Salam, Pada kali ini saya akan bercerita mengenai frequency counter, atau penunjuk frequency. Kebanyakan CB radio cuma mempunyai CHANNEL indicator sahaja yakni penunjuk nombor channel sahaja bukan frequency 27MHZ seperti yang kita fahami di mana CB Radio frequency berada pada julat 26.695MHZ hingga ke 27.405MHZ (CHANNEL 1 hingga CHANNEL 40). Jadi kita memerlukan frequency counter untuk mengetahui pada CH 15 itu apakah frequency yang di keluarkan oleh pemancar atau transmitter sebenarnya. Harga sebuah frequency counter yang paling murah pun berharga sekitar RM170.00. Apakata kalau kita mampu membuat sendiri frequency counter yang boleh membaca frequency sekitar 1HZ hingga 50MHZ ??. Tentu menyeronokan hasil kerja tangan kita sendiri. Dan ianya bolehlah kita letakan pada CB TRANSCEIVER yang tidak mempunyai frequency counter !.Apa yang anda perlu ialah bebrapa biji resistor, crystal 4Mhz, 16 x 1 LCD Display, 5volt voltage regulator, transistor npn, inductor 10uH, capasitor, PIC16F84 serta kebolehan memprogram PIC Chip. Dibawah ada foto-foto yang boleh di jadikan sebagai panduan.
Hexidecimal yang perlu di programkan kedalam PIC 16F84 (hex.f002)
Cukup simple kan?
Sebuah frequency counter yang siap dipasang pada homebrew HF Transceiver seperti yang di tunjukan dibawah
Seperti yang dapat dilihat frequency counter ini boleh dibuat pada stripboard sahaja tidak memerlukan PCB board yang perlu di 'etch' atau sebagainya.
No comments:
Post a Comment