Kali ini saya akan memperkenalkan CB Transceiver dari jenama TEAM. Kebanyakan jenama ini di ekspot ke negara Eropah seperti England, Russia, German, Sweden dan sebagainya kerana negara eropah buat masa ini cuma membenarkan penggunaan Mode AM / FM sahaja. Tapi mengikut group-group CB Radio yang aktif mengatakan mulai tahun 2012, peraturan radio CB di negara Eropah akan berubah dimana CB Radio yang mempunyai MULTIMODE boleh digunakan, cuma perlu menunggu pengumuman rasmi sahaja!.
Berbalik kepada CB Transceiver TEAM MC-8 ianya berkuasa 4 Watt FM dan 1 Watt AM. Mempunyai LCD display berlatar belakang warna led cerah, Tone switch, CHannel scanning, S-meter, Dual Watch, Priority CH 9 (for truckeror Highway monitor), Rotary CH selector,External s-meter, External speaker, UP DOWN Mic dengan tone switch, berukuran 131 x 32 x 145 mm, seberat 750gram sahaja.
Dengan keadaan saiznya yang kecil, membolehkan TEAM MC-8 diletakkan dimana-mana sahaja kerana ianya sangat kompak. Receiver sensitivity agak ok sekitar 0.6uV per 60dB. Semasa mengadakan ujian dengan rakan CB, SD115 yang berada lebih kurang 5 KM dari tempat saya mengatakan audio yang diterima adalah cukup jelas audio nya begitu juga dengan readiblity 5 X 9 +20 dB. Saya menggunakan MODE AM dengan kuasa keluaran cuma 1 Watt Sahaja.
Satu keunikan yang ada pada TEAM MC-8 ini adalah keupayaannya untuk monitor dua CH berselang seli sebagai contoh CH 9 dengan CH 11. Saya menggunakan antenna CB ALAN CTE 5/8 Lambda.
Dibawah ini ada beberapa foto TEAM MC-8 yang sempat di `upload`kan.
Di bawah ini ada di tunjukkan video klip semasa ujian penerimaan (receiver sensitivity) menggunakan CB TEAM MC-8. Video ini di ambil pada jam 7.00 pm waktu tempatan.
kat mana ade jual CB Radio..minat plk nk main benda n..
ReplyDeletekalau anda dekat kl boleh email saya nikremeli@hotmail.com
ReplyDeletemode am/fm sahaja tapi ok, sebab tak perlu ambil exam seperti radio amateur. beli cb transceiver terus pasang kat kereta atau rumah kena guna homebase antenna . kat kereta letak magnetic antenna terus boleh bercakap.
Salam,harap tuan dpt email sy di alifosman57@gmail.com,sy betul2 minat,dan sy nak belajar dari tuan
ReplyDelete