Selalu kita perhatikan pada CB Radio itu kebiasaanya mesti ada feature Roger Beep dan Echo dimasukkan pada spesifikasi CB Radio. Tahukah anda apa tujuanya?. Tidak semua CB Radio manufacture memasukkan feature Roger Beep atau Echo pada setiap CB Radio keluaran mereka. Ini bertujuan untuk mempelbagaikan dari segi harga dan keperluan pengguna CB Radio itu sendiri. Setengah pengguna atau penggemar CB Radio tidak suka pada feature Roger Beep dan Echo, maka tidak perlulah mereka membeli cb radio yang ada feature tersebut. Setengah Roger Beep ini, tone yang dikeluarkan boleh di ubah-ubah mengikut citarasa pengguna CB Radio tersebut. Contohnya Roger Beep pada FRS Radio Motorola mempunyai hampir 10 tone Roger Beep yang boleh dipilih untuk digunakan. Tahukah anda apa tujuan diadakan feature Roger Beep pada CB Radio?. Sebenarnya Roger Beep pada CB Radio bertujuan untuk memberitahu station penerima (RX station B) di sebelah sana bahawa station yang memancar (TX station A) telah habis bercakap dan menunggu mesej atau berita dari station(B) pula. Ini seolah-olah menggantikan perkataan `over` yang selalu digunakan oleh station radio perhubungan dua hala commercial. Setengah pengguna CB Radio tidak sukakan feature kerana bunyi tone yang bising dan menyakitkan telinga. Roger Beep tone ini akan berbunyi untuk seketika (beberapa second) pada station penerima (RX station B) bila station penghantar (TX station A) melepaskan push to talk switch (PTT) pada microphone. Tone yang di keluarkan samada short beep single tone atau beberapa tone (800hz, 1khz atau 1k2 tone). Keperluan pada Roger Beep ini tidak ketara bilamana perhubungan radio diantara dua station radio yang berdekatan kerana tone yang dikeluarkan akan menggangu pendengaran, oleh sebab bunyinya agak kuat. Tapi bila berhubung dengan station yang agak jauh maka agak sukar untuk menentukan samada station itu telah berhenti bercakap atau telah melepaskan PTT microphone. Maka disinilah Roger Beep akan memainkan perananya kerana short burst tone lebih jelas diterima berbanding dengan suara, maka station yang mendengar tidak tertunggu-tunggu untuk menjawab panggilan atau mesej yang di hantarkan. Contoh circuit roger beep tone yang anda boleh buat sendiri di atas `stripbord` bagi mereka yang tidak mempunyai feature Roger Beep pada CB Radio mereka.
Single tone roger beep circuit yang boleh dibina di atas strip board.
Bagi mereka yang merasa terganggu dengan bunyi Roger Beep Tone pada CB Radio mereka tidak perlulah membina circuit Roger Beep pada CB Radio mereka, tapi mereka tetap mendengarnya dari Cb Radio rakan mereka jadi kalau anda inginkan kawan anda juga terganggu dengan bunyi tone Roger Beep, maka anda perlu juga mempunyi feature Roger Beep kerana bila anda melepaskan PTT pada microphone, barulah rakan anda juga mendengarnya barulah adil kan!?.
ECHO
Echo feature yang ada pada CB Radio, ada setengah CBer`s sukakanya dan sangat ramai CBer`s yang tidak menyukainya kerana ianya mengganggu pendengaran dengan bunyi yang berulang-ulang keluar daripada speaker. Tapi sebenarnya sekiranya ECHO control di laraskan dengan baik dan pada minimum setting, ianya boleh menyebabkan audio modulation yang di hasilkan akan mengeluarkan bunyi yang lebih baik dan berkualiti gabungan `bass`dan `treble` semasa audio tersebut di pancarkan.
Contoh audio echo yang sangat menggangu pendengaran pengguna CB Radio.
Dan contoh Echo effect yang menghasilkan improvement sound quality.
Thanks to You Tube for the above video.
Jadi terpulanglah kepada peminat CB Radio sendiri sama ada ingin menggunakan kemudahan ECHO feature yang terdapat pada CB radio masing-masing yang penting sekali jangan sampai mengganggu pengguna CB Radio lain untuk menggunakan CB Radio semasa kecemasan dan sebagainya dengan gangguan bunyi echo yang berulang-ulang.
Contoh circuits echo effect yang boleh di buat sendiri di atas stripboard bagi mereka yang ada pengalaman soldering dan memahami electronic circuits.
Komponen utama untuk membuat echo effect ini adalah IC MN3005,6 dan 7 (bucket) dan MN3101 (time duration).
Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment