Terlebih dahulu perlulah kita mengetahui serba sedikit mengenai teori atau formula untuk mengira berapa panjang element radiator yang diperlukan untuk membuat vertical antenna. Aluminium rod atau electrical wire boleh digunakan sebagai radiotor element ataupun sebagai ground plan. Untuk mendapatkan `fullwave electrical wavelength` untuk sesuatu frequency bolehlah di gunakan formula berikut In feet 936/fc (Mhz) atau dalam meter 286/Fc (mhz). Dari formula tersebut maka untuk membuat 1/4 wave antenna maka 936/4 = 234, bersamaan dengan 234/Fc (Mhz) dalam kiraan kaki (feet). Untuk CB Radio frequency yang di gunakan sebagai asas kiraan adalah pada CH 20 iaitu 27.205MHZ. Dengan mengunakan formula tersebut bolehlah dikira panjang `radiator element` yang diperlukan untuk 1/4 wave antenna atau `groundplan antenna` iaitu 234/27.205mhz = 8.6 kaki (feet) atau untuk kiraan dalam inchi (inch) adalah 234x12=2808/Fc (mhz) iaitu 2808/27.205=103.2 inchi. Ukuran sebenar radiator element ialah semasa membuat antenna tuning menggunakan swr meter, dimana perlu di `trim` sehingga mendapat bacaan swr 1:1 atau tak melebihi 1:2.
Untuk `groundplan` atau radials` juga menggunakan aluminium atau wire yang yang sama panjang dengan `radiator element` dalam keadaan bersudut 45 degre seperti gambarajah diatas.
Untuk ujian SWR, gunakan frequency 27.205MHZ atau CH20 sebagai reference. Trim radiator element sehingga SWR tidak lebih dari 1:2, sebaik-sebaiknya adalah 1:1.
No comments:
Post a Comment