CB RADIO DI MALAYSIA


CB RADIO DI MALAYSIA

CB Radio atau CITIZEN BAND radio sangat popular di Amerika sekitar tahun 70an. Kemudian penggunaanya merebak ke negara-negara lain seperti Britain, Australia, New Zealand serta lain-lain negara. Kebanyakan negara di seluruh dunia sekarang ini, sudah tidak memerlukan personal lesen atau lesen CB Radio untuk menggunakan CB Radio, tidak sebagaimana penggunaan Radio Amateur yang memerlukan AA (lesen Pengendalian Radio Amateur) dimana pemiliknya perlu lulus ujian atau peperiksaan Radio Amateur. USA menggugurkan keperluan lesen CB Radio sekitar tahun 1982 di ikuti negara Australia termasuk UK pada tahun 2006 serta lain-lain negara eropah. Penggunaan CB Radio di Malaysia tidak begitu ketara kerana di Malaysia pada masa lalu sangat-sangat ketat peraturan mengenai pengunaan gelombang radio dan CB radio mulai sah di gunakan di Malaysia bilamana pihak MCMC (Malaysia Communication and Multimedia Comission) atau SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia) mengeluarkan notis pengumuman PENGUNTUKAN KELAS pada April 2000 dan di tambah beberapa frequency baru pada 1 APRIL 2010 ( Class Assignments no. 1 of 2010). Penggunaan CB radio di Malaysia TIDAK DI KENAKAN APA-APA BAYARAN atau MEMERLUKAN LESEN PERIBADI (AA) seperti RADIO AMATEUR selagi penggunaanya mengikut peraturan-peraturan yang di sebutkan didalam PENGUMUMAN PENGUNTUKAN KELAS,. Jadual ke lima adalah penerangan untuk CB RADIO atau PERSONEL RADIO SERVICES. CITIZEN BAND RADIO (CB Radio) atau Personal Radio Service (PRS) yang di benarkan untuk di gunakan tanpa lesen di Malaysia mestilah menggunakan frequency berikut: 1. 26.965 Mhz to 27.405 Mhz multimode 4 Watt AM/FM 12 Watt pep SSB (HF 40 Channel) 2. 477.0125 Mhz to 477.4875 Mhz FM mode 5 Watt (UHF 39 Channel) 3. 477.525 Mhz to 477.9875 Mhz FM mode 0.5 Watt (UHF 39 Channel) (Akan Di BATALkan penggunaanya mulai 1 Jan 2021 )4. PMR 446.00625 Mhz to 446.09375 Mhz FM mode 0.5Watt (8 Channel) 5. Digital PMR 446.103125 Mhz to 446.196875 Mhz Digital FM mode 0.5 Watt (16 Channel). Jadi disini menunjukkan sekarang ini orang ramai tidak dihalang untuk menggunakan peralatan radio comumunications tanpa perlu mendapatkan lesen peribadi selagi penggunaannya mengikut terma dan syarat MCMC (SKMM), kerana ianya tidak perlu menduduki apa-apa peperiksaan seperti Radio Amateur atau Ham Radio. Anda boleh menubuhkan group atau KELAB CB RADIO dikalangan rakan-rakan anda dan memilih senarai frquency mana yang anda ingin gunakan, samada CB HF 27 Mhz atau UHF CB FM 477 Mhz atau PMR 446 Mhz atau kesemua frequency yang di benarkan dengan membeli transceiver atau walkie-talkie untuk HF 27Mhz CB dan UHF 446Mhz atau 477Mhz. Sesungguhnya hobi di bidang radio ini mempunyai keseronokan tersendiri yang tidak ditemui dalam hobi yang lain, kenapa anda tidak ceburi dan rasai sendiri keseronokan bersembang dengan rakan-rakan yang anda kenali atau baru ingin mengenalinya melalui udara tanpa memikirkan bil yang harus dibayar seperti penggunaan talipon bimbit.!!!. Melakukan eksperimen atau membuat sendiri CB antenna, power supply atau melakukan DXing dengan berkumpul sesama rakan CBer. Jarak perhubungan purata CB radio adalah di antara 2km hingga 18km dimana dalam masa-masa tertentu boleh mencapai sehingga ribuan km sekiranya anda menggunakan HF CB 27Mhz mode SSB (USB atau LSB) !!!.

