Wednesday, 23 March 2011

CB RADIO RECEIVER




Salam, pada posting kali ini akan di tunjukkan bagaimana untuk membuat bahagian receiver pula . Untuk peringkat receiver (penerima) di sini digunakan Motorola MC3362 kerana ic ini mengandungi kesemua peringkat litar bagi sebuah alat penerima FM (NarrowBand). Ia merupakan ic'Dual conversion" receiver dimana ianya mempunyai 2 peringkat IF frequency iaitu 10.7 Mhz dan 455 khz.. Kelebihan circuit radio penerima seperti ini adalah unutk tujuan penapisan 'image IF' yang berlaku bilamana 2 gelomban IF dan gelombang RF yang bercampur dalam circuit Mixer akan menghasilkan sejumlah gelombang yang boleh mendatangkan gangguan semasa proses detector dilakukan dan dapat didengar pada speaker. IC Motorola MC3362  mengandungi 24 pin seperti dibawah.



IC Motorola yang telah di pasang pada PCB


PCB paten yang saya gunakan adalah seperti berikut
PCB diatas menggunakan ic untuk audio LM380N 8pin dimana kuasa keluaran ke speaker adalah sekitar 2.5 watt. Manakala PCB bawah menggunakan ic untuk audio LM386 sekitar 1 watt kuasa keluarannya.

No comments:

Post a Comment