Sunday, 29 May 2011

SEPASANG CB TRANSCEIVER


Salam, foto diatas menunjukan sepasang CB Transceiver NBFM yang telah siap di masukkan kedalam casing yang sesuai. Foto di sebelah kiri menunjukkan satu ruang yang masih belum dipasang dengan RF Booster 2.5Watt. Tanpa RF PA kuasa yang dikeluarkan adalah sekitar 10mW sahaja.

Untuk mengira crystal yang diperlukan untuk kegunaan Cb radio ini, maka perlulah kita tentukan apakah frequency yang kita hendak gunakan pada bahagian pemancar CB. Misalnya kita gunakan crystal pada bahagian pemancar adalah pada channel 19 iaitu TRUCKER CHANNEL (27.185 MHZ), maka pada bahagian receiver crystal yang perlu digunakan adalah 27.185 Mhz + 10.7 Mhz (IF frequency)=37.885Mhz adalah nilai crystal yang perlu kita gunakan pada bahagian receiver. Perlu diingatkan bahawa ic motorola MC3362 adalah dari jenis dual conversion receiver, iaitu ianya mempunyai 2 peringkat IF (intermediate frequency), iaitu 10.7 Mhz dan 455 Khz. Bersambung

No comments:

Post a Comment