CB radio ni menggunakan crystal 27.185Mhz, power output lebih kurang 1 Watt. Jarak perhubungan dengan menggunakan telescopic antenna 6 kaki adalah sekitar 3 batu. Cukup untuk kegunaan bersembang dengan rakan-rakan di sekitar rumah kediaman !.
Menggunakan FM Modulation bererti penerimaan isyarat adalah lebih baik dan jelas berbanding AM atau SSB, cuma kelemahan modulasi FM ni ianya agak sukar untuk tujuan 'DXing'. Tapi yang penting hati berasa puas sebab transceiver tu buatan sendiri walaupun jarak perhubungan sekitar 3 batu sahaja.
Ini adalah CB transceiver keluaran tahun 70an yang masih boleh digunakan sampai sekarang, keluaran National Panasonic model RJ-27 kuasa keluaran 100mw, jarak perhubungan sekitar 2 batu. Satu lagi adalah keluaran Tokai Japan model TC-315A 6 Channel, power output 350mw dan jarak perhubungan lebih kurang 3 batu.
Dalam membuat peralatan transceiver atau transmitter, perkara yang paling sukar sekali untuk di buat ialah 'coil' atau inductor. Selalunya saya akan mengambil dari radio transistor yang lama-lama yang tidak digunakan. Bilangan coil atau lilitan dikurangkan mengikut frequency yang di perlukan. Untuk kegunaan frequency CB (26.695MHZ ke 27.405MHZ) sekitar 12 lilitan size 24 swg perlu untuk dililit pada 'inductor core' atau inductor former.
Coil dililit pada former dengan berhati-hati agar wire tembaga tidak bengkok yang boleh menyebabkan nilai inductor akan berubah. Atau boleh juga di buat dengan menggunakan mata drill mengikut size yang kita perlukan seperti di bawah. Coil atau inductor ini dipanggil 'air core inductor' kerana ia tidak mempunyai teras (core) ditengah-tengahnya.
Perlu diingat apabila menggunakan dawai tembaga, ia perlu dikikis menggunakan pisau atau kertas pasir bertujuan membuang penebat yang disalutkan padanya.
Variable Capasitor juga perlu dalam pembuatan peralatan pemancar atau transceiver. Komponen ini di gunakan untuk tujuan 'tuning' atau menala setiap frequency sehingga mencapai ke tahap yang di perlukan. Masa dulu saya menggunakan radio 'shortwave' untuk tujuan menala gelombang yang diperlukan. Mujurlah dulu bapa ada memliki radio receiver yang mempuyai sw1, sw2 dan sw3, pada sw1 gelombangnya dari 1.9mhz hingga 6mhz, sw2 dari 5mhz hingga 12mhz dan sw3 dari 12 hingga 27mhz. Radio bapa ni akhirnya menjadi korban eksperimen yang saya lakukan.
Radio inilah menjadi teman hiburan samada mendengar berita, drama radio dan paling seronok mendengar siaran luar negara, terutama radio singapura siaran lagu-lagu hindustan..he..he..Di bumbung rumah kami rentangkan dawai dan hujungnya di sambungkan ke radio, kalau istilah radio dipanggil 'longwire antenna'. Bila saya mula membaca majalah PW (practical wireless) maka ilmu baru yang saya perolehi bila pada gelombang sw terdapat banyak bunyi 'suara itik' atau istilah radio 'donald duck sound' dan ini di panggil 'ssb' atau single sideband. Disebabkan radio reciever shortwave cuma menerima siaran 'am' atau amplitude modulation maka kita perlu memasukkan semula 'carrier wave' atau gelombang pembawa bagi membolehkan suara itik di fahami. Dari situlah keronokan mendengar radio menjadi lebih ghairah lagi kerana saya dapat mendengar macam-macam berita dan perhubungan radio,perhubungan kapal laut, kapal terbang antara negara dan macam-macam lagi . SERONOK !. CB radio masa dulu lebih kepada 'am' mode, jadi tidak perlu menambah semula carier pembawa (BFO) pun, percakapan yang kita dengar sudah boleh kita fahami. Contoh seperti walkie-talkie cb National Panasonic RJ-27 dan Tokai TC-315A juga menggunakan Am mode.
Untuk membuat CB transmitter mode FM ni sangatlah mudah dewasa ini kerana Motorola Component atau sekarang ni Freescale ada mengeluarkan IC untuk tranmitter dan receiver. MC2831A dan MC2833P misalnya boleh digunakan untuk FM transmitter. MC3362P dan MC3363P adalah 'complete' ic untuk litar penerima FM dari input frequency hingga ke fm detector cuma perlu tambah bahagian audio sahaja.
No comments:
Post a Comment