CB RADIO DI MALAYSIA


CB RADIO DI MALAYSIA

CB Radio atau CITIZEN BAND radio sangat popular di Amerika sekitar tahun 70an. Kemudian penggunaanya merebak ke negara-negara lain seperti Britain, Australia, New Zealand serta lain-lain negara. Kebanyakan negara di seluruh dunia sekarang ini, sudah tidak memerlukan personal lesen atau lesen CB Radio untuk menggunakan CB Radio, tidak sebagaimana penggunaan Radio Amateur yang memerlukan AA (lesen Pengendalian Radio Amateur) dimana pemiliknya perlu lulus ujian atau peperiksaan Radio Amateur. USA menggugurkan keperluan lesen CB Radio sekitar tahun 1982 di ikuti negara Australia termasuk UK pada tahun 2006 serta lain-lain negara eropah. Penggunaan CB Radio di Malaysia tidak begitu ketara kerana di Malaysia pada masa lalu sangat-sangat ketat peraturan mengenai pengunaan gelombang radio dan CB radio mulai sah di gunakan di Malaysia bilamana pihak MCMC (Malaysia Communication and Multimedia Comission) atau SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia) mengeluarkan notis pengumuman PENGUNTUKAN KELAS pada April 2000 dan di tambah beberapa frequency baru pada 1 APRIL 2010 ( Class Assignments no. 1 of 2010). Penggunaan CB radio di Malaysia TIDAK DI KENAKAN APA-APA BAYARAN atau MEMERLUKAN LESEN PERIBADI (AA) seperti RADIO AMATEUR selagi penggunaanya mengikut peraturan-peraturan yang di sebutkan didalam PENGUMUMAN PENGUNTUKAN KELAS,. Jadual ke lima adalah penerangan untuk CB RADIO atau PERSONEL RADIO SERVICES. CITIZEN BAND RADIO (CB Radio) atau Personal Radio Service (PRS) yang di benarkan untuk di gunakan tanpa lesen di Malaysia mestilah menggunakan frequency berikut: 1. 26.965 Mhz to 27.405 Mhz multimode 4 Watt AM/FM 12 Watt pep SSB (HF 40 Channel) 2. 477.0125 Mhz to 477.4875 Mhz FM mode 5 Watt (UHF 39 Channel) 3. 477.525 Mhz to 477.9875 Mhz FM mode 0.5 Watt (UHF 39 Channel) (Akan Di BATALkan penggunaanya mulai 1 Jan 2021 )4. PMR 446.00625 Mhz to 446.09375 Mhz FM mode 0.5Watt (8 Channel) 5. Digital PMR 446.103125 Mhz to 446.196875 Mhz Digital FM mode 0.5 Watt (16 Channel). Jadi disini menunjukkan sekarang ini orang ramai tidak dihalang untuk menggunakan peralatan radio comumunications tanpa perlu mendapatkan lesen peribadi selagi penggunaannya mengikut terma dan syarat MCMC (SKMM), kerana ianya tidak perlu menduduki apa-apa peperiksaan seperti Radio Amateur atau Ham Radio. Anda boleh menubuhkan group atau KELAB CB RADIO dikalangan rakan-rakan anda dan memilih senarai frquency mana yang anda ingin gunakan, samada CB HF 27 Mhz atau UHF CB FM 477 Mhz atau PMR 446 Mhz atau kesemua frequency yang di benarkan dengan membeli transceiver atau walkie-talkie untuk HF 27Mhz CB dan UHF 446Mhz atau 477Mhz. Sesungguhnya hobi di bidang radio ini mempunyai keseronokan tersendiri yang tidak ditemui dalam hobi yang lain, kenapa anda tidak ceburi dan rasai sendiri keseronokan bersembang dengan rakan-rakan yang anda kenali atau baru ingin mengenalinya melalui udara tanpa memikirkan bil yang harus dibayar seperti penggunaan talipon bimbit.!!!. Melakukan eksperimen atau membuat sendiri CB antenna, power supply atau melakukan DXing dengan berkumpul sesama rakan CBer. Jarak perhubungan purata CB radio adalah di antara 2km hingga 18km dimana dalam masa-masa tertentu boleh mencapai sehingga ribuan km sekiranya anda menggunakan HF CB 27Mhz mode SSB (USB atau LSB) !!!.

CB RADIO ADALAH UNTUK KEGUNAAN SEMUA RAKYAT DI MALAYSIA. TANPA PERLU MEMBAYAR SEBARANG LESEN PERIBADI ATAU MENGAMBIL SEBARANG PEPERIKSAAN !. TUNGGU APALAGI BELILAH CB TRANSCEIVER DAN MULAI `ON AIR`Yang perlu cuma anda membeli sebuah CB Transceiver, power supply dan antenna atau Mobile CB antenna (untuk kegunaan pada kereta, lori, caravan atau bas). Anda boleh membeli CB Transceiver samada melalui on-line seperti melalui Ebay, Mudah.my, Lelong.my atau AliBaba.com atau kedai yang menjual Radio Transceiver samada di Jalan Pasar KL atau Low Yatt Pudu Kl. Tak kira anda siapa, peguam, jurutera, pemandu bas, pemandu trailer kontena, pemandu teksi, guru atau sebagainya yang penting anda sukakan hobi perhubungan radio maka cb radio ni sangat berguna untuk anda gunakan semasa dalam perjalanan, semasa berkonvoi, semasa kecemasan atau hanya untuk sembang-sembang. PERINGATAN ! Adalah menjadi kesalahan disisi undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), menggunakan sebarang peralatan komunikasi dua hala selain dari CB RADIO atau PMR di dalam kenderaan atau sebagainya tanpa memiliki lesen (AA) yang sah, jadi satu-satunya alat komunikasi dua hala yang tidak memerlukan lesen untuk digunakan adalah CB RADIO atau PRS RADIO.

Anda boleh mula 'on air' dengan monitor di CH 11 (Calling Channel 27.085 MHZ) atau CH 30(27.305 MHZ) !. Semoga kita bertemu di udara di CH 11 atau CH 30 atau dimana-mana CH yang dibenarkan (40CH). Yang perlu anda ketahui MCMC menetapkan CH 9 (27.065 MHZ) adalah untuk tujuan KECEMASAN (CH EMERGENCY) dan CH 11 (27.085 MHZ) adalah CH PANGGILAN (CH CALLING). CH 1: 26.965 MHZ CH 2: 26.975 MHZ CH 3: 26.985 MHZ CH 4: 27.005MHZ CH 5 : 27.015 MHZ CH 6: 27.025 MHZ CH 7: 27.035 MHZ CH 8: 27.055 MHZ CH 9: 27.065 MHZ (EMERGENCY) CH 10: 27.075 MHZ CH 11: 27.085 MHZ (CALLING) CH 12: 27.105 MHz CH 13: 27.115 MHZ CH 14: 27.125 MHZ CH 15: 27.135 MHZ CH 16: 27.155 MHZ CH 17: 27.165 MHZ CH 18: 27.175 MHZ CH 19: 27.185 MHZ CH 20: 27.205 MHZ CH 21: 27.215 MHZ CH 22: 27.225 MHZ CH 23: 27.255 MHZ CH 24: 27.235 MHZ CH 25: 27.245 MHZ CH 26: 27.265 MHZ CH 27: 27.275 MHZ CH 28: 27.285 MHZ CH 29: 27.295 MHZ CH 30: 27.305 MHZ (Indonesian CBer`s Active) CH 31: 27.315 MHZ CH 32: 27.325 MHZ CH 33: 27.335 MHZ CH 34: 27.345 MHZ CH 35: 27.355MHZ CH 36: 27.365 MHZ CH 37: 27.375 MHZ CH 38: 27.385 MHZ CH 39: 27.395 MHZ CH 40: 27.405 MHZ.

CALLING CHANNEL UNTUK GROUP 113 DTR ADALAH CH 14 AM CALLING, CH 20 FM CALLING DAN CH 22 SSB CALLING. (113DTR xxx). http://113dtr.blogspot.com/

Bagi mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, Gombak dan sekitarnya boleh membuat pangilan di CH 14 AM CALLING (27.125Mhz) CH 20 FM CALLING (27.205Mhz) dan CH 22 USB CALLING (27.225MHz). Untuk UHF CB CH 19 477.23755Mhz, CH 30 477.375Mhz FM MODE sahaja.

Unofficial International Calling Frequency adalah 27.555MHZ, anda boleh cuba memanggil international CBer station di Frquency ini.

Pengguna CB Radio selalu menggunakan 10 CODE untuk meringkaskan perbualan mereka di radio diantara CODE yang selalu di gunakan di CB Radio adalah;
  • 10-1: Receiving Poorly
  • 10-2: Receiving well
  • 10-3: Stop transmitting
  • 10-4: Ok, message received
  • 10-5: Relay message
  • 10-6: Busy, stand by
  • 10-7: Out of service
  • 10-8: In service
  • 10-9: Repeat Message
  • 10-10: Transmission completed, standing by
  • 10-11: Talking too rapidly
  • 10-12: Visitors present ... Shhhh!
  • 10-13: Advise weather/road conditions
  • 10-17: Urgent Business
  • 10-20: Location
  • 10-34: Trouble at this station, help needed
  • 10-42: Traffic accident
  • 10-43: Traffic jam
  • 10-70: Fire at truck stop
  • 10-73: Speed trap
  • 10-99: Mission completed, all units secure
  • 10-100: Emergency operation on Channel
  • PERINGATAN PENTING: Bagi peminat radio cb atau sebarang radio dua hala, sekiranya anda berhajat untuk melancong ke negara Thailand anda di nasihatkan untuk tidak membawa serta menggunakan sebarang peralatan Radio dua hala atau Walkie -Talkie, Transceiver atau Mobile radio, Sekiranya anda tidak memiliki sebarang lesen radio samada lesen Radio Amateur atau lesen Radio Komersial kerana bagi negara Thailand adalah menjadi kesalahan mandatori memiliki peralatan radio perhubungan dua hala tanpa lesen yang sah. Anda boleh di tuduh sebagai pengintip dan menggugat keselamatan negara Thailand. Anda boleh dipenjara 7 tahun atau denda sekitar RM51,000.00(bukan warga Thailand). Jadi berhati-hatilah dengan undang-undang perhubungan radio di setiap negara.

  • Satu lagi perkara yang perlu di ambil perhatian adalah kebanyakan CB RADIO perlu di sambungkan microphone pada microphone connector barulah speaker nya mengeluarkan bunyi, kalau tidak speaker CB radio langsung tidak mengeluarkan bunyi.. Seolah-olah rosak. !! JANGAN SAMPAI TERTIPU !!!
LINK MCMC MENGENAI CB RADIO ATAU PRS RADIO.

Saturday 26 January 2013

CB RADIO BUATAN MALAYSIA DAN CHINA

Selamat menyambut tahun baru 2013 di ucapkan kepada semua peminat CB RADIO  dan pengunjung setia CB RADIO 113DT104. Untuk posting kali ini saya akan membicarakan tentang CB RADIO yang mulai melambak di pasaran dunia terutama dari keluaran negara CHINA. CB Radio yang di perbuat di Malaysia iaitu di Melaka, adalah bagi keluaran jenama Ranger Communication USA. Diantara CB Radio tersebut adalah bagi jenama Magnum, SuperStar dan Ranger.  Untuk kegunaan di Malaysia, Ranger Communication mengeluarkan model Ranger TR-696M multimode. Tapi oleh kerana harga yang terlalu mahal untuk jualan di Malaysia maka model ini kurang mendapat sambutan bagi peminat CB Radio di Malaysia. Harga sekitar RM1300.00, sedangkan untuk pasaran USA model yang sama TR-696 (no FM and CW mode) hanya di jual sekitar USD175.00 sahaja  dan sekiranya di beli melalui Ebay cuma lebih kurang RM700.00 sahaja termasuk posting bayangkan perbezaan harga tersebut.
                                                  Ranger TR-696M pasaran Malaysia


Model lain yang di perbuat di Malaysia adalah Galaxy Neptune III, Superstar SS-2400MKIII,  Sea Eagle 6800

Model Superstar SS-2400MKIII mode AM / FM menggunakan chassis yang sama dengan Superstar SS-2400MKII multimode.


                                   Galaxy Neptune III adalah jenis multimode.

Model Galaxy Neptune III adalah jenis multimode AM, FM, CW dan SSB.


               Model Sea Eagle 6900 ini dalah jenis multimode AM, FM, CW dan SSB.

Ketiga-model CB Radio diatas adalah untuk jualan antarabangsa dan USA.

Oleh kerana harga CB Radio keluaran Ranger ini mahal untuk pasaran tempatan, maka ramai peminat CB Radio lebih suka membelinya samada melalui ebay atau Hong Kong untuk CB Radio keluaran negara CHINA. Pengalaman saya semasa diberi peluang menguji CB Radio jenis Ranger TR-696M ini, saya dapati CB Radio ini sangat sensitif serta noise ratio nya sangat baik sekali. Buatannya kemas, solderingnya menggunakan solder lead yang bagus serta berkilat tidak seperti CB Radio keluaran China yang soldering nya mudah tanggal sekiranya kita menggoyang kaki component nya. Saya berminat untuk memilikinya tapi kerana harganya yang mahal maka saya menahan diri dari membelinya kerana dengan harga tersebut saya boleh membeli 2 buah CB Radio samada dari USA atau dari CHINA bayangkan!

Sejak tahun 2008 negara China mulai muncul sebagai negara pengeluar peralatan komunikasi atau radio dua hala. Ini adalah hasil perpindahan teknologi dari kilang-kilang Amerika yang mula memindahkan syarikat pengeluaran mereka ke negara China disebabkan kos pengeluaran dinegara asal mulai meningkat. Negara China oleh kerana penduduknya ramai boleh menawarkan tenaga kerja yang jauh lebih murah berbanding dengan negara maju. Ini telah di ambil kesempatan sebaik mungkin oleh syarikat pengeluar peralatan komunikasi di China dalam menambah product peralatan CB Radio keluaran mereka untuk pasaran tempatan dan antarabangsa dan sejak itu kita mulai mengenali radio dua hala berjenama China seperti LUITON, VITAI, MOTOCOOPA, BEIFENG, BAOTONG, JINGTONG, KINGTONG, SHIJIETONG, SOONTONE, ANYTONE, NUT, WEIERWEI, WOUXON, NANFONE dan sebagainya. Dan jika kita berbicara mengenai harga, maka satu kelebihan yang ada pada product keluaran negara CHINA adalah harga peralatan radio dua hala itu adalah mengikut kemampuaan kita sebagai pengguna, kerana product adalah pelbagai katagori harga. Sebuah CB Radio yang paling murah boleh di beli dengan hanya sekitar USD25.00 (RM180.00) iaitu AM mode, 4watt dan mempunyai kemudahan PA system. Antara syarikat pengeluar atau pembuat peralatan CB Radio ini antaranya BOND TELECOM LTD (Luiton), QUANZHOU VITAI Electronic (Vitai), QIXIANG Electron Science (Anytone, Soontone),  XINWEI Elctronic (Nanfone) dan sebagainya


 CB Radio VITAI CB-168Plus, AM / FM mode, 4 Watt, bersaiz sebesar 160 x 48 x 138 mm sahaja. Seakan sama dengan Anytone AT-5289. Mempnyai CTCSS/DCS on FM mode dan harganya cuma USD35.00 ! sahaja.



Motocoopa MTP-5289 AM / FM mode, CTCSS/DCS on FM, Roger Beep plus echo, bersaiz kecil 158 x 48 x 138 mm dan harganya cuma USD125.00


VITAI CB-158 AM / SSB mode,bersaiz 115 x 38 x 150mm. Dan harganya ? cuma sekitar USD 125.00 ! sahaja.



VITAI CB-168 AM/FM mode, 40 CH, 4Watt, CH9/19, Dual Band Watch dan lain-lain feature, Harga antara USD35-40 sahaja.



LUITON LT-318 AM/FM ini merupakan model terbaru CB Radio dari LUITON. Kelebihannya bersaiz sebesar 2 Meter Ham Radio.kelihatan seakan ham radio, Mempunyai 3 baclight iatu red, blue dan green, PC programming, roger beep,  Dual watch, Automatic change power supply 12v/24v, Auto scan dan pelbagai lagi feature yang tak terfikir oleh kita terdapat pada sebuah CB Radio. Dan pada pendapat saya model ini adalah model terbaik untuk am/fm mode setanding dengan MOTOCOOPA MTP-5289. Tetapi model LUITON LT-318 ini jauh lebih murah harganya berbanding dengan Motocoopa MTP-5289 iatu cuma sekitar USD35-40 sahaja !. Sekiranya anda berminat kenapa tidak membelinya melalui dengan search di http://www.alibaba.com/product-gs/747005796/LT_318_CE_cb_radio_27mhz.html. Minimum order adalah 1 unit.. Kesemuanya bersaiz sebesar HAM Radio 2 meter band!.


Dan yang top dan grand diantara product CB Radio dari CHINA adalah ANYTONE AT-5555, multimode AM, FM, SSB dan CW, PC programmed, roger beep, echo dan pelbagai feature terdapat pada model ini, cuma saiznya agak besar sedikit sesuai untuk kegunaan homebase iaitu 28 x 25 x 6cm. Dan bila bercerita mengenai harga mata kita akan terbuka sedikit, sebab harganya cuma sekitar USD149 (RM600) sahaja !. Anytone AT-5555 juga di jual dengan jenama HANNOVER BR-9000, CRT SS-6900, INTEk HR-5500, MAAS DX-9000, ALPHA MAX MA-1000 dan lain-lain mengikut negara dimana radio transceiver tersebut di pasarkan. Berita terkini dari Qixiang Electron Science akan mengeluarkan model baru AT-6666 (exsport model) yang jauh lebih kecil (besaiz 2 meterband mobile) berbanding dengan model AT-5555, model AT-6666 masih dalam peringkat ujian namun di jangkakan tidak lama lagi akan menemui peminat cb radio di pasaran


                                                        ANYTONE AT-6666

Mungkin suatu hari nanti peminat CB Radio mulai terlupa akan jenama besar CB Radio seperti UNIDEN, COBRA, MIDLAND, PRESIDENT, MAGNUM, RANGER, SUPERSTAR dan sebagainya. Namun apapun yang menguntungkan adalah peminat CB Radio, ini kerana mereka dapat membeli CB Radio yang harganya murah tetapi mempunyai pelbagai feature yang tidak terdapat pada CB Radio  berjenama yang sudah dikenali!!.

2 comments:

  1. Assalamualaikum tuan,syok sy baca entri ni. Mcm nk dapatkan sebiji letak dlm kereta

    ReplyDelete
  2. Salam azam, Anda boleh beki cb raduio di hotdeal marketing samada mode am sahaja cobra 25LTD atau multimode motocool mtp 7777. Anda boleh search hot deal marketing di website atau terus ke kedai mereka samada di jalan pasar (plaza pudu) di digital mall pj. Selamat berkomunikasi.

    ReplyDelete