Gambarajah di atas menunjukkan contoh ukuran 1/2 wave dan 5/8 wave vertical antenna.
Untuk mengira ukuran panjang radiator element yang diperlukan untuk membuat 1/2 wave antenna , saya suka menggunakan formula berikut: full wave 936 X 1/2 = 468 iaitu 468 / F (MHZ) = feet (kaki). Oleh itu panjang yang diperlukan untuk membuat antenna CB 1/2 wave adalah 468 / 27.205 (ch 20) = 17.20 kaki (feet). Oleh kerana antenna ini adalah dari jenis 1/2 wave maka perlu di buatkan loading coil (matching coil) pada bahagian base radiator element itu supaya impedance` nya menjadi 50 ohm atau sehampir mungkin dengan impedance tarnsmitter output cb transceiver iaitu 50 ohm. Sebenarnya coil atau loading coil tidak begitu susah untuk di buat, cuma perlu membeli wire tembaga (enamel copper wire) bersaiz 18swg atau lagi besar lebih baik sekira nya kuasa transmitter dari cb transceiver melebihi 10 watt, bagi mereka yang suka memakai kasut!.
Gambarajah diatas menunjukkan 1/2 wave vertical antenna keseluruhan iaitu base coil, radial dan radiator element. size wire yang digunakan adalah 18swg (1.20mm Dia.) atau 19 swg (1.00mm Dia.), senyak 7 1/2 turns pada pvc 1" atau 22mm dia. Tap pada 1 7/8 turns dari bawah solder kan pada center coax wire dan screen coax di solder kan pada hujung coils. Hujung coil yang satu lagi di sambungkan ke radiiator element berukuran lebih kurang 17.20 kaki (feet).
Lukisan di atas menunjukkan bagaimana base coils di lilitkan pada pvc condiut berukuran 22mm atau lebih kurang 1 '' diameter.
Gambarajah di atas menunujukan bagaimana base coils yang telah di masukkan ke pvc cover bersaiz 22mm x 15mm..
Terpulanglah kepada anda samada hendak menggunakan aluminium rod atau electrical wire sebagai radiator element, sekiranya menggunakan electrical wire maka bolehlah di masukkan wire tersebut kedalam pvc paip berukuran lebih kurang 17.20 kaki (feet).
Di bahagian atas adalah rod radiator element.
Foto menunjukkan bagaimana coils telah di masukkkan kedalam pvc condiut agar terhindar dari habuk atau moisture yang boleh menyebabkan solder menjadi lekang atau tertanggal.
Bagi anda yang kreatif selamat mencuba dan menghasilkan cb antenna 1/2wave vertical antenna sesuai untuk tujuan local qso atau pun untuk `DXing`.
I am not able to view this web site correctly on chrome I believe there
ReplyDeleteis a problem
My web blog - why am i not getting pregnant