radio Amateur atau Ham Radio. Anda boleh menubuhkan group atau KELAB CB RADIO dikalangan rakan-rakan anda dan memilih senarai frquency mana yang anda ingin gunakan, samada CB HF 27 Mhz atau UHF CB FM 477 Mhz atau PMR 446 Mhz atau kesemua frequency yang di benarkan dengan membeli transceiver atau walkie-talkie untuk HF 27Mhz CB dan UHF 446Mhz atau 477Mhz. Sesungguhnya hobi di bidang radio ini mempunyai keseronokan tersendiri yang tidak ditemui dalam hobi yang lain, kenapa anda tidak ceburi dan rasai sendiri keseronokan bersembang dengan rakan-rakan yang anda kenali atau baru ingin mengenalinya melalui udara tanpa memikirkan bil yang harus dibayar seperti penggunaan talipon bimbit.!!!. Melakukan eksperimen atau membuat sendiri CB antenna, power supply atau melakukan DXing dengan berkumpul sesama rakan CBer. Jarak perhubungan purata CB radio adalah di antara 2km hingga 18km dimana dalam masa-masa tertentu boleh mencapai sehingga ribuan km sekiranya anda menggunakan HF CB 27Mhz mode SSB (USB atau LSB) !!!.

CB RADIO ADALAH UNTUK KEGUNAAN SEMUA RAKYAT DI MALAYSIA. TANPA PERLU MEMBAYAR SEBARANG LESEN PERIBADI ATAU MENGAMBIL SEBARANG PEPERIKSAAN !. TUNGGU APALAGI BELILAH CB TRANSCEIVER DAN MULAI `ON AIR`Yang perlu cuma anda membeli sebuah CB Transceiver, power supply dan antenna atau Mobile CB antenna (untuk kegunaan pada kereta, lori, caravan atau bas). Anda boleh membeli CB Transceiver samada melalui on-line seperti melalui Ebay, Mudah.my, Lelong.my atau AliBaba.com atau kedai yang menjual Radio Transceiver samada di Jalan Pasar KL atau Low Yatt Pudu Kl. Tak kira anda siapa, peguam, jurutera, pemandu bas, pemandu trailer kontena, pemandu teksi, guru atau sebagainya yang penting anda sukakan hobi perhubungan radio maka cb radio ni sangat berguna untuk anda gunakan semasa dalam perjalanan, semasa berkonvoi, semasa kecemasan atau hanya untuk sembang-sembang. PERINGATAN ! Adalah menjadi kesalahan disisi undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), menggunakan sebarang peralatan komunikasi dua hala selain dari CB RADIO atau PMR di dalam kenderaan atau sebagainya tanpa memiliki lesen (AA) yang sah, jadi satu-satunya alat komunikasi dua hala yang tidak memerlukan lesen untuk digunakan adalah CB RADIO atau PRS RADIO.

Anda boleh mula 'on air' dengan monitor di CH 11 (Calling Channel 27.085 MHZ) atau CH 30(27.305 MHZ) !. Semoga kita bertemu di udara di CH 11 atau CH 30 atau dimana-mana CH yang dibenarkan (40CH). Yang perlu anda ketahui MCMC menetapkan CH 9 (27.065 MHZ) adalah untuk tujuan KECEMASAN (CH EMERGENCY) dan CH 11 (27.085 MHZ) adalah CH PANGGILAN (CH CALLING). CH 1: 26.965 MHZ CH 2: 26.975 MHZ CH 3: 26.985 MHZ CH 4: 27.005MHZ CH 5 : 27.015 MHZ CH 6: 27.025 MHZ CH 7: 27.035 MHZ CH 8: 27.055 MHZ CH 9: 27.065 MHZ (EMERGENCY) CH 10: 27.075 MHZ CH 11: 27.085 MHZ (CALLING) CH 12: 27.105 MHz CH 13: 27.115 MHZ CH 14: 27.125 MHZ CH 15: 27.135 MHZ CH 16: 27.155 MHZ CH 17: 27.165 MHZ CH 18: 27.175 MHZ CH 19: 27.185 MHZ CH 20: 27.205 MHZ CH 21: 27.215 MHZ CH 22: 27.225 MHZ CH 23: 27.255 MHZ CH 24: 27.235 MHZ CH 25: 27.245 MHZ CH 26: 27.265 MHZ CH 27: 27.275 MHZ CH 28: 27.285 MHZ CH 29: 27.295 MHZ CH 30: 27.305 MHZ (Indonesian CBer`s Active) CH 31: 27.315 MHZ CH 32: 27.325 MHZ CH 33: 27.335 MHZ CH 34: 27.345 MHZ CH 35: 27.355MHZ CH 36: 27.365 MHZ CH 37: 27.375 MHZ CH 38: 27.385 MHZ CH 39: 27.395 MHZ CH 40: 27.405 MHZ.

CALLING CHANNEL UNTUK GROUP 113 DTR ADALAH CH 14 AM CALLING, CH 20 FM CALLING DAN CH 22 SSB CALLING. (113DTR xxx). http://113dtr.blogspot.com/

Bagi mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, Gombak dan sekitarnya boleh membuat pangilan di CH 14 AM CALLING (27.125Mhz) CH 20 FM CALLING (27.205Mhz) dan CH 22 USB CALLING (27.225MHz). Untuk UHF CB CH 19 477.23755Mhz, CH 30 477.375Mhz FM MODE sahaja.

Unofficial International Calling Frequency adalah 27.555MHZ, anda boleh cuba memanggil international CBer station di Frquency ini.

Pengguna CB Radio selalu menggunakan 10 CODE untuk meringkaskan perbualan mereka di radio diantara CODE yang selalu di gunakan di CB Radio adalah;
  • 10-1: Receiving Poorly
  • 10-2: Receiving well
  • 10-3: Stop transmitting
  • 10-4: Ok, message received
  • 10-5: Relay message
  • 10-6: Busy, stand by
  • 10-7: Out of service
  • 10-8: In service
  • 10-9: Repeat Message
  • 10-10: Transmission completed, standing by
  • 10-11: Talking too rapidly
  • 10-12: Visitors present ... Shhhh!
  • 10-13: Advise weather/road conditions
  • 10-17: Urgent Business
  • 10-20: Location
  • 10-34: Trouble at this station, help needed
  • 10-42: Traffic accident
  • 10-43: Traffic jam
  • 10-70: Fire at truck stop
  • 10-73: Speed trap
  • 10-99: Mission completed, all units secure
  • 10-100: Emergency operation on Channel
  • PERINGATAN PENTING: Bagi peminat radio cb atau sebarang radio dua hala, sekiranya anda berhajat untuk melancong ke negara Thailand anda di nasihatkan untuk tidak membawa serta menggunakan sebarang peralatan Radio dua hala atau Walkie -Talkie, Transceiver atau Mobile radio, Sekiranya anda tidak memiliki sebarang lesen radio samada lesen Radio Amateur atau lesen Radio Komersial kerana bagi negara Thailand adalah menjadi kesalahan mandatori memiliki peralatan radio perhubungan dua hala tanpa lesen yang sah. Anda boleh di tuduh sebagai pengintip dan menggugat keselamatan negara Thailand. Anda boleh dipenjara 7 tahun atau denda sekitar RM51,000.00(bukan warga Thailand). Jadi berhati-hatilah dengan undang-undang perhubungan radio di setiap negara.

  • Satu lagi perkara yang perlu di ambil perhatian adalah kebanyakan CB RADIO perlu di sambungkan microphone pada microphone connector barulah speaker nya mengeluarkan bunyi, kalau tidak speaker CB radio langsung tidak mengeluarkan bunyi.. Seolah-olah rosak. !! JANGAN SAMPAI TERTIPU !!!
LINK MCMC MENGENAI CB RADIO ATAU PRS RADIO.

Thursday 7 February 2013

ROGER BEEP, ECHO DAN KEGUNAANYA

Selalu kita perhatikan pada CB Radio itu kebiasaanya mesti ada feature Roger Beep dan Echo dimasukkan pada spesifikasi CB Radio. Tahukah anda apa tujuanya?. Tidak semua CB Radio manufacture memasukkan feature Roger Beep atau Echo pada setiap CB Radio keluaran mereka. Ini bertujuan untuk mempelbagaikan dari segi harga dan keperluan pengguna CB Radio itu sendiri. Setengah pengguna atau penggemar CB Radio tidak suka pada feature Roger Beep dan Echo, maka tidak perlulah mereka membeli cb radio yang ada feature tersebut. Setengah Roger Beep ini, tone yang dikeluarkan boleh di ubah-ubah mengikut citarasa  pengguna CB Radio tersebut.  Contohnya Roger Beep pada FRS Radio Motorola mempunyai hampir 10 tone Roger Beep yang boleh dipilih untuk digunakan. Tahukah anda apa tujuan diadakan feature Roger Beep   pada CB Radio?. Sebenarnya Roger Beep pada CB Radio bertujuan untuk memberitahu station penerima (RX station B) di sebelah sana bahawa station yang memancar (TX station A) telah habis bercakap dan menunggu mesej atau berita dari station(B) pula.  Ini seolah-olah menggantikan perkataan `over` yang selalu digunakan oleh station radio perhubungan dua hala commercial. Setengah pengguna CB Radio tidak sukakan feature kerana bunyi tone yang bising dan menyakitkan telinga. Roger Beep tone ini akan berbunyi untuk seketika (beberapa second) pada station penerima (RX station B) bila station penghantar (TX station A) melepaskan push to talk switch (PTT) pada microphone. Tone yang di keluarkan samada short beep single tone atau beberapa tone (800hz, 1khz atau 1k2 tone). Keperluan pada Roger Beep ini tidak ketara bilamana perhubungan radio diantara dua station radio yang berdekatan kerana tone yang dikeluarkan akan menggangu pendengaran, oleh sebab bunyinya agak kuat. Tapi bila berhubung dengan station yang agak jauh maka agak sukar untuk menentukan samada station itu telah berhenti bercakap atau telah melepaskan PTT microphone. Maka disinilah Roger Beep akan memainkan perananya kerana short burst tone lebih jelas diterima berbanding dengan suara, maka station yang mendengar tidak tertunggu-tunggu untuk menjawab panggilan atau mesej yang di hantarkan. Contoh circuit roger beep tone yang anda boleh buat sendiri di atas `stripbord` bagi mereka yang tidak mempunyai feature Roger Beep pada CB Radio mereka.



Single tone roger beep circuit yang boleh dibina di atas strip board.




Bagi mereka yang merasa terganggu dengan bunyi Roger Beep Tone pada CB Radio mereka tidak perlulah membina circuit Roger Beep pada CB Radio mereka, tapi mereka tetap mendengarnya dari Cb Radio rakan mereka jadi kalau anda inginkan kawan anda juga terganggu dengan bunyi tone Roger Beep, maka anda perlu juga mempunyi feature Roger Beep kerana bila anda melepaskan PTT pada microphone, barulah rakan anda juga mendengarnya barulah  adil kan!?.

ECHO
Echo feature yang ada pada CB Radio, ada setengah CBer`s sukakanya dan sangat ramai CBer`s yang tidak menyukainya kerana ianya  mengganggu pendengaran dengan bunyi yang berulang-ulang keluar daripada speaker. Tapi sebenarnya sekiranya ECHO control di laraskan dengan baik dan pada minimum setting, ianya boleh menyebabkan audio modulation yang di hasilkan akan mengeluarkan bunyi yang lebih baik dan berkualiti gabungan `bass`dan `treble` semasa audio tersebut di pancarkan.

Contoh audio echo yang sangat menggangu pendengaran  pengguna CB Radio.


Dan contoh Echo effect yang menghasilkan improvement sound quality.


Thanks to You Tube for the above video.

Jadi terpulanglah kepada peminat CB Radio sendiri sama ada ingin menggunakan kemudahan ECHO feature yang terdapat pada CB radio masing-masing yang penting sekali jangan sampai mengganggu pengguna CB Radio lain untuk menggunakan CB Radio semasa kecemasan dan sebagainya dengan gangguan bunyi echo yang berulang-ulang.


Contoh circuits echo effect yang boleh di buat sendiri di atas stripboard bagi mereka yang ada pengalaman soldering dan memahami electronic circuits.


Komponen utama untuk membuat echo effect ini adalah IC MN3005,6 dan 7 (bucket) dan MN3101 (time duration).
Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment