CB RADIO DI MALAYSIA


CB RADIO DI MALAYSIA

CB Radio atau CITIZEN BAND radio sangat popular di Amerika sekitar tahun 70an. Kemudian penggunaanya merebak ke negara-negara lain seperti Britain, Australia, New Zealand serta lain-lain negara. Kebanyakan negara di seluruh dunia sekarang ini, sudah tidak memerlukan personal lesen atau lesen CB Radio untuk menggunakan CB Radio, tidak sebagaimana penggunaan Radio Amateur yang memerlukan AA (lesen Pengendalian Radio Amateur) dimana pemiliknya perlu lulus ujian atau peperiksaan Radio Amateur. USA menggugurkan keperluan lesen CB Radio sekitar tahun 1982 di ikuti negara Australia termasuk UK pada tahun 2006 serta lain-lain negara eropah. Penggunaan CB Radio di Malaysia tidak begitu ketara kerana di Malaysia pada masa lalu sangat-sangat ketat peraturan mengenai pengunaan gelombang radio dan CB radio mulai sah di gunakan di Malaysia bilamana pihak MCMC (Malaysia Communication and Multimedia Comission) atau SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia) mengeluarkan notis pengumuman PENGUNTUKAN KELAS pada April 2000 dan di tambah beberapa frequency baru pada 1 APRIL 2010 ( Class Assignments no. 1 of 2010). Penggunaan CB radio di Malaysia TIDAK DI KENAKAN APA-APA BAYARAN atau MEMERLUKAN LESEN PERIBADI (AA) seperti RADIO AMATEUR selagi penggunaanya mengikut peraturan-peraturan yang di sebutkan didalam PENGUMUMAN PENGUNTUKAN KELAS,. Jadual ke lima adalah penerangan untuk CB RADIO atau PERSONEL RADIO SERVICES. CITIZEN BAND RADIO (CB Radio) atau Personal Radio Service (PRS) yang di benarkan untuk di gunakan tanpa lesen di Malaysia mestilah menggunakan frequency berikut: 1. 26.965 Mhz to 27.405 Mhz multimode 4 Watt AM/FM 12 Watt pep SSB (HF 40 Channel) 2. 477.0125 Mhz to 477.4875 Mhz FM mode 5 Watt (UHF 39 Channel) 3. 477.525 Mhz to 477.9875 Mhz FM mode 0.5 Watt (UHF 39 Channel) (Akan Di BATALkan penggunaanya mulai 1 Jan 2021 )4. PMR 446.00625 Mhz to 446.09375 Mhz FM mode 0.5Watt (8 Channel) 5. Digital PMR 446.103125 Mhz to 446.196875 Mhz Digital FM mode 0.5 Watt (16 Channel). Jadi disini menunjukkan sekarang ini orang ramai tidak dihalang untuk menggunakan peralatan radio comumunications tanpa perlu mendapatkan lesen peribadi selagi penggunaannya mengikut terma dan syarat MCMC (SKMM), kerana ianya tidak perlu menduduki apa-apa peperiksaan seperti Radio Amateur atau Ham Radio. Anda boleh menubuhkan group atau KELAB CB RADIO dikalangan rakan-rakan anda dan memilih senarai frquency mana yang anda ingin gunakan, samada CB HF 27 Mhz atau UHF CB FM 477 Mhz atau PMR 446 Mhz atau kesemua frequency yang di benarkan dengan membeli transceiver atau walkie-talkie untuk HF 27Mhz CB dan UHF 446Mhz atau 477Mhz. Sesungguhnya hobi di bidang radio ini mempunyai keseronokan tersendiri yang tidak ditemui dalam hobi yang lain, kenapa anda tidak ceburi dan rasai sendiri keseronokan bersembang dengan rakan-rakan yang anda kenali atau baru ingin mengenalinya melalui udara tanpa memikirkan bil yang harus dibayar seperti penggunaan talipon bimbit.!!!. Melakukan eksperimen atau membuat sendiri CB antenna, power supply atau melakukan DXing dengan berkumpul sesama rakan CBer. Jarak perhubungan purata CB radio adalah di antara 2km hingga 18km dimana dalam masa-masa tertentu boleh mencapai sehingga ribuan km sekiranya anda menggunakan HF CB 27Mhz mode SSB (USB atau LSB) !!!.

CB RADIO ADALAH UNTUK KEGUNAAN SEMUA RAKYAT DI MALAYSIA. TANPA PERLU MEMBAYAR SEBARANG LESEN PERIBADI ATAU MENGAMBIL SEBARANG PEPERIKSAAN !. TUNGGU APALAGI BELILAH CB TRANSCEIVER DAN MULAI `ON AIR`Yang perlu cuma anda membeli sebuah CB Transceiver, power supply dan antenna atau Mobile CB antenna (untuk kegunaan pada kereta, lori, caravan atau bas). Anda boleh membeli CB Transceiver samada melalui on-line seperti melalui Ebay, Mudah.my, Lelong.my atau AliBaba.com atau kedai yang menjual Radio Transceiver samada di Jalan Pasar KL atau Low Yatt Pudu Kl. Tak kira anda siapa, peguam, jurutera, pemandu bas, pemandu trailer kontena, pemandu teksi, guru atau sebagainya yang penting anda sukakan hobi perhubungan radio maka cb radio ni sangat berguna untuk anda gunakan semasa dalam perjalanan, semasa berkonvoi, semasa kecemasan atau hanya untuk sembang-sembang. PERINGATAN ! Adalah menjadi kesalahan disisi undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), menggunakan sebarang peralatan komunikasi dua hala selain dari CB RADIO atau PMR di dalam kenderaan atau sebagainya tanpa memiliki lesen (AA) yang sah, jadi satu-satunya alat komunikasi dua hala yang tidak memerlukan lesen untuk digunakan adalah CB RADIO atau PRS RADIO.

Anda boleh mula 'on air' dengan monitor di CH 11 (Calling Channel 27.085 MHZ) atau CH 30(27.305 MHZ) !. Semoga kita bertemu di udara di CH 11 atau CH 30 atau dimana-mana CH yang dibenarkan (40CH). Yang perlu anda ketahui MCMC menetapkan CH 9 (27.065 MHZ) adalah untuk tujuan KECEMASAN (CH EMERGENCY) dan CH 11 (27.085 MHZ) adalah CH PANGGILAN (CH CALLING). CH 1: 26.965 MHZ CH 2: 26.975 MHZ CH 3: 26.985 MHZ CH 4: 27.005MHZ CH 5 : 27.015 MHZ CH 6: 27.025 MHZ CH 7: 27.035 MHZ CH 8: 27.055 MHZ CH 9: 27.065 MHZ (EMERGENCY) CH 10: 27.075 MHZ CH 11: 27.085 MHZ (CALLING) CH 12: 27.105 MHz CH 13: 27.115 MHZ CH 14: 27.125 MHZ CH 15: 27.135 MHZ CH 16: 27.155 MHZ CH 17: 27.165 MHZ CH 18: 27.175 MHZ CH 19: 27.185 MHZ CH 20: 27.205 MHZ CH 21: 27.215 MHZ CH 22: 27.225 MHZ CH 23: 27.255 MHZ CH 24: 27.235 MHZ CH 25: 27.245 MHZ CH 26: 27.265 MHZ CH 27: 27.275 MHZ CH 28: 27.285 MHZ CH 29: 27.295 MHZ CH 30: 27.305 MHZ (Indonesian CBer`s Active) CH 31: 27.315 MHZ CH 32: 27.325 MHZ CH 33: 27.335 MHZ CH 34: 27.345 MHZ CH 35: 27.355MHZ CH 36: 27.365 MHZ CH 37: 27.375 MHZ CH 38: 27.385 MHZ CH 39: 27.395 MHZ CH 40: 27.405 MHZ.

CALLING CHANNEL UNTUK GROUP 113 DTR ADALAH CH 14 AM CALLING, CH 20 FM CALLING DAN CH 22 SSB CALLING. (113DTR xxx). http://113dtr.blogspot.com/

Bagi mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, Gombak dan sekitarnya boleh membuat pangilan di CH 14 AM CALLING (27.125Mhz) CH 20 FM CALLING (27.205Mhz) dan CH 22 USB CALLING (27.225MHz). Untuk UHF CB CH 19 477.23755Mhz, CH 30 477.375Mhz FM MODE sahaja.

Unofficial International Calling Frequency adalah 27.555MHZ, anda boleh cuba memanggil international CBer station di Frquency ini.

Pengguna CB Radio selalu menggunakan 10 CODE untuk meringkaskan perbualan mereka di radio diantara CODE yang selalu di gunakan di CB Radio adalah;
  • 10-1: Receiving Poorly
  • 10-2: Receiving well
  • 10-3: Stop transmitting
  • 10-4: Ok, message received
  • 10-5: Relay message
  • 10-6: Busy, stand by
  • 10-7: Out of service
  • 10-8: In service
  • 10-9: Repeat Message
  • 10-10: Transmission completed, standing by
  • 10-11: Talking too rapidly
  • 10-12: Visitors present ... Shhhh!
  • 10-13: Advise weather/road conditions
  • 10-17: Urgent Business
  • 10-20: Location
  • 10-34: Trouble at this station, help needed
  • 10-42: Traffic accident
  • 10-43: Traffic jam
  • 10-70: Fire at truck stop
  • 10-73: Speed trap
  • 10-99: Mission completed, all units secure
  • 10-100: Emergency operation on Channel
  • PERINGATAN PENTING: Bagi peminat radio cb atau sebarang radio dua hala, sekiranya anda berhajat untuk melancong ke negara Thailand anda di nasihatkan untuk tidak membawa serta menggunakan sebarang peralatan Radio dua hala atau Walkie -Talkie, Transceiver atau Mobile radio, Sekiranya anda tidak memiliki sebarang lesen radio samada lesen Radio Amateur atau lesen Radio Komersial kerana bagi negara Thailand adalah menjadi kesalahan mandatori memiliki peralatan radio perhubungan dua hala tanpa lesen yang sah. Anda boleh di tuduh sebagai pengintip dan menggugat keselamatan negara Thailand. Anda boleh dipenjara 7 tahun atau denda sekitar RM51,000.00(bukan warga Thailand). Jadi berhati-hatilah dengan undang-undang perhubungan radio di setiap negara.

  • Satu lagi perkara yang perlu di ambil perhatian adalah kebanyakan CB RADIO perlu di sambungkan microphone pada microphone connector barulah speaker nya mengeluarkan bunyi, kalau tidak speaker CB radio langsung tidak mengeluarkan bunyi.. Seolah-olah rosak. !! JANGAN SAMPAI TERTIPU !!!
LINK MCMC MENGENAI CB RADIO ATAU PRS RADIO.

Sunday 24 August 2014

SOALAN YANG SELALU DI TANYA OLEH PEMINAT CB RADIO

Untuk kali ini saya akan tuliskan berkenaan soalan yang selalu di tanya kepada saya oleh mereka yang ingin menggunakan peralatan radio 2 hala terutama CB Radio. Jelas dari pertanyaan itu menunjukan mereka sangat keliru dengan RADIO AMATEUR,  RADIO 2 HALA KOMERSIAL (Tow truck, pickup, tonto?, Kontenna forwarding dan sebagainya) ..

Antara soalan yang di tanya adalah.

1. Apakah saya perlu dapatkan LESEN dari MCMC (SKMM) sekiranya saya ingin menggunakan CB RADIO.

Jawaban; Anda tidak perlu memohon sebarang lesen AA seperti RADIO AMATEUR atau Radio landmobile yang lain samada bentuk walkie-talkie atau handie atau  bentuk mobil radio asalkan ianya mengunakan frequency CB atau PRS frequency maka anda tidak perlu mendapatkan apa-apa lesen AA kerana anda di benarkan menggunakanya tanpa lesen.

Frequency bands
A personal radio service(PRS atau CB Radio) device shall only utilize any of the following frequency bands
assigned for this class assignment, amongst other uses, on a shared non-exclusive
basis:
(a) 26.965000 MHz to 27.405000 MHz;
(b) 446.006250 MHz to 446.093750 MHz;
(c) 446.103125 MHz to 446.196875 MHz;
(d) 477.012500 MHz to 477.487500 MHz; or
(e) 477.525000 MHz to 477.987500 MHz.

Class assignment
This class assignment confers rights on any person to operate a personal radio
service device subject to- 

(a) the conditions as specified in paragraph 4; and
(b) the device operating within the frequency bands as specified in the second
column of Tables B, C, D, E and F.(a,b,c,d dan e diatas)

2. Apakah saya perlu mendaftar CALLSIGN dengan mana-mana CLUB atau dengan MCMC atau SKMM. untuk mendapatkan CALLSIGN.

Jawaban: Anda tidak perlu memohon, mendaftar atau membayar apa-apa bayaran untuk callsign kerana pengguna CB RADIO tidak memerlukan sebarang CALLSIGN yang khusus seperti HAM RADIO atau Radio Amateur. Anda boleh 'create' sendiri callsign yang di perlukan sebagai isyarat pengenalan kepada rakan-rakan anda group atau ahli keluarga anda bagi memudahkan perhubungan melalui radio 2 hala atau CB RADIO. Anda boleh 'create' sendiri  berpandukan contoh yang pernah saya tuliskan sebelum ini. Antara sebutan Alphabetic yang sering di gunakan oleh operator  HAM RADIO atau AMATEUR RADIO adalah seperti berikut


Atau Malaysia phonetic

      A - Agas, B- Bola, C - Ciku, D - Duku, E - Elok, F - Fajar
      G - Gagak, H- Handal, I - Intan, J - Jala, K - Kota, L - Laju
      M - Merah, N - Nuri, O - Ombak, P - Palang, Q - Quen
      R - Rakit, S - Singa, T - Tari, U - Udang, V - Victor, W- Wayang
      X - X-ray, Y - Yakin, Z - Zaman.

(6) Call signs
No call signs are to be utilized other than in a field of operation where such
call signs are required.

3. Dimana saya boleh membeli peralatan CB RADIO .

Jawaban: Anda boleh membeli melalui on-line kedai di Malaysia, melalui rakan-rakan CBer atau kedai Radio Amateur samada di jalan Pasar, Plaza Low Yatt atau Plaza Digital Mall. yang penting ianya adalah CB RADIO yang frequency di' program' kan seperti diatas. Saya mencadangkan anda tidak membeli melalui online luar negara kerana nanti anda akan kerugian masa, wang dan sebagainya di atas kerenah birokrasi yang bermacam-macam samada dari pihak kastam ataupun pihak sirim mengenai cb radio !

4. Berapa harga sebuah CB RADIO jenis Handie atau jenis mobile.

Jawaban: Harga purata kebanyakan CB Radio adalah mengikut jenis samada Handie atau mobil dan multimode atau hanya mode AM dan FM sahaja. Untuk jenis Handie mode AM dan FM purata harganya adalah sekitar RM200.00 ke RM 300.00 manakala untuk jenis mobil mode AM dan FM harganya sekitar RM 300.00 ke RM 500.00. Untuk CB RADIO jenis mobil multimode agak mahal sedikit kerana kebanyakan jenis multimode mempunyai berbagai feature dan kelebihan seperti frequency counter, echo, scanning dan sebagainya seperti peralatan HAM RADIO . Harganya boleh mencapai sehingga RM1500.00. Jadi pada pendapat saya tujuan radio 2 hala adalah untuk perhubungan maka basic CB Radio pun sudah memadai tidak perlu membeli peralatan yang canggih dengan berbagai feature sedangkan kita tidak menggunakan feature tersebut semasa berbual atau berhubung dengan rakan-rakan CBer.

5. Ada ke pengguna CB RADIO di Malaysia kerana bila saya monitor macam tak ada orang guna pun sebagamana RADIO AMATEUR (VHF).

Jawaban: CB RADIO masih baru di Malaysia , maka tidak ramai yang tahu mengenainya kerana tidak ada promosi  di buat untuk penggemar CB Radio. Orang ramai lebih suka mempromosikan Radio Amateur kerana merasakan CB RADIO ni untuk golongan yang kurang kemampuan dan hanya menggunakan radio 2 hala sebagai hobi suka-suka sahaja tidak seperti Radio Amateur ada kelebihan seperti kena ambil peperiksaan ,(maknanya kena belajar atau join kelas RAE boleh buat duit), kena bayar lesen AA, ada Callsign yang diberikan oleh pihak  SKMM  dan sebagainya. Namun bagi saya kalau ada hobi menggunakan radio 2 hala secara murah untuk permulaan kenapa kita tidak gunakan yang penting boleh guna untuk berhubung di antara satu sama lain sama juga dengan fungsi Radio Amateur. Namun demikian saya yakin nanti ada kelab atau group yang akan mempromosi atau memperkenalkan CB RADIO kepada orang ramai sebagai alat perhubungan alternatif atau pilihan kedua selain Handfone atau Ham Radio. CB RADIO juga bagus untuk kegunaan pemandu lori  kontenna yang berkonvoi semasa perjalanan malam, pemandu bas ekspres untuk mengelak dari mengantuk atau boleh di buat sebagai peralatan pemberi amaran awal sekiranya rakan pemandu melihat atau ternampak sesuatu  yang mencurigakan di jalan raya. Semasa event sukan, camping, atau kenapa tidak anda memulakan penggunaan CB RADIO sebagai alat perhubungan anda dan famili anda semasa konvoi dan sebagainya selagi pengunaanya selari dengan' rules' dan' regulations' yang tertera di dalam' penguntukan class' (Class Assignments)

".COMMUNICATIONS AND MULTIMEDIA ACT 1998
CLASS ASSIGNMENTS NO. 1 OF 2010 

IN exercise of the powers conferred by section 169 of the Communications and Multimedia
Act 1998 [Act 588], the Commission issues class assignments which confer rights on any
person to use the frequency bands for the following devices:

(e) personal radio service device as specified in the Fifth Schedule; 

FIFTH SCHEDULE
Class Assignment for 
Personal Radio Service Device 
1. Definition 

(1) In this class assignment, “personal radio service device” means a two way 
radiocommunications device operating in the designated frequency bands. 

(2) Subject to subparagraph (1), all terminology of an absolute technical nature 
shall have the same meaning as in the International Telecommunication 

Convention. "

6. Berapa jarak perhubungan yang boleh di capai menggunakan CB RADIO atau PRS RADIO

Jawaban: Jarak purata CB RADIO 27MHz adalah sekitar 5 ke 18Km manakala untuk CB RADIO 477MHz adalah sekitar 5 ke 20Km bergantung kepada bentuk permukaan bumi dan halangan seperti bangunan tinggi hutan yang  tebal atau keadaan cuaca dan sebagainya. Namun demikian sekiranya  keadaan propogation membuka dengan menggunakan CB RADIO 27Mhz USB anda akan terkejut bila station dari Indonesia atau Australia menjawab panggilan anda, bayangkan perasaan anda semasa itu. ! Oleh itu CB Radio 27MHz SSB juga  boleh mencapai ribuan kilometer sekiranya propogation cuaca membuka atau sebagainya

Gunalah CB RADIO sebagai alat perhubungan kedua selain Handfone.

50 comments:

  1. Tuan Nik,

    Saya cadangkan kita buat satu group whatsapp/telegram untuk geng2 CB ni untuk tukar2 pendapat dan idea dan juga boleh jugak ajukan soalan2 berkaitan...ok tak idea saya?

    ReplyDelete
  2. OK saya setuju sangat kerana boleh di jadikan medan untuk mereka yang baru belajar mengenal peralatan perhubungan 2 hala yang di benarkan penggunaanya oleh SKMM atau MCMC demi untuk bertukar fikiran dan menambah bilangan peminat CB Radio di Malaysia..

    ReplyDelete
  3. Tuan,
    No saya 0132102661 Mutaza
    Saya cadang pakai telegram...boleh ramai sikit...

    ReplyDelete
  4. Nak tanya, utk 477mhz, ramai ke yang menggunakannya?? Nak tahu.. Sebab saya akda lagi radas utk 27mhz. Call sign dah ade..
    113MB902

    ReplyDelete
  5. Ok saudara abdul rashid untuk pengetahuan anda..477mhz banyak di gunakan oleh pekerja binaan dan sebagainya sekira kita monitor di sekitar bandar yang sibuk yang banyak bangunan baru sedang di bina, namun demikian isyarat mereka ini kebanyakanya di masukan tone DCS atau CTCSS bagi mengelak ganguan dari station lain. Kita boleh mendengar mereka tapi mereka tidak akan mendengar panggilan anda. Namun demikian sebagai permulaan kenapa tidak anda dan rakan anda menggunakan semasa konvoi dan sebagainya dan jangan masukan sebarang tone ctcss/dcs bagi membolehkan anda monitor isyarat pengguna2 lain...

    ReplyDelete
  6. Salam.saya kenalan baru.boleh saya joint

    ReplyDelete
  7. Salam norazmin. Tahniah kerana dh mula nk brjinak dgn cb radio. Bila mahir nanti boleh ambil exam rae boleh guna ham radio pula. E-mail kepada saya data nama alamat dan nombor handfone untuk dpt callsign cb dtr.

    ReplyDelete
  8. salam...saya berminat dengan cb radio, setakat ni di freq 477 hanya boleh dengar pekeja binaan sahaja....belum ada lg ke pengguna yang gunakan radio uhf sebagai alat komunikasi alternatif... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..saudara sebenarnya ramai yang menggunakan cb 477mhz selain dari pekerja binaan...cuma kebanyakkan mereka menggunakan handie dan ruber duckie atau telescopic antenna sahaja. Sekiranya menggunakan antena yang ada gain seperti dalam blok saya yakin anda akan dapat berhubung dengan mereka. Lagi satu kerana freq. banyak boleh di gunakan maka masa dan freq yg di gunakan mungkin tidak sama., maka kebarangkalian peluang untuk berqso tu tidak kena. Namun pada pendapat saya cara yang terbaik adalah ramaikan rakan atau buat group sendiri dan berqso lah sekerap mungkin, nanti pasti anda berpeluang berqso dengan peminat CB Radio yang anda tidak kenal.
      Selamat ber qso di citizen band radio, saluran alternatif selain ham radio atau handfone

      Delete
  9. Assalam boleh ke sya menggunakan handie baofeng UV-5R sebagai CB Radio.

    ReplyDelete
  10. Salam, anda boleh menggunakan apa2 handie, yang penting freq. yang anda gunakan untuk memancar adalah CB frequency 446Mhz atau 477Mhz UHF(400 - 480Mhz)..dan CB frequency tidak ada pada frequency VHF (130 - 174Mhz). Programkan frequncy UHF pada handie anda dan gunakan nya untuk berkomunikasi sesama rakan CB atau famili....Selamat berkomunikasi di jalur rakyat CB (citizen band radio)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan nik blh bg nopon x....sy berminat ..

      Delete
    2. Salam tuan nik blh bg nopon x....sy berminat ..

      Delete
  11. Salam..saya berminat..ade tempat boleh saya refer
    Email sy mohamadyusrisaberi@gmail.com

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Salam dan tumpang lalu tuan admin. Terimakasih dengan adanya blog ini bolehlah saya memahami apa itu cb radio.Saya ada radio jenis WOUXUN 950P tapi tak tahu nak gunakan.

    ReplyDelete
  14. salam Tok Wan, sebenarnya model wouxun uv950p tu quad aband mobile yang boleh di program untuk 27mhz 446mhz dan 477mhz, berpandukan jadual yang di sediakan oleh mcmc yang link kan diatas tu programkan kedalam kuv950 dan gunaka quad band mobile antenna untuk di gunakan pada cb 27mhz, 446mhz dan 477mhz dan mode yang disediakan oleh radio wouxun ni adalah FM MODE, Selalunya mode fm untuk cb 27mhz tidak berapa jauh jarak komunikasi yang boleh di capai. Tapi penting anda boleh gunakan radio pada frequency yang dibenarkan oleh MCMC.

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Salam Admin. Sy berminat nk join. No wassap sy 0197831716. Sy gna kn UV_5R

    ReplyDelete
  17. salam tuan admin..boleh sy tau dimana nak cari kedai utuk CB radio ni? sy pun berminat nak join..ade tak tempat boleh sy refer?dah biasa menggunakan walkie talkie..sy tinggal di gombak..no wassap sy.. 0123711931

    ReplyDelete
  18. Boleh add tak 0183591933....guna baofeng uv t8 boleh ker

    ReplyDelete
  19. Salam admin.sy berminat nk join.nie no wassap sy jai 0192857862.guna icom ic-v90

    ReplyDelete
  20. Salam tuan, boleh masukkan saya dalam group Whatapps 01117808055

    ReplyDelete
  21. Salam tuan.. saya nak cari sebiji cb radio 27mhz ne mna boleh cari yg da terpakai dan yg murah.. da puas cari kat google harap ada info dari admin.. klu ada kwn jual cb 27mhz ne tlg info bang.. ne no hp saya 01131530454. De 113MB1548 73'

    ReplyDelete
  22. Salam tuan... sy nk tanya.. sy pengguna baru baofeng uv-5re... boleh menggunakan cb radio ke... ni no sy 01112359606.. newbis,minta tunjuk ajar k

    ReplyDelete
  23. salam tuan, sy pun nak join jgk .ade rdas tp krang ilmu. ni no sy 01129903184.. sya masi baru mhon tnjuk ajar .

    ReplyDelete
  24. Salam.. ada tak ape2 group di facebook?

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum.. Saya sekarang berada di Australia dan bercadang untuk membeli set handie Motorola mj29r (2 wat citizen band 80ch). Bolehkah walkie talkie yang dibeli di Australia (comply Australian standard) digunakan di Malaysia tanpa cop sirim?

    ReplyDelete
  26. Sya zulkrnain dr sabah.berminat mo join cb ni

    ReplyDelete
  27. Salam. Tuan nik, macam mana yer saya nak joint?

    ReplyDelete

  28. Salam. Tuan nik, macam mana ye saya nak joint?no fon saya 0104316214

    ReplyDelete
  29. assalamualaikum sya berminat nk join blh

    ReplyDelete
  30. Salam. Saya pengguna boefeng uv5r yg baru. Saya beli 5 unit utk konvoi keluarga di tahiland. Saya tak brapa faham krn saya terlalu baru dalam bidang ni. Soalan saya, utk mengelakkan dr crossline dr channel yg sama, bolehkah saya set frekuensi sesama kami 5 unit sendiri? Kalau boleh, apa frekuensi range yg patut saya guna? Saya berhajat utk 2 keadaan. Saya inginkan 1 frekuensi utk kegunaan kami dalam bangunan dan 1 frekuensi lagi di kawasan lapang. Maksud saya, ketika di kwsn bangunan, saya guna frekuensi setting no 1 dan di kwsn lapang, saya guna frekuensi setting 2 contohnya. Bolehkah begitu? Legalkah? Apa range frekuensi sesuai utk bangunan dan frekuensi sesuai utk kwsn lapang? Maaf tuan, saya sangat2 baru dan tak brapa nak faham bab ni. Mohon tunjuk ajar dr yg tahu. Insya Allah Jazakallaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan, penggunaan walkie talkie dilarang di Thailand. Kesalahan besar. Biasanya penjara.

      Delete
  31. Salam tuan.saya peminat radio cb.add whatsapp atau telegram sy 0194341666

    ReplyDelete
  32. Salam..tuan..sya minat utuk tahu pasal CB Radio..add whatsaap atau telegram sya 0169637962..TQ

    ReplyDelete
  33. Salam tuan sy berminat nk join.ada ke grop whatapp,kalau ada bleh join kn sy x.ni no sy,01139936965

    ReplyDelete
  34. Salam tuan, sy faizull dan bberminat utk join group.. nie no sy... 0164799067

    ReplyDelete
  35. Sy berminat.. Tuan WhatsApp atau telegram sy 0147162584

    ReplyDelete
  36. Salam jaluran cb bossqu. Add whatsapp group cb radio kalo ada 0122457677

    ReplyDelete
    Replies
    1. bleh register sebagai ahli CB di 113ON
      https://goo.gl/forms/xWCtl3mIJWc3CbwV2

      Delete
  37. Salam jaluran cb bossqu. Add whatsapp group cb radio kalo ada 0122457677

    ReplyDelete
  38. Salam sejathera admin. Berminat join cb radio. Tlg WhatsApp saya 0187724996

    ReplyDelete
  39. Salam tuan saya berminat nk join CB radio, tapi callsign tk ada klau ada group whatsapp add saya 0164251772

    ReplyDelete
  40. Assalam tuan...saya ady dr batu caves...sy pengguna baru dlm cb radio...ad walkie talkie dan radio set...tapi ilmu kurang...boleh add sy tuan dlm group 0196442141

    ReplyDelete