Selamat menyambut tahun baru 2013 di ucapkan kepada semua peminat CB RADIO dan pengunjung setia CB RADIO 113DT104. Untuk posting kali ini saya akan membicarakan tentang CB RADIO yang mulai melambak di pasaran dunia terutama dari keluaran negara CHINA. CB Radio yang di perbuat di Malaysia iaitu di Melaka, adalah bagi keluaran jenama Ranger Communication USA. Diantara CB Radio tersebut adalah bagi jenama Magnum, SuperStar dan Ranger. Untuk kegunaan di Malaysia, Ranger Communication mengeluarkan model Ranger TR-696M multimode. Tapi oleh kerana harga yang terlalu mahal untuk jualan di Malaysia maka model ini kurang mendapat sambutan bagi peminat CB Radio di Malaysia. Harga sekitar RM1300.00, sedangkan untuk pasaran USA model yang sama TR-696 (no FM and CW mode) hanya di jual sekitar USD175.00 sahaja dan sekiranya di beli melalui Ebay cuma lebih kurang RM700.00 sahaja termasuk posting bayangkan perbezaan harga tersebut.
Ranger TR-696M pasaran MalaysiaModel lain yang di perbuat di Malaysia adalah Galaxy Neptune III, Superstar SS-2400MKIII, Sea Eagle 6800
Model Superstar SS-2400MKIII mode AM / FM menggunakan chassis yang sama dengan Superstar SS-2400MKII multimode.
Galaxy Neptune III adalah jenis multimode.
Model Galaxy Neptune III adalah jenis multimode AM, FM, CW dan SSB.
Model Sea Eagle 6900 ini dalah jenis multimode AM, FM, CW dan SSB.
Ketiga-model CB Radio diatas adalah untuk jualan antarabangsa dan USA.
Oleh kerana harga CB Radio keluaran Ranger ini mahal untuk pasaran tempatan, maka ramai peminat CB Radio lebih suka membelinya samada melalui ebay atau Hong Kong untuk CB Radio keluaran negara CHINA. Pengalaman saya semasa diberi peluang menguji CB Radio jenis Ranger TR-696M ini, saya dapati CB Radio ini sangat sensitif serta noise ratio nya sangat baik sekali. Buatannya kemas, solderingnya menggunakan solder lead yang bagus serta berkilat tidak seperti CB Radio keluaran China yang soldering nya mudah tanggal sekiranya kita menggoyang kaki component nya. Saya berminat untuk memilikinya tapi kerana harganya yang mahal maka saya menahan diri dari membelinya kerana dengan harga tersebut saya boleh membeli 2 buah CB Radio samada dari USA atau dari CHINA bayangkan!
Sejak tahun 2008 negara China mulai muncul sebagai negara pengeluar peralatan komunikasi atau radio dua hala. Ini adalah hasil perpindahan teknologi dari kilang-kilang Amerika yang mula memindahkan syarikat pengeluaran mereka ke negara China disebabkan kos pengeluaran dinegara asal mulai meningkat. Negara China oleh kerana penduduknya ramai boleh menawarkan tenaga kerja yang jauh lebih murah berbanding dengan negara maju. Ini telah di ambil kesempatan sebaik mungkin oleh syarikat pengeluar peralatan komunikasi di China dalam menambah product peralatan CB Radio keluaran mereka untuk pasaran tempatan dan antarabangsa dan sejak itu kita mulai mengenali radio dua hala berjenama China seperti LUITON, VITAI, MOTOCOOPA, BEIFENG, BAOTONG, JINGTONG, KINGTONG, SHIJIETONG, SOONTONE, ANYTONE, NUT, WEIERWEI, WOUXON, NANFONE dan sebagainya. Dan jika kita berbicara mengenai harga, maka satu kelebihan yang ada pada product keluaran negara CHINA adalah harga peralatan radio dua hala itu adalah mengikut kemampuaan kita sebagai pengguna, kerana product adalah pelbagai katagori harga. Sebuah CB Radio yang paling murah boleh di beli dengan hanya sekitar USD25.00 (RM180.00) iaitu AM mode, 4watt dan mempunyai kemudahan PA system. Antara syarikat pengeluar atau pembuat peralatan CB Radio ini antaranya BOND TELECOM LTD (Luiton), QUANZHOU VITAI Electronic (Vitai), QIXIANG Electron Science (Anytone, Soontone), XINWEI Elctronic (Nanfone) dan sebagainya
CB Radio VITAI CB-168Plus, AM / FM mode, 4 Watt, bersaiz sebesar 160 x 48 x 138 mm sahaja. Seakan sama dengan Anytone AT-5289. Mempnyai CTCSS/DCS on FM mode dan harganya cuma USD35.00 ! sahaja.
Motocoopa MTP-5289 AM / FM mode, CTCSS/DCS on FM, Roger Beep plus echo, bersaiz kecil 158 x 48 x 138 mm dan harganya cuma USD125.00
VITAI CB-158 AM / SSB mode,bersaiz 115 x 38 x 150mm. Dan harganya ? cuma sekitar USD 125.00 ! sahaja.
VITAI CB-168 AM/FM mode, 40 CH, 4Watt, CH9/19, Dual Band Watch dan lain-lain feature, Harga antara USD35-40 sahaja.
LUITON LT-318 AM/FM ini merupakan model terbaru CB Radio dari LUITON. Kelebihannya bersaiz sebesar 2 Meter Ham Radio.kelihatan seakan ham radio, Mempunyai 3 baclight iatu red, blue dan green, PC programming, roger beep, Dual watch, Automatic change power supply 12v/24v, Auto scan dan pelbagai lagi feature yang tak terfikir oleh kita terdapat pada sebuah CB Radio. Dan pada pendapat saya model ini adalah model terbaik untuk am/fm mode setanding dengan MOTOCOOPA MTP-5289. Tetapi model LUITON LT-318 ini jauh lebih murah harganya berbanding dengan Motocoopa MTP-5289 iatu cuma sekitar USD35-40 sahaja !. Sekiranya anda berminat kenapa tidak membelinya melalui dengan search di http://www.alibaba.com/product-gs/747005796/LT_318_CE_cb_radio_27mhz.html. Minimum order adalah 1 unit.. Kesemuanya bersaiz sebesar HAM Radio 2 meter band!.
Dan yang top dan grand diantara product CB Radio dari CHINA adalah ANYTONE AT-5555, multimode AM, FM, SSB dan CW, PC programmed, roger beep, echo dan pelbagai feature terdapat pada model ini, cuma saiznya agak besar sedikit sesuai untuk kegunaan homebase iaitu 28 x 25 x 6cm. Dan bila bercerita mengenai harga mata kita akan terbuka sedikit, sebab harganya cuma sekitar USD149 (RM600) sahaja !. Anytone AT-5555 juga di jual dengan jenama HANNOVER BR-9000, CRT SS-6900, INTEk HR-5500, MAAS DX-9000, ALPHA MAX MA-1000 dan lain-lain mengikut negara dimana radio transceiver tersebut di pasarkan. Berita terkini dari Qixiang Electron Science akan mengeluarkan model baru AT-6666 (exsport model) yang jauh lebih kecil (besaiz 2 meterband mobile) berbanding dengan model AT-5555, model AT-6666 masih dalam peringkat ujian namun di jangkakan tidak lama lagi akan menemui peminat cb radio di pasaran
ANYTONE AT-6666
Mungkin suatu hari nanti peminat CB Radio mulai terlupa akan jenama besar CB Radio seperti UNIDEN, COBRA, MIDLAND, PRESIDENT, MAGNUM, RANGER, SUPERSTAR dan sebagainya. Namun apapun yang menguntungkan adalah peminat CB Radio, ini kerana mereka dapat membeli CB Radio yang harganya murah tetapi mempunyai pelbagai feature yang tidak terdapat pada CB Radio berjenama yang sudah dikenali!!.
Assalamualaikum tuan,syok sy baca entri ni. Mcm nk dapatkan sebiji letak dlm kereta
ReplyDeleteSalam azam, Anda boleh beki cb raduio di hotdeal marketing samada mode am sahaja cobra 25LTD atau multimode motocool mtp 7777. Anda boleh search hot deal marketing di website atau terus ke kedai mereka samada di jalan pasar (plaza pudu) di digital mall pj. Selamat berkomunikasi.
ReplyDelete