CB RADIO ADALAH UNTUK KEGUNAAN SEMUA RAKYAT DI MALAYSIA. TANPA PERLU MEMBAYAR SEBARANG LESEN PERIBADI ATAU MENGAMBIL SEBARANG PEPERIKSAAN !. TUNGGU APALAGI BELILAH CB TRANSCEIVER DAN MULAI `ON AIR`Yang perlu cuma anda membeli sebuah CB Transceiver, power supply dan antenna atau Mobile CB antenna (untuk kegunaan pada kereta, lori, caravan atau bas). Anda boleh membeli CB Transceiver samada melalui on-line seperti melalui Ebay, Mudah.my, Lelong.my atau AliBaba.com atau kedai yang menjual Radio Transceiver samada di Jalan Pasar KL atau Low Yatt Pudu Kl. Tak kira anda siapa, peguam, jurutera, pemandu bas, pemandu trailer kontena, pemandu teksi, guru atau sebagainya yang penting anda sukakan hobi perhubungan radio maka cb radio ni sangat berguna untuk anda gunakan semasa dalam perjalanan, semasa berkonvoi, semasa kecemasan atau hanya untuk sembang-sembang. PERINGATAN ! Adalah menjadi kesalahan disisi undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), menggunakan sebarang peralatan komunikasi dua hala selain dari CB RADIO atau PMR di dalam kenderaan atau sebagainya tanpa memiliki lesen (AA) yang sah, jadi satu-satunya alat komunikasi dua hala yang tidak memerlukan lesen untuk digunakan adalah CB RADIO atau PRS RADIO.

Anda boleh mula 'on air' dengan monitor di CH 11 (Calling Channel 27.085 MHZ) atau CH 30(27.305 MHZ) !. Semoga kita bertemu di udara di CH 11 atau CH 30 atau dimana-mana CH yang dibenarkan (40CH). Yang perlu anda ketahui MCMC menetapkan CH 9 (27.065 MHZ) adalah untuk tujuan KECEMASAN (CH EMERGENCY) dan CH 11 (27.085 MHZ) adalah CH PANGGILAN (CH CALLING). CH 1: 26.965 MHZ CH 2: 26.975 MHZ CH 3: 26.985 MHZ CH 4: 27.005MHZ CH 5 : 27.015 MHZ CH 6: 27.025 MHZ CH 7: 27.035 MHZ CH 8: 27.055 MHZ CH 9: 27.065 MHZ (EMERGENCY) CH 10: 27.075 MHZ CH 11: 27.085 MHZ (CALLING) CH 12: 27.105 MHz CH 13: 27.115 MHZ CH 14: 27.125 MHZ CH 15: 27.135 MHZ CH 16: 27.155 MHZ CH 17: 27.165 MHZ CH 18: 27.175 MHZ CH 19: 27.185 MHZ CH 20: 27.205 MHZ CH 21: 27.215 MHZ CH 22: 27.225 MHZ CH 23: 27.255 MHZ CH 24: 27.235 MHZ CH 25: 27.245 MHZ CH 26: 27.265 MHZ CH 27: 27.275 MHZ CH 28: 27.285 MHZ CH 29: 27.295 MHZ CH 30: 27.305 MHZ (Indonesian CBer`s Active) CH 31: 27.315 MHZ CH 32: 27.325 MHZ CH 33: 27.335 MHZ CH 34: 27.345 MHZ CH 35: 27.355MHZ CH 36: 27.365 MHZ CH 37: 27.375 MHZ CH 38: 27.385 MHZ CH 39: 27.395 MHZ CH 40: 27.405 MHZ.

CALLING CHANNEL UNTUK GROUP 113 DTR ADALAH CH 14 AM CALLING, CH 20 FM CALLING DAN CH 22 SSB CALLING. (113DTR xxx). http://113dtr.blogspot.com/

Bagi mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, Gombak dan sekitarnya boleh membuat pangilan di CH 14 AM CALLING (27.125Mhz) CH 20 FM CALLING (27.205Mhz) dan CH 22 USB CALLING (27.225MHz). Untuk UHF CB CH 19 477.23755Mhz, CH 30 477.375Mhz FM MODE sahaja.

Unofficial International Calling Frequency adalah 27.555MHZ, anda boleh cuba memanggil international CBer station di Frquency ini.

Pengguna CB Radio selalu menggunakan 10 CODE untuk meringkaskan perbualan mereka di radio diantara CODE yang selalu di gunakan di CB Radio adalah;
  • 10-1: Receiving Poorly
  • 10-2: Receiving well
  • 10-3: Stop transmitting
  • 10-4: Ok, message received
  • 10-5: Relay message
  • 10-6: Busy, stand by
  • 10-7: Out of service
  • 10-8: In service
  • 10-9: Repeat Message
  • 10-10: Transmission completed, standing by
  • 10-11: Talking too rapidly
  • 10-12: Visitors present ... Shhhh!
  • 10-13: Advise weather/road conditions
  • 10-17: Urgent Business
  • 10-20: Location
  • 10-34: Trouble at this station, help needed
  • 10-42: Traffic accident
  • 10-43: Traffic jam
  • 10-70: Fire at truck stop
  • 10-73: Speed trap
  • 10-99: Mission completed, all units secure
  • 10-100: Emergency operation on Channel
  • PERINGATAN PENTING: Bagi peminat radio cb atau sebarang radio dua hala, sekiranya anda berhajat untuk melancong ke negara Thailand anda di nasihatkan untuk tidak membawa serta menggunakan sebarang peralatan Radio dua hala atau Walkie -Talkie, Transceiver atau Mobile radio, Sekiranya anda tidak memiliki sebarang lesen radio samada lesen Radio Amateur atau lesen Radio Komersial kerana bagi negara Thailand adalah menjadi kesalahan mandatori memiliki peralatan radio perhubungan dua hala tanpa lesen yang sah. Anda boleh di tuduh sebagai pengintip dan menggugat keselamatan negara Thailand. Anda boleh dipenjara 7 tahun atau denda sekitar RM51,000.00(bukan warga Thailand). Jadi berhati-hatilah dengan undang-undang perhubungan radio di setiap negara.

  • Satu lagi perkara yang perlu di ambil perhatian adalah kebanyakan CB RADIO perlu di sambungkan microphone pada microphone connector barulah speaker nya mengeluarkan bunyi, kalau tidak speaker CB radio langsung tidak mengeluarkan bunyi.. Seolah-olah rosak. !! JANGAN SAMPAI TERTIPU !!!
LINK MCMC MENGENAI CB RADIO ATAU PRS RADIO.

Monday, 30 January 2012

KEPERLUAN PERALATAN UNTUK CB BASE STATION

Salam, bertemu lagi, pada entry kali ini saya akan bercerita mengenai sebuah base station tu apa yang perlu ada. Sama seperti penggemar HAM RADIO juga CB Base Station memerlukan sebuah CB TRANSCEIVER, POWER SUPPLY dan BASE ANTENNA. Sebuah CB Transceiver ada yang AM mode sahaja dan juga jenis MultiMode iaitu mempunyai semua mode modulation yang digunakan untuk pemancaran. Saya lebih suka mencadangkan agar anda membeli dari jenis multimode atau sekurang-kurangnya yang mempunyai mode AM dan SSB (LSB/USB), sebabnya ialah untuk membolehkan anda merasai keseronokan sebenar berhubung melelui radio untuk jarak yang sukar anda duga semasa menggunakan mode SSB!. Disini kemahiran anda untuk menerima isyarat dalam mode SSB juga akan teruji kerana bunyinya seakan-akan bunyi Donald Duck (itik) itu menyebabkan anda akan memutar-mutar knob Clarifier untuk membolehkan anda memahami bunyi yang anda terima...disitulah keseronokanya akan timbul.  Jarak perhubungan dengan mode SSB juga tidak terduga dimana tak secara sedar anda menerima signal dari AUSTRALIA, JEPUN, CHINA dan sebagainya serta boleh berbual dengan mereka, kadang-kadang selama 30 minit. Antara contoh CB tersebut adalah COBRA 148GTL, Ranger TR-696M, SUPERSTAR 2400, CONCORD 2  dan sebagainya. Harga sebuah CB TRANSCEIVER jenis multimode lebih mahal sedikit berbanding dengan yang mempunya mode AM/FM sahaja diantara RM500.00 hingga ke RM800.00. Manakala untuk CB TRANSCEIVER jenis mode AM/FM harga sekitar RM300.00 ke RM400.00  bergantung kepada brand manufactured. Contoh CB TRANSCEIVER untuk mode AM/FM adalah TEAM MC-8 berharga sekitar RM 400.00 termasuk dengan mobile antenna.


                                        CB TRANSCEIVER COBRA 148GTL AM/SSB

CB TRANSCEIVER RANGER TR-696M (for Malaysia user) AM, FM, SSB and CW (multimode)


CB TRANSCEIVER SUPERSTAR 2400MK11 AM, FM, SSB and CW (multimode)


CB TRANSCEIVER HAM INTERNATIONAL CONCODE 2  AM, FM, SSB and CW (multimode)

CB TRANSCEIVER TEAM MC-8 AM dan FM mode.

                   CB TRANSCEIVER JENIS PORTABLE.
                    
            CB TRANSCEIVER ALBRECHT AE485 MULTIMODE


POWER SUPPLY

 Secara  purata sebuah CB Transceiver itu memerlukan power supply yang mampu mengeluarkan voltage 13.8 Volt dan current yang yang melebihi 4 Ampere. Ini di sebabkan sebuah CB Transceiver berkuasa keluaran (power out put) 4 Watt untuk mode AM dan FM memerlukan sekitar 1.5 Ampere current, menakala untuk mode SSB samada LSB atau USB  (Lower Sideband atau Upper Sideband) memerlukan lebih kurang 4 Ampere untuk keluaran power output sekitar 12 Watt pep pada masa peak modulation. Antara contoh power supply yang boleh di gunakan adalah EKK RS-10AM (10 A maksimun) atau atau anda boleh membuatnya sendiri (homebrew) sekiranya anda memahami asas elektronik.

Antara circuit atau plan power supply (regulated) yang boleh anda cuba untuk membuatnya sendiri, voltage keluaran 13v8 (13.8volt) 5Ampere dan 10Ampere di tunjukkan dibawah.

                                           Power Supply 13V8 (5 Ampere)


                     
                                          Power supply 13V8 (10 Ampere)


                                       Power Supply 13V8 (15 Ampere)

Kesemua circuits di atas menggunakan bahan komponen electronics yang senang untuk di beli di kedai-kedai elekronik.


BASE ANTENNA

Antenna CB untuk kegunaan di `base` (dirumah) yang sebaiknya adalah jenis YAGI atau BEAM antenna, ini disebabkan antenna jenis beam dapat melangkau jauh serta lebih terarah kesatu-satu kawasan atau negara yang ingin di hubungi. Antenna ini boleh di beli atau di buat sendiri sekira anda ada kelengkapan serta peralatan SWR meter.

                                          4 ELEMENTS YAGI (gamma match)




                                        2 ELEMENT YAGI (gamma Match)

Yagi Antenna yang boleh anda buat sendiri seperti gambarajah di bawah



                                        
                                        GAMMA MATCH
Nota tambahan: Gamma match menunjukan sebahagian dari bahagian radiator element, yagi antenna di atas.
rod yang boleh di laras tidak boleh bersentuh dengan rod yang disambungkan kepada antenna connector,
gunakan bahan penebat (insulator) supaya tidak bersentuh.

Vertical antenna juga boleh digunakan dan keupayaanya ialah isyarat yang di pancarkan akan terarah ke semua arah atau 360 darjah jadi semua station yang berada dalam lingkungannya akan dapat menerima isyarat tersebut. Vertical antenna pula ada 3 jenis iaitu 5/8, 1/2 atau 1/4 wave. Antenna vertical 1/2 dan 5/8 lambda adalah lebih baik jika di bandingkan dengan 1/4 wave, kedua-dua antenna tersebut mempunyai `gain`. Contoh antenna CB 5/8 adalah jenis ALAN CTE ENERGY 5/8 lebih kurang 27 kaki tinggi dan mempunyai `radial groundplan` sepanjang 3 X 47 inch. Antenna ini pun boleh di buat sendiri sekiranya anda ada kemudahan untuk membeli aluminium rod dikedai hardware.

Antenna 1/2 wave, setinggi 18 kaki juga mempunyai `gain`serta baik untuk tujuan berhubung bagi jarak yang jauh atau dekat. Manakala antenna 1/4 setinggi lebih kurang 9 kaki tidak mempnyai `gain` dan ianya sesuai untuk tujuan perhubungan untuk station local (sekitar 15 km radius).

Pada entry akan saya akan menunjukkan cara bagaimana untuk membuat (homebrew) ketiga-tiga antenna tersebut dengan plan yang lengkap bagi kemudahan anda untuk mencubanya.

Wednesday, 28 December 2011

TEAM CB TRANSCEIVER

Kali ini saya akan memperkenalkan CB Transceiver dari jenama TEAM. Kebanyakan jenama ini di ekspot ke negara Eropah seperti England, Russia, German, Sweden dan sebagainya kerana negara eropah buat masa ini cuma membenarkan penggunaan Mode AM / FM sahaja. Tapi mengikut group-group CB Radio yang aktif mengatakan mulai tahun 2012, peraturan radio CB di negara Eropah akan berubah dimana CB Radio yang mempunyai MULTIMODE boleh digunakan, cuma perlu menunggu pengumuman rasmi sahaja!.
Berbalik kepada CB Transceiver TEAM MC-8 ianya berkuasa 4 Watt FM dan 1 Watt AM. Mempunyai LCD display berlatar belakang warna led cerah, Tone switch, CHannel scanning, S-meter, Dual Watch, Priority CH 9 (for truckeror Highway monitor), Rotary CH selector,External s-meter, External speaker, UP DOWN Mic dengan tone switch, berukuran 131 x 32 x 145 mm, seberat 750gram sahaja.


Dengan keadaan saiznya yang kecil, membolehkan TEAM MC-8 diletakkan dimana-mana sahaja kerana ianya sangat kompak. Receiver sensitivity agak ok sekitar 0.6uV per 60dB. Semasa mengadakan ujian dengan rakan CB,  SD115 yang berada lebih kurang 5 KM dari tempat saya mengatakan audio yang diterima adalah cukup jelas audio nya begitu juga dengan readiblity 5 X 9 +20 dB. Saya menggunakan MODE AM dengan kuasa keluaran cuma 1 Watt Sahaja.








Satu keunikan yang ada pada TEAM MC-8 ini adalah keupayaannya untuk monitor dua CH berselang seli sebagai contoh CH 9 dengan CH 11. Saya menggunakan antenna CB ALAN CTE 5/8 Lambda.




Dibawah ini ada beberapa foto TEAM MC-8 yang sempat di `upload`kan.
 Di bawah ini ada di tunjukkan video klip semasa ujian penerimaan (receiver sensitivity) menggunakan CB TEAM MC-8. Video ini di ambil pada jam 7.00 pm waktu tempatan.



Thursday, 8 December 2011

FREQUENCY COUNTER

Salam,  Pada kali ini saya akan bercerita mengenai frequency counter, atau penunjuk frequency. Kebanyakan CB radio cuma mempunyai CHANNEL indicator sahaja yakni penunjuk nombor channel sahaja bukan frequency 27MHZ seperti yang kita fahami di mana CB Radio frequency berada pada julat 26.695MHZ hingga ke 27.405MHZ (CHANNEL 1 hingga CHANNEL 40). Jadi kita memerlukan frequency counter untuk mengetahui pada CH 15 itu apakah frequency yang di keluarkan oleh pemancar atau transmitter sebenarnya. Harga sebuah frequency counter yang paling murah pun berharga sekitar RM170.00. Apakata kalau kita mampu membuat sendiri frequency counter yang boleh membaca frequency sekitar 1HZ hingga 50MHZ ??. Tentu menyeronokan hasil kerja tangan kita sendiri. Dan ianya bolehlah kita letakan pada CB TRANSCEIVER yang tidak mempunyai frequency counter !.Apa yang anda perlu ialah bebrapa biji resistor, crystal 4Mhz, 16 x 1 LCD Display, 5volt voltage regulator, transistor npn, inductor 10uH, capasitor, PIC16F84 serta kebolehan memprogram PIC Chip. Dibawah ada foto-foto yang boleh di jadikan sebagai panduan.











Hexidecimal yang perlu di programkan kedalam PIC 16F84 (hex.f002)




Cukup simple kan?

Sebuah frequency counter yang siap dipasang pada homebrew HF Transceiver seperti yang di tunjukan dibawah



Seperti yang dapat dilihat frequency counter ini boleh dibuat pada stripboard sahaja tidak memerlukan PCB board yang perlu di 'etch' atau sebagainya.





Thanks  to  PHIL RICE VK3BHR to updated frequency counter project. Untuk anda yang ingin mencubanya bolehlah masuk link ini https://sites.google.com/site/vk3bhr/home/fm2/

Sunday, 27 November 2011

Salam, Kali ini saya akan bercerita mengenai CB RADIO COBRA 148GTL, 40 Channnel AM/SSB CB Mobile Transceiver. Cb ini keluaran USA sudah 20 tahun dikeluarkan model ini atas permintaan peminat CB Transceiver. Berkuasa 4 Watt AM dan 12 Watt PEP untuk SSB (single sideband) USB dan LSB (Upper sideband dan Lower  sideband). Harga sekitar 148 US dollar boleh di beli melalui Ebay atau sebagainya dan pastikan pada surat custom declaration itu ditandakan sebagai CB RADIO TRANSCEIVER. Cobra 148GTL mempunyai sambungan untuk microphone di bahagian hadapan berbanding dengan kebanyakan CB Radio lain meletakkan sambungan microphone dibahagian tepi kiri. Ini membuatkan Cb Cobra 148GTL nampak lebih menawan seperti HAM RADIO Transceiver. Cobra 148GTL berukuran lebar 20cm x 24cm x 6cm agak besar jika di bandingkan dengan model TEAM MC-8 AM / FM CB transceiver yang cuma sebesar 2M Ham Transceiver. Di bawaah ini ada video review COBRA 148GTL. Receiver sesitivity adalah bagi mode SSB 0.25uV, AM 0.5uV dan selectivity nya pula adalah AM 6dB @3khz, SSB 6dB @1.1khz.

CONTROL AND INDICATOR:  ON/OFF/VOLUME, SQUELCH, RF GAIN CONTROL, SWR CAL CONTROL, DYNAMIKE (MIC GAIN CONTROL), DIMMER (Dim, normal, Bright), CHANNEL SELECTOR, ANL/NOISE BLANKER, PA/CB SWITCH, S-RF/CAL/SWR SWITCH, MODE (AM, USB and LSB) and TONE SWITCH (High, Normal and Low)


Perbandingan CB Cobra 148GTL dan CB TeaM MC-8 boleh di lihat di bawah ini.





Lagi perbandingan saiz antara CB Transceiver TEAM MC-8 dengan COBRA 148GTL




                                                  Kelihatan seolah-olah TEAM  MC-8 hanya 1/4 daripada COBRA 148GTL





Lagi video semasa mencari-cari station yang aktif sekitar jam 11 pagi. Station DX dari negara JEPUN(Tokyo) jelas kedengaran 5 X 9.
Maaf kerana kualiti video tak begitu baik disebabkan menggunakan video Digital Sony jenis lama DCR--TRV480E kedalam memory card.

Thursday, 30 June 2011

CODE dalam CB RADIO

Salam, lama saya  tak update blog ini, kesuntukan masa sibuk dengan urusan anak-anak menyebabkan blog terbiar. Kali ini saya ingin menulis mengenai 10 CODE yang digunakan oleh kebanyakan operator CB di Amerika, Australia ataupun di England. 10 CODE seakan-akan sama seperti Q-CODE yang digunakan oleh Ham Radio operator dalam menghantar mesej dalam mode CW (morse code). diantara 10-CODE itu adalah
1. 10-1     Penerimaan signal lemah (poor reception)
2. 10-2     Penerimaan sangat Baik (good transmission)
3. 10-3     Berhenti pemancaran (stop transmission)
4. 10-4     OK. message received (OK mesej diterima dengan jelas)
5. 10-5     Tolong ulangi mesej (please repeat)
6. 10-6     Stand-by (busy, stand-by)
7. 10-10    pemancaran tamat, tunggu mesej berikut (transmission complete, waiting)
8. 10-20    Lokasi semasa saya (my location)
9. 10-21    telefon saya (phone me)

Disamping itu operator radio CB mempunyai gaya berbual yang tersendiri, tujuannya adalah untuk menyukar kan seseorang yang mendengar perbualan mereka melalui radio memahami apa yang mereka perbualkan. Diantara perkataan yang disebutkan adalah.

1. A Big 10-4:    Ok Over and Out
2. Back door:     Last rig in convoy ( operator radio terakhir didalam konvoi)
3. Smokey Bear:     Police
4. Good Buddy:  any others CB operator
5. Black white bear:     Police (traffic)