CB RADIO DI MALAYSIA


CB RADIO DI MALAYSIA

CB Radio sangat popular di Amerika sekitar tahun 70an. Kemudian penggunaanya merebak ke negara-negara lain seperti Britain, Australia, New Zealand serta lain-lain negara. Penggunaan CB Radio di Malaysia tidak begitu ketara kerana di Malaysia pada masa lalu sangat-sangat ketat peraturan mengenai pengunaan gelombang radio dan CB radio mulai sah di gunakan di Malaysia bilamana pihak MCMC (Malaysia Communication and Multimedia Comission) atau SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia) mengeluarkan notis pengumuman PENGUNTUKAN KELAS pada April 2000 dan di tambah beberapa frequency baru pada 1 APRIL 2010 ( Class Assignments no. 1 of 2010). Penggunaan CB radio di Malaysia TIDAK DI KENAKAN APA-APA BAYARAN atau MEMERLUKAN LESEN PERIBADI (AA) seperti RADIO AMATEUR selagi penggunaanya mengikut peraturan-peraturan yang di sebutkan didalam PENGUMUMAN PENGUNTUKAN KELAS,. Jadual ke lima adalah penerangan untuk CB RADIO atau PERSONEL RADIO SERVICES. CITIZEN BAND RADIO (CB Radio) atau Personal Radio Service (PRS) yang di benarkan untuk di gunakan tanpa lesen di Malaysia mestilah menggunakan frequency berikut: 1. 26.965 Mhz to 27.405 Mhz multimode 4 Watt AM/FM 12 Watt pep SSB (HF 40 Channel) 2. 477.0125 Mhz to 477.4875 Mhz FM mode 5 Watt (UHF 39 Channel) 3. 477.525 Mhz to 477.9875 Mhz FM mode 0.5 Watt (UHF 39 Channel) 4. PMR 446.00625 Mhz to 446.09375 Mhz FM mode 0.5Watt (8 Channel) 5. Digital PMR 446.103125 Mhz to 446.196875 Mhz Digital FM mode 0.5 Watt (16 Channel). Jadi disini menunjukkan sekarang ini orang ramai tidak dihalang untuk menggunakan peralatan radio comumunications tanpa perlu mendapatkan lesen peribadi selagi penggunaannya mengikut terma dan syarat MCMC (SKMM), kerana ianya tidak perlu menduduki apa-apa peperiksaan seperti Radio Amateur atau Ham Radio. Anda boleh menubuhkan group atau KELAB CB RADIO dikalangan rakan-rakan anda dan memilih senarai frquency mana yang anda ingin gunakan, samada CB HF 27 Mhz atau UHF CB FM 477 Mhz atau PMR 446 Mhz atau kesemua frequency yang di benarkan dengan membeli transceiver atau walkie-talkie untuk HF 27Mhz CB dan UHF 446Mhz atau 477Mhz. Sesungguhnya hobi di bidang radio ini mempunyai keseronokan tersendiri yang tidak ditemui dalam hobi yang lain, kenapa anda tidak ceburi dan rasai sendiri keseronokan bersembang dengan rakan-rakan yang anda kenali atau baru ingin mengenalinya melalui udara tanpa memikirkan bil yang harus dibayar seperti penggunaan talipon bimbit.!!!. Melakukan eksperimen atau membuat sendiri CB antenna, power supply atau melakukan DXing dengan berkumpul sesama rakan CBer. Jarak perhubungan purata CB radio adalah di antara 2km hingga 18km dimana dalam masa-masa tertentu boleh mencapai sehingga ribuan km sekiranya anda menggunakan HF CB 27Mhz mode SSB (USB atau LSB) !!!.

CB RADIO ADALAH UNTUK KEGUNAAN SEMUA RAKYAT DI MALAYSIA. TANPA PERLU MEMBAYAR SEBARANG LESEN PERIBADI ATAU MENGAMBIL SEBARANG PEPERIKSAAN !. TUNGGU APALAGI BELILAH CB TRANSCEIVER DAN MULAI `ON AIR`Yang perlu cuma anda membeli sebuah CB Transceiver, power supply dan antenna atau Mobile CB antenna (untuk kegunaan pada kereta, lori, caravan atau bas). Anda boleh membeli CB Transceiver samada melalui on-line seperti melalui Ebay, Mudah.my, Lelong.my atau AliBaba.com atau kedai yang menjual Radio Transceiver samada di Jalan Pasar KL atau Low Yatt Pudu Kl. Tak kira anda siapa, peguam, jurutera, pemandu bas, pemandu trailer kontena, pemandu teksi, guru atau sebagainya yang penting anda sukakan hobi perhubungan radio maka cb radio ni sangat berguna untuk anda gunakan semasa dalam perjalanan, semasa berkonvoi, semasa kecemasan atau hanya untuk sembang-sembang. PERINGATAN ! Adalah menjadi kesalahan disisi undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), menggunakan sebarang peralatan komunikasi dua hala selain dari CB RADIO atau PMR di dalam kenderaan atau sebagainya tanpa memiliki lesen (AA) yang sah, jadi satu-satunya alat komunikasi dua hala yang tidak memerlukan lesen untuk digunakan adalah CB RADIO atau PRS RADIO.

Anda boleh mula 'on air' dengan monitor di CH 11 (Calling Channel 27.085 MHZ) atau CH 30(27.305 MHZ) !. Semoga kita bertemu di udara di CH 11 atau CH 30 atau dimana-mana CH yang dibenarkan (40CH). Yang perlu anda ketahui MCMC menetapkan CH 9 (27.065 MHZ) adalah untuk tujuan KECEMASAN (CH EMERGENCY) dan CH 11 (27.085 MHZ) adalah CH PANGGILAN (CH CALLING). CH 1: 26.965 MHZ CH 2: 26.975 MHZ CH 3: 26.985 MHZ CH 4: 27.005MHZ CH 5 : 27.015 MHZ CH 6: 27.025 MHZ CH 7: 27.035 MHZ CH 8: 27.055 MHZ CH 9: 27.065 MHZ (EMERGENCY) CH 10: 27.075 MHZ CH 11: 27.085 MHZ (CALLING) CH 12: 27.105 MHz CH 13: 27.115 MHZ CH 14: 27.125 MHZ CH 15: 27.135 MHZ CH 16: 27.155 MHZ CH 17: 27.165 MHZ CH 18: 27.175 MHZ CH 19: 27.185 MHZ CH 20: 27.205 MHZ CH 21: 27.215 MHZ CH 22: 27.225 MHZ CH 23: 27.255 MHZ CH 24: 27.235 MHZ CH 25: 27.245 MHZ CH 26: 27.265 MHZ CH 27: 27.275 MHZ CH 28: 27.285 MHZ CH 29: 27.295 MHZ CH 30: 27.305 MHZ (Indonesian CBer`s Active) CH 31: 27.315 MHZ CH 32: 27.325 MHZ CH 33: 27.335 MHZ CH 34: 27.345 MHZ CH 35: 27.355MHZ CH 36: 27.365 MHZ CH 37: 27.375 MHZ CH 38: 27.385 MHZ CH 39: 27.395 MHZ CH 40: 27.405 MHZ.

CALLING CHANNEL UNTUK GROUP 113 DTR ADALAH CH 14 AM CALLING, CH 20 FM CALLING DAN CH 22 SSB CALLING. (113DTR xxx). http://113dtr.blogspot.com/

Bagi mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, Gombak dan sekitarnya boleh membuat pangilan di CH 14 AM CALLING (27.125Mhz) CH 20 FM CALLING (27.205Mhz) dan CH 22 USB CALLING (27.225MHz). Untuk UHF CB CH 19 477.23755Mhz, CH 30 477.375Mhz FM MODE sahaja.

Unofficial International Calling Frequency adalah 27.555MHZ, anda boleh cuba memanggil international CBer station di Frquency ini.

Pengguna CB Radio selalu menggunakan 10 CODE untuk meringkaskan perbualan mereka di radio diantara CODE yang selalu di gunakan di CB Radio adalah;
  • 10-1: Receiving Poorly
  • 10-2: Receiving well
  • 10-3: Stop transmitting
  • 10-4: Ok, message received
  • 10-5: Relay message
  • 10-6: Busy, stand by
  • 10-7: Out of service
  • 10-8: In service
  • 10-9: Repeat Message
  • 10-10: Transmission completed, standing by
  • 10-11: Talking too rapidly
  • 10-12: Visitors present ... Shhhh!
  • 10-13: Advise weather/road conditions
  • 10-17: Urgent Business
  • 10-20: Location
  • 10-34: Trouble at this station, help needed
  • 10-42: Traffic accident
  • 10-43: Traffic jam
  • 10-70: Fire at truck stop
  • 10-73: Speed trap
  • 10-99: Mission completed, all units secure
  • 10-100: Emergency operation on Channel

  • Satu lagi perkara yang perlu di ambil perhatian adalah kebanyakan CB RADIO perlu di sambungkan microphone pada microphone connector barulah speaker nya mengeluarkan bunyi, kalau tidak speaker CB radio langsung tidak mengeluarkan bunyi.. Seolah-olah rosak. !! JANGAN SAMPAI TERTIPU !!!
LINK MCMC MENGENAI CB RADIO ATAU PRS RADIO.

Sunday, 21 July 2013

UHF CB RADIO ATAU PMR RADIO 477MHZ DAN 446MHZ

Mungkin kita tidak sedar yang CB Radio atau PMR Radio ada 2 katagori di Malaysia ini yang boleh kita gunakan iaitu CB Radio 27MHz (HF) jarak perhubungan sederhana dan yang dilupakan oleh peminat CB Radio di Malaysia ini iaitu UHF CB Radio atau PMR Radio. Untuk UHF 477MHz (77 CH) dan untuk PMR 446MHz (8CH analog dan 16CH digital mode). FM mode, 12.5Khz spacing dan power output 5watt. Untuk UHF CB 477MHz frequency nya adalah seperti di bawah. Jarak perhubungan antara base to base boleh mencapai 18km dan antara mobile to mobile sekitar 7km bergantung kepada tinggi rendah permukaan alam sekitar.

CH 1 477.0125Mhz 2. 477.0250Mhz 3. 477.0375Mhz 4. 477.0500Mhz 5. 477.0625Mhz 6. 477.0750Mhz 7. 477.0875Mhz 8. 477.1000Mhz 9. 477.1125Mhz (EMERGENCY) 10. 477.1250Mhz 11. 477.1375Mhz (CALLING) 12. 477.1500Mhz 13. 477.1625Mhz 14. 477.1750Mhz 15. 477.1875Mhz 16. 477.2000Mhz 17. 477.2125Mhz 18. 477.2250Mhz 19. 477.2375Mhz 20. 477.2500Mhz 21. 477.2625Mhz 22. 477.2750Mhz 23. 477.2875Mhz 24. 477.3000Mhz 25. 4773125Mhz 26. 477.3250Mhz 27. 477.3375Mhz 28. 477.3500Mhz 29. 477.3625Mhz 30. 477.3750Mhz 31 477.3875Mhz 32. 477.4000Mhz 33. 477.4125Mhz 34. 477.4250Mhz 35. 477.4375Mhz 36. 477.4500Mhz 37. 477.4625Mhz 38. 477.4750Mhz 39. 477.4875Mhz

A very short range simplex radiocommunications service for recreation use. Frequency UHF477Mhz. 
Channel spacing 12.5khz dan power output 0.5 Watt.

CH. 1. 477.5250Mhz 2. 477.5375Mhz 3. 477.5500Mhz 4. 477.5625Mhz 5. 477.5750Mhz 6. 477.5875Mhz 7. 477.6000Mhz 8. 477.6125Mhz CH 9. 477.6250Mhz (EMERGENCY) 10. 477.6375Mhz CH 11. 477.6500Mhz (CALLING) 12. 477.6625Mhz 13. 4776750Mhz 14. 477.6875Mhz 15. 477.7000Mhz 16. 477.7125Mhz 17. 477.7250Mhz 18. 477.7375Mhz 19. 477.7500Mhz 20. 477.7625Mhz 21. 477.7750Mhz 22. 477.7875Mhz 23. 477.8000Mhz 24. 477.8125Mhz 25. 477.8250Mhz 26. 477.8375Mhz 27. 477.8500Mhz 28. 477.8625Mhz 29. 477.8750Mhz 30. 477.8875Mhz 31. 477.900Mhz 32. 477.9125Mhz 33. 4779250Mhz 34. 477.9375Mhz 35. 477.9500Mhz  36. 477.9625Mhz 37. 477.9750Mhz 38. 477.9875Mhz

Di kawasan yang sibuk serta banyak pembinaan bangunan baru di jalankan maka boleh di katakan setiap Channel UHF 477Mhz di gunakan oleh pekerja pembinaan. Anda di nasihatkan tidak mengganggu perbualan mereka ini kerana selalunya mereka sedang mengarahkan pekerja kren untuk menaik dan menurunkan bahan-bahan binaan demi keselamatan mereka. Tapi selalunya mereka ini memasukkan CTCSS/DCS ENCODE dan DECODE tone demi untuk keselesaan dari gangguan pengguna lain. Dimana setiap frequency yang dipancarkan walaupun frequency yang sama dengan mereka sekiranya tidak di masukkan CTCSS/DCS yang sama dengan radio mereka maka squelch tidak akan terbuka, jadi radio akan sentiasa senyap sehinggalah menerima tone CTCSS/DCS yang sama barulah squelch terbuka dan suara dapat di monitor.!

Di samping UHF477Mhz anda juga boleh menggunakan PMR UHF446Mhz. Frequencynya adalah

CH 1. 446.00625 Mhz 2. 446.01875Mhz 3. 446.03125Mhz 4. 446.04375Mhz 5. 446.05625Mhz 6. 446.06875Mhz 7. 446.08125Mhz 8. 446.08375Mhz

16 Channel untuk digital mode adalah

Ch 1. 446.103125Mhz 2. 446.109375Mhz 3. 446.115625Mhz 4. 446.121875Mhz 5. 446.128125Mhz 6. 446.134375Mhz 7. 446.140625Mhz 8. 446.146875Mhz 9. 446.153125Mhz 10. 446.159375Mhz 11. 446.165625Mhz 12. 446.171875Mhz 13. 446.178125Mhz 14. 446.184375Mhz 15. 446.190625Mhz 16. 446.196875Mhz

Semasa hari perayaan samada hari raya,pesta karnival dan sebagainya sekiranya anda cuba membuat panggilan talipon samada celcom, maxis, digi atau apa saja syarikat telekomunikasi yang ada, pasti anda akan kecewa kerana tidak akan dapat menhubungi rakan anda kenapa? kerana tiada talian (saluran frequency)!! . Setiap cell (repeter) telecommunication mempunyai sejumlah talian (saluran frequency) yang tertentu di sediakan. Semasa balik kekampung dimusim perayaan hariraya sudah tentu jumlah pengguna cellphone bertambah dengan mendadak dimana tidak dapat dipenuhi oleh cellphone repeater menyebabkan telephone bimbit saling berebut untuk mendapatkan line atau talian (saluran frequency), maka di sinilah UHF/PMR 477Mhz dan UHF 446Mhz dapat membantu kita sekiranya berkonvoi atau dalam kecemasan dan sebagainya. Jadi sediakan setiap kereta sebuah radio CB UHF walkie-talkie atau jenis mobile demi keselamatan dan kegunaan semasa kecemasan kerana sekarang ini pasti ada pengguna yang memiliki UHF CB Radio didalam kereta mereka dan buatkan sticker "CB477MHZ" atau "UHF 477MHZ CB"atau "CB RADIO" pasangkan pada cermin kereta anda. Sekiranya  seorang pengguna CB Radio itu yang berpengetahuan maka pasti  mereka akan monitor(mendengar) CB Radio di CHANNEL CALLING CH 11 atau CHANNEL EMERGENCY CH 9 seperti yang tertera di frequency list di atas, samada di HF27MHZ , UHF477MHZ atau UHF446MHZ.
Semasa pesta karnival belia di Putrajaya baru-baru ini 10 panggilan Celcom ke Maxis yang saya buat tiada satu pun yang berjaya menghubungi anak saya, mujurlah saya membekalkannya dengan UHF CB radio maka terus saja anak saya dapat dihubungi. Bayangkan bagaimana nak mencari didalam keaadaan orang ramai macam itu dengan setiap panggilan tidak dapat dihubungi?!. Cara yang mudah untuk menghubungi seseorang  untuk bantuan kecemasan seperti kereta breakdown di lebuhraya yang sesak atau sebagainya adalah dengan memilih CHANNEl KECEMASAN(EMG) CH 9 cuba panggil " ADA SESIAPA DI CHANNEL INI, PERLUKAN BANTUAN OVER".  InsyaAllah dimasa-masa akan datang pasti ada peminat CB Radio samada HF(27MHZ), UHF477 Mhz atau UHF446 Mhz akan monitor channel kecemasan atau channel panggilan CH 11)sebagai standby channel (home channel) !.











                STICKER YANG BOLEH DI PASANG PADA KENDERAAN ANDA

Anda boleh membeli Walkie-talkie UHF CB yang di luluskan oleh SIRIM seperti model SMP 528, TYT, YAESU VX, MOTOROLA  dan sebagainya dan programkan di dalamnya frequency diatas dan setkan satu home channel untuk kemudahan anda dan famili gunakan semasa berkonvoi dan setengah walkie-talkie atau mobile radio ini menyediakan kemudahan scrambler yang mana menyukarkan sedikit pemahaman mesej sekiranya mesej anda yang dihantarkan agak private.!


                                      KYD UHF


                            Motocoopa MTP-338 UHF





                              Anytone AT-588 UHF


                    WEIERWEI VEV-889 UHF


                                        MAAS atau TYT TH-9000 UHF


Semua radio di atas boleh di programkan (melalui komputer) frequency UHF477Mhz dan UHF446Mhz dan boleh dibeli di pasaran tempatan seperti di Jalan Pasar kl, Petaling Jaya Digital Mall, Low Yatt dan sebagainya. Selamat ber 'qso' dimusim perayaan Aidilfitri yang tak lama lagi akan tiba yang tentunya akan menyebabkan talian cellphone di lebuhraya atau di kampung tak mampu memenuhi pelangan yang ramai dalam satu masa !.

10 comments:

  1. salam.. nak tanye, handy untuk cb radio nie ade yg khas atau boleh guna handy yang biasa seperti radio amatur punye. skang ni, saya ada sebiji handy baofeng uv-5ra. kalau saya masukkan frekunsi cb radio, sama ke?

    ReplyDelete
  2. Salam saudara Rashid. Sebenarnya handy untuk CB ni adalah jenis yang cuma boleh diprogram melalui komputer sahaja bermakna tidak boleh ubah frequency sekiranya tidak disambung kepada komputer (dikira sebagai profesional atau komersial radio). Namun dengan handy Baofeng anda boleh programkan frequency 477mhz dan 446Mhz sebagai CB tranceiver yang penting frequency pemancaran adalah pada frequency yang telah diwartakan.

    ReplyDelete
  3. Salam.. saya berminat ttg cbradio ni.. nk tnya sikit.. pengguna perlu ke mendptkan lesen dan berapa casnya..?
    Tq...

    ReplyDelete
  4. Salam, inigin nak tanye, saya ada mobile antenna surmen SM-508 B, 144/430MHz, adakah ini sesuai utk 477MHz?

    ReplyDelete
  5. Nak tanya, apa frequensi pengguna radio CB yang selalu digunakan utk area labuan, beaufort, papar & Putatan, saya guna RIG selalu jalan area tu, mana lah tau ada emergency, boleh juga rojer2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. hola brother,,brother ada ruang dan ada masa whatsapp saya kat no ni 0149186456@eric
      kami ada grop dalam ni cb kat borneo

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. salam sy pengguna handy boafeng uv8...mcm na nk join freq yg ada...perlu lesen jgak ke...mohon penjelasan

    ReplyDelete
  8. As-Salam,

    Saya hanya pengguna UV-5R,
    kalau nk dapat macam tulisan blog seperti kat atas,
    "A very short range simplex radiocommunications service for recreation use. Frequency UHF477Mhz.
    Channel spacing 12.5khz dan power output 0.5 Watt.

    CH. 1. 477.5250Mhz 2. 477.5375Mhz 3. 477.5500Mhz 4. 477.5625Mhz 5. 477.5750Mhz 6. 477.5875Mhz 7. 477.6000Mhz 8. 477.6125Mhz CH 9. 477.6250Mhz (EMERGENCY) 10. 477.6375Mhz CH 11. 477.6500Mhz (CALLING) 12. 477.6625Mhz 13. 4776750Mhz 14. 477.6875Mhz 15. 477.7000Mhz 16. 477.7125Mhz 17. 477.7250Mhz 18. 477.7375Mhz 19. 477.7500Mhz 20. 477.7625Mhz 21. 477.7750Mhz 22. 477.7875Mhz 23. 477.8000Mhz 24. 477.8125Mhz 25. 477.8250Mhz 26. 477.8375Mhz 27. 477.8500Mhz 28. 477.8625Mhz 29. 477.8750Mhz 30. 477.8875Mhz 31. 477.900Mhz 32. 477.9125Mhz 33. 4779250Mhz 34. 477.9375Mhz 35. 477.9500Mhz 36. 477.9625Mhz 37. 477.9750Mhz 38. 477.9875Mhz"

    Setting dia hanya;
    Channel spacing 12.5khz
    Frekuensi: 477

    Ada lain-lain setting yang kena buat ker?

    ReplyDelete