Hobi dalam bidang radio komunikasi ini timbul dihati saya bilamana Radio dan Televisyen Malaysia menyiarkan drama TV berjudul 'BJ And The Bear' sekitar tahun 1970an, masa itu saya masih di bangku sekolah rendah. Sejak itu pantang ada cerita di TV menggenai penggunaan Radio 'Walkie-Talkie', saya tidak akan ketinggalan mengikutinya. Bilamana saya mulai masuk ketingkatan 4 Sekolah Menengah aliran sains di bandar, saya mulai mencari buku-buku berkenaan dengan projek pemancar radio, maka secara tak langsung jadilah saya sebagai pelanggan tetap majalah PW (practical Wireless). Dari situlah bermulanya hobi berkenaan elektronik dan perhubungan radio ini, terus terang saya katakan saya mengenali HAM RADIO melalui CB Radio, pembacaan majalah berkenaan radio seperti Practical Wireless, Practical Electronics, Transmitters Design dan berbagai lagi. Pada tahun 1983 saya cuba mengambil peperiksaan RAE, AlhamduliLLAH lulus, tahun berikutnya saya cuba mengambil peperiksaan CW tapi malang tak lulus. Maka jadilah saya Cber, sehinggalah tahun 1997 lesen Ham Radio kelas B diperkenalkan.
CITIZEN BAND RADIO mulai sah digunakan Di Malaysia bilamana pihak MCMC atau Malaysia Communication and Multimedia
Commission atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengeluarkan notis pemberitahuan mengenainya pada 1 April 2000. Kemudian di tambah beberapa jalur frekuensi pada 1November 2004, Pengguntukan Kelas PUB416 Jilid 48,No.22, tambahan 69(B) di keluarkan dan secara otomatik membatalkan Penguntukan Kelas P.U.(B) 109 yang di keluarkan pada 1 April 2000.Di dalam pemberitahuan itu Citizen Band Radio di namakan Perhidmatan Radio Peribadi atau Personal Radio Service.
Link:http://www.skmm.gov.my/link_file/registers/cma/ClassAssignment/pdf/CA_01_April_2010.pdf.
Jalur Frekuensi adalah seperti berikut :
a. HF CB 26.9650MHZ hingga 27.4050MHZ (40 Channel) 4Watt AM-FM 12 Watt pep SSB
b. UHF CB 477.0125MHZ hingga 477.4875 MHZ (40 Channel 5Watt FM-PM)
c. UHF CB 477.5250MHZ hingga 477.9875MHZ (40 Channel 0.5Watt FM-PM)
d. UHF PMR 446 MHZ 446.00625 Mhz hingga 446.09375 Mhz (8 Channel for analog)
UHF 446.103125 Mhz hingga 446.196875 Mhz (16 Channel Digital)
Video Clip: Smokey and the Bandit
Penggunaan CB Radio di Malaysia tidak memerlukan lesen selagi penggunaannya mengikut syarat penguntukan kelas pemberitahuan oleh MCMC (SKMM).
Diantara drama-drama TV atau Filem yang menggunakan peralatan CB Radio didalamnya adalah:
1. B.J And The Bear (1979-1981) kalau tak silap kat RTM 1
2. Hardy Boys And Nancy Drew Mysteries (1977-1979) RTM 1
3. Smokey and The Bandit (movie 1977)
4. Smokey an The Bandit 2 (1980)
5. Smokey and The Bandit 3 (1983)
6. Convoy (1978)
7. Breakdown (1997)
8. Joy Ride (2001)
9. The Dukes Of Hazard
10. Joy Ride 2 (2008)
11. Twister (1996)
12. Black Dog (1998)
13. Death Race
Tentu diantara anda yang ada menyimpan VHS atau Cd untuk filem-filem diatas, seronok rasanya kalau saya dapat menyimpan koleksi filem-filem ini.
Dibawah ini saya perturunkan bebrapa klip dari filem-filem diatas yang dicari dari 'you tube' untuk mengembalikan nostalgia anda semua kepada CB Radio.
Filem Convoy ini keluaran tahun 1978 di arah oleh Sam Peckinpah lakunan oleh Kris Kristofferson, Ali MacGraw, Ernest Borgnine dan Burt Young.
Filem Joy Ride atau Roadkill keluaran tahun 2001 di lakunkan oleh Paul Walker,Leel Sobieski dan Steve Zanh
Love your Blog on CB Radios for newbies... Keep up the good work... Cheers 73... Rodney 9W2YJ www.donnyyeo.com
ReplyDelete1)Askm macammana saya nak gunakan SSB tu untuk capai ribuan km
ReplyDelete2)calling Channel 11 dan 30 tu brapa mhz
Saudara asni. SSB signal yang di keluarkan oleh cb transceiver tu lebih sikit power ouputnya sekita 12watt pep dalam bentuk narrow bandwidth, jadi jarak jangkauan agak jauh sedikit berbanding dengan AM mode, itu lah kelebihan mode SSB.
DeleteCalling Channel yang di sarankan MCMC adalah CH 11: 27.085MHZ dan CH 30 adalah 27.305MHZ.
Salam buat Nik Remeli, saya baru juga terlihat blog anda dan mulai meminati CB radio ini. Diharap blog ini terus memberi maklumat kepada newbie seperti saya. Saya akan terus setia menanti update blog anda. Thanks!
ReplyDeleteOK vincent thank kerana melawat blog saya. teruskan minat anda dan yang penting belilah sebuah cb transceiver multimode seperti ranger rci 2950 ke, magnum 257 ke atau sekurang-kurangnya ada mode SSB, baru seronok berhubung dengan dunia luar.
ReplyDeleteSaya berminat juga CB ini. Tapi di mana kedai/kedai online di Malaysia ada menjual radio CB? Apa jenis CB yang dibenarkan oleh SKMM yang tidak memerlukan AP dari SIRIM/QAS? Seseorang mengimport CB radio dari USA/luar negara yang menepati spesifikisi peraturan SKMM. Adakah AP (Approval Permit) dari SIRIM QAS diperlukan juga? Terima kasih. Siera
ReplyDeleteBetul tuan,
DeleteBagaimana dengan Import permit jika beli dari luar negara?
Pengalaman saya untuk membawa masuk walkie-talkie range 400-470MHz yang telah preset 446MHz pun satu penyeksaan.
SIRIM pening, SKMM tak amik peduli dan sering outdate...
Adakah dengan "duit kopi" je boleh selesai. Sungguh tidak beriman dengan rasuah berleluasa.
I would like to join the CD Malaysia. How are do go about it.
ReplyDeleteOk anda boleh search di mudah.com atau youry marketing atau memalui ebay atau order terus dari pengeluar cb di negara China. Belilah yang multimode iaitu ada am,fm dan SSB baru seronok untuk Dxing (berhubung dengan station yang jauh).
Deletebos kalau boleh dapat radio CB murah bgtau kawan, 113MB878
DeleteHabis la aku punya kg-uv8d di ambik dek anak aku bau kedai tak hilang lagi lepas tu mintak pulak e mail Pok Nik, nak callsing la tu. Nasib baik kg-uv950p tu melekat kat kereta. Huhhh . Pok Nik blog ni kena aktiv.113 DTR 040 73.
ReplyDeleteTok Wan tak pe bagi jer biar ada pengalaman gunak cb radio sebelum menjadi radio amateur operator....
Deletepok nik 113 DTR 010
Assalam tuan nik remeli..sy nk tanya kt kedai mane yg ade jual cb radio tu?sy berminat..sy nk belajar dri tuan.
ReplyDeleteAssalam tuan nik remeli..sy nk tanya kt kedai mane yg ade jual cb radio tu?sy berminat..sy nk belajar dri tuan.
ReplyDeletesaya baru nak berjinak2 dalam bidang radio ne....selalunya frequency radio baofeng UV-5R ada 6 digit. tapi CB radio ada sampai 8 digit.. radio uv5r ne boleh join cb radio 8 digit tu?
ReplyDeleteLucky you :)
ReplyDeleteIn Poland we have much less.
Cb at 27Mhz 40 channels am-fm 4W SSB 12W
And 16 channels of PMR at 466MHz with 0.5w and permanentny assemblera antena